Selaku salah seorang buruh kasar di blog ini,pinky memohon maaf,jika blog kami kelihatan seperti namanya "underconstruction" , sejak sekian lama..Inshaallah,kami akan cuba istiqomah menyampaikan perkongsian..kami belajar dari satu sama lain,dan juga dari respon kalian.. maka,jangan segan2 memberi pandangan ^_^
Untuk perkongsian kali ini,,,sebelum tu,pinky nak tanya,pernahkah para pembaca sekalian diPUJI? ataupun meMUJI?
oh,amatlah luar biasa,jika saudara/i pembaca tidak pernah 'terjebak' dalam mana2 adegan memuji atau dipuji..hihi.
Apa perasaan bila memuji??
dan bagaimana pula perasaan tatkala dipuji?
haa,pinky pasti,masing2 pasti tersenyum sendiri bila terkenang moment2 indah,bila dipuji,bukan?
Pujian boleh menjadi faktor positif yang boleh memberi motivasi kepada kita agar terus meningkatkan diri.
Contohnya,bila dipuji pensyarah, " Saya perhatikan,kamu adalah seorang mahasiswi yang rajin..suka bertanya..saya suka cara kamu..keep it up!".Maka,selaku orang yang dipuji,sudah pasti,makin berkobar-kobar semangat,dan makin komited meneruskan perkara atau sikap yang mendapat pujian itu.
Tapi, kenyataannya, pujian malah lebih sering membuat kita lupa daratan, hilang kawalan, dan seterusnya.
Semakin sering orang lain memuji kita, maka semakin besar potensi kita untuk terlena, besar kepala, serta hilang kawalan diri. Padahal Allah subhanahu wa ta'ala mengingatkan dalam firmanNya:
فلا تُزَكّوا أنفسكم، هو أعلم بمن اتقى.
"Maka janganlah kamu menganggap dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui siapa orang yang bertakwa.” (Qs. Al-Najm: 32)Jadi,pinky rasa,ada baiknya,kita cuba pelajari apa tips2 bila memuji,dan dipuji,menurut Islam.
Nabi Muhammad S.A.W memberikan tiga langkah yang sangat menarik untuk diteladani.
1)Selalu menjaga diri supaya tidak sampai terbuai oleh pujian yang dikatakan orang. Oleh kerana itu, setiap kali ada yang memuji baginda, Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam(S.A.W) membalasnya dengan doa:
اللهم لاتؤاخذني بما يقولون
“Ya Allah, janganlah Engkau hukum aku karena apa yang dikatakan oleh orang-orang itu.” (HR. Al-Bukhari)Melalui doa ini, Nabi Muhammad S.A.W mengajarkan bahawa pujian adalah perkataan orang lain yang ber'potensi' menjatuhkan kita. Ibaratnya, orang lain yang mengupas nangka, tapi kita yang kena getahnya. Orang lain yang melontarkan ucapan, tapi malah kita yang terjerumus menjadi besar kepala dan hilang kawalan.Nauzubillah..
2) Sentiasa sedar hakikat pujian sebagai topeng dari sisi gelap kita yang tidak diketahui orang lain. Kerana sebenarnya, setiap manusia pasti memiliki sisi gelap. Dan ketika ada seseorang yang memuji kita, maka itu lebih kerana faktor ketidaktahuan dia akan' belang' serta sisi gelap kita.
Oleh sebab itu, langkah Nabi S.A.W dalam menanggapi pujian adalah dengan berdoa:
واغفرلي ما لايعلمون
“Dan ampunilah aku dari apa yang tidak mereka ketahui (dari diriku)”. (HR. Al-Bukhari)3)Kalaupun sisi baik yang dikatakan orang lain tentang kita adalah benar, Nabi Muhammad S.A.W mengajarkan kita agar memohon kepada Allah S.W.T untuk dijadikan lebih baik dari apa yang nampak di mata orang lain. Maka kalau mendengar pujian seperti ini, Nabi S.A.W kemudian berdoa:
واجعلْني خيرا ممّا يظنّون
“Dan jadikanlah aku lebih baik dari apa yang mereka kira”. (HR. Al-Bukhari)Tapi,bukan berhenti setakat itu..Nabi Muhammad S.A.W dalam kehidupan seharian beliau juga memberikan contoh, bagaimana memberi pujian yang 'kemas ' dan baik. Yakni, jangan sampai pujian yang kadang-kadang secara spontan keluar dari bibir kita, menjerumuskan dan merosakkan keperibadian sahabat yang kita puji.
Ada beberapa teladan yang dapat diambil contoh dari kehidupan Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam, iaitu di antaranya:
1) Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam tidak memuji di hadapan orang yang bersangkutan (yang ingin dipuji) secara langsung, tapi di depan orang-orang lain dengan tujuan memberi motivasi mereka.
Contohnya,suatu hari, seorang Badwi yang baru masuk Islam bertanya tentang Islam. Nabi menjawab bahwa Islam adalah shalat lima waktu, puasa, dan zakat. Maka Orang Badwi itupun berjanji untuk menjalankan ketiga-tiganya dengan konsisten, tanpa menambahi atau menguranginya.
Setelah Si Badwi pergi, Nabi S.A.W memujinya di hadapan para Sahabat, “Sungguh beruntung kalau ia benar-benar melaksanakan janjinya tadi.” Setelah itu beliau menambahi, “Barangsiapa yang ingin melihat penghuni surga, maka lihatlah orang (Badwi) tadi.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim, dari Thalhah ra.)
2) Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam lebih sering melontarkan pujian dalan bentuk doa.
Contohnya,ketika melihat minat dan ketekunan Ibn Abbas R.A dalam mendalami tafsir Al-Qur’an, Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam tidak serta merta memujinya. Beliau lebih memilih untuk mendoakan Ibn Abbas radhiyalLahu 'anhu:
اللهم فقّهْه في الدين وعلّمْه التأويل
“Ya Allah, jadikanlah dia ahli dalam ilmu agama dan ajarilah dia ilmu tafsir (Al-Qur’an).” (HR. Al-Hakim, dari Sa’id bin Jubair)Contoh lain, sewaktu Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam melihat ketekunan Abu Hurairah R.A dalam mengumpulkan hadith dan menghafalnya, beliau lantas berdoa agar Abu Hurairah R.A dikaruniai kemampuan untuk tidak lupa apa yang pernah dihafalnya. Doa inilah yang kemudian dikabulkan oleh Allah S.W.T dan menjadikan Abu Hurairah R.A sebagai Sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadith.
Pujian yang dilontarkan orang lain terhadap diri kita, merupakan salah satu tentangan berat yang dapat merosak keperibadian kita. Pujian dapat membunuh karakter seseorang, tanpa disedari. Oleh kerana itu, ketika seorang Sahabat memuji Sahabat yang lain secara langsung, Nabi S.A.W menegurnya:
قطعت عنق صاحبك
“Kamu telah memenggal leher temanmu.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim, dari Abu Bakar ra.)Selari dengan hadith tersebut, Ali R.A berkata dalam ungkapan hikmahnya yang sangat masyhur, “Kalau ada yang memuji kamu di hadapanmu, akan lebih baik bila kamu melumuri mulutnya dengan debu, daripada kamu terbuai oleh pujiannya.”
Namun ketika pujian sudah menjadi fenomena umum di tengah-tengah masyarakat kita, maka amat mustahil kita 'melarang', 'menegah' mereka yang ingin memuji..
yang paling penting adalah bagaimana menghadapi setiap pujian secara sihat agar tidak sampai lupa daratan dan hilang kawalan; menghargai setiap pujian hanya sebagai topeng dari sisi gelap kita yang tidak diketahui orang lain; serta terus berdoa kepada Allah subhanhu wa ta'ala agar dijadikan lebih baik dari apa yang kelihatan di mata orang.
Selain itu, yang tidak kurang pentingnya, kalaupun perlu memuji seseorang adalah bagaimana boleh memberi pujian secara sihat.. untuk memuji tidak semestinya dengan kata-kata, tapi akan lebih bererti bila diekspresikan melalui sokongan dan doa. Sehingga dengan demikian, kita tidak sampai menjerumuskan orang yang kita puji.
اللهم لاتؤخذنا بما يقولون، واغفرلنا ما لايعلمون، واجعلنا خيرا مما يظنون.
Pengakhirannya,, marilah kita sama2 beramal dengan tips2 yang ditunjukkan sendiri oleh 'penunjuk jalan' kita,nabi Muhammad S.A.W..
Dan sesunggunhya,kembalikanlah semua pujian kepada yang paling layak ke atas semua pujian,,Allah S.W.T.
ALHAMDULILLAH.
Wallahu a3lam..