Showing posts with label pinky_paint. Show all posts
Showing posts with label pinky_paint. Show all posts

Wednesday, October 27, 2010

Perkongsian : Memuji dan Dipuji dalam ISLAM..

Salam dihulur buat semua saudara/i pembaca..

Selaku salah seorang buruh kasar di blog ini,pinky memohon maaf,jika blog kami kelihatan seperti namanya "underconstruction" , sejak sekian lama..Inshaallah,kami akan cuba istiqomah menyampaikan perkongsian..kami belajar dari satu sama lain,dan juga dari respon kalian.. maka,jangan segan2 memberi pandangan ^_^

Untuk perkongsian kali ini,,,sebelum tu,pinky nak tanya,pernahkah para pembaca sekalian diPUJI? ataupun meMUJI?

oh,amatlah luar biasa,jika saudara/i pembaca tidak pernah 'terjebak' dalam mana2 adegan memuji atau dipuji..hihi.
Apa perasaan bila memuji??
dan bagaimana pula perasaan tatkala dipuji?

haa,pinky pasti,masing2 pasti tersenyum sendiri bila terkenang
moment2 indah,bila dipuji,bukan?

Pujian boleh menjadi faktor positif yang boleh memberi
motivasi kepada kita agar terus meningkatkan diri.
Contohnya,bila dipuji pensyarah, " Saya perhatikan,kamu adalah seorang mahasiswi yang rajin..suka bertanya..saya suka cara kamu..keep it up!".Maka,selaku orang yang dipuji,sudah pasti,makin berkobar-kobar semangat,dan makin komited meneruskan perkara atau sikap yang mendapat pujian itu.

Tapi, kenyataannya, pujian malah lebih sering membuat kita lupa daratan, hilang kawalan, dan seterusnya.

Semakin sering orang lain memuji kita, maka semakin besar potensi kita untuk terlena, besar kepala, serta hilang kawalan diri. Padahal Allah subhanahu wa ta'ala mengingatkan dalam firmanNya:

فلا تُزَكّوا أنفسكم، هو أعلم بمن اتقى.
"Maka janganlah kamu menganggap dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui siapa orang yang bertakwa.” (Qs. Al-Najm: 32)

Jadi,pinky rasa,ada baiknya,kita cuba pelajari apa tips2 bila memuji,dan dipuji,menurut Islam.

Nabi Muhammad S.A.W memberikan tiga langkah yang sangat menarik untuk diteladani.

1)Selalu menjaga diri supaya tidak sampai terbuai oleh pujian yang dikatakan orang. Oleh kerana itu, setiap kali ada yang memuji baginda, Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam(S.A.W) membalasnya dengan doa:

اللهم لاتؤاخذني بما يقولون
“Ya Allah, janganlah Engkau hukum aku karena apa yang dikatakan oleh orang-orang itu.” (HR. Al-Bukhari)

Melalui doa ini, Nabi Muhammad S.A.W mengajarkan bahawa pujian adalah perkataan orang lain yang ber'potensi' menjatuhkan kita. Ibaratnya, orang lain yang mengupas nangka, tapi kita yang kena getahnya. Orang lain yang melontarkan ucapan, tapi malah kita yang terjerumus menjadi besar kepala dan hilang kawalan.Nauzubillah..

2) Sentiasa sedar hakikat pujian sebagai topeng dari sisi gelap kita yang tidak diketahui orang lain. Kerana sebenarnya, setiap manusia pasti memiliki sisi gelap. Dan ketika ada seseorang yang memuji kita, maka itu lebih kerana faktor ketidaktahuan dia akan' belang' serta sisi gelap kita.

Oleh sebab itu, langkah Nabi S.A.W dalam menanggapi pujian adalah dengan berdoa:

واغفرلي ما لايعلمون
“Dan ampunilah aku dari apa yang tidak mereka ketahui (dari diriku)”. (HR. Al-Bukhari)

3)Kalaupun sisi baik yang dikatakan orang lain tentang kita adalah benar, Nabi Muhammad S.A.W mengajarkan kita agar memohon kepada Allah S.W.T untuk dijadikan lebih baik dari apa yang nampak di mata orang lain. Maka kalau mendengar pujian seperti ini, Nabi S.A.W kemudian berdoa:

واجعلْني خيرا ممّا يظنّون
“Dan jadikanlah aku lebih baik dari apa yang mereka kira”. (HR. Al-Bukhari)

Tapi,bukan berhenti setakat itu..Nabi Muhammad S.A.W dalam kehidupan seharian beliau juga memberikan contoh, bagaimana memberi pujian yang 'kemas ' dan baik. Yakni, jangan sampai pujian yang kadang-kadang secara spontan keluar dari bibir kita, menjerumuskan dan merosakkan keperibadian sahabat yang kita puji.

Ada beberapa teladan yang dapat diambil contoh dari kehidupan Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam, iaitu di antaranya:

1) Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam tidak memuji di hadapan orang yang bersangkutan (yang ingin dipuji) secara langsung, tapi di depan orang-orang lain dengan tujuan memberi motivasi mereka.

Contohnya,suatu hari, seorang Badwi yang baru masuk Islam bertanya tentang Islam. Nabi menjawab bahwa Islam adalah shalat lima waktu, puasa, dan zakat. Maka Orang Badwi itupun berjanji untuk menjalankan ketiga-tiganya dengan konsisten, tanpa menambahi atau menguranginya.

Setelah Si Badwi pergi, Nabi S.A.W memujinya di hadapan para Sahabat, “Sungguh beruntung kalau ia benar-benar melaksanakan janjinya tadi.” Setelah itu beliau menambahi, “Barangsiapa yang ingin melihat penghuni surga, maka lihatlah orang (Badwi) tadi.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim, dari Thalhah ra.)

2) Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam lebih sering melontarkan pujian dalan bentuk doa.

Contohnya,ketika melihat minat dan ketekunan Ibn Abbas R.A dalam mendalami tafsir Al-Qur’an, Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam tidak serta merta memujinya. Beliau lebih memilih untuk mendoakan Ibn Abbas radhiyalLahu 'anhu:

اللهم فقّهْه في الدين وعلّمْه التأويل
“Ya Allah, jadikanlah dia ahli dalam ilmu agama dan ajarilah dia ilmu tafsir (Al-Qur’an).” (HR. Al-Hakim, dari Sa’id bin Jubair)

Contoh lain, sewaktu Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam melihat ketekunan Abu Hurairah R.A dalam mengumpulkan hadith dan menghafalnya, beliau lantas berdoa agar Abu Hurairah R.A dikaruniai kemampuan untuk tidak lupa apa yang pernah dihafalnya. Doa inilah yang kemudian dikabulkan oleh Allah S.W.T dan menjadikan Abu Hurairah R.A sebagai Sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadith.

Pujian yang dilontarkan orang lain terhadap diri kita, merupakan salah satu tentangan berat yang dapat merosak keperibadian kita. Pujian dapat membunuh karakter seseorang, tanpa disedari. Oleh kerana itu, ketika seorang Sahabat memuji Sahabat yang lain secara langsung, Nabi S.A.W menegurnya:

قطعت عنق صاحبك
“Kamu telah memenggal leher temanmu.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim, dari Abu Bakar ra.)

Selari dengan hadith tersebut, Ali R.A berkata dalam ungkapan hikmahnya yang sangat masyhur, “Kalau ada yang memuji kamu di hadapanmu, akan lebih baik bila kamu melumuri mulutnya dengan debu, daripada kamu terbuai oleh pujiannya.”

Namun ketika pujian sudah menjadi fenomena umum di tengah-tengah masyarakat kita, maka amat mustahil kita 'melarang', 'menegah' mereka yang ingin memuji..

yang paling penting adalah bagaimana menghadapi setiap pujian secara sihat agar tidak sampai lupa daratan dan hilang kawalan; menghargai setiap pujian hanya sebagai topeng dari sisi gelap kita yang tidak diketahui orang lain; serta terus berdoa kepada Allah subhanhu wa ta'ala agar dijadikan lebih baik dari apa yang kelihatan di mata orang.

Selain itu, yang tidak kurang pentingnya, kalaupun perlu memuji seseorang adalah bagaimana boleh memberi pujian secara sihat.. untuk memuji tidak semestinya dengan kata-kata, tapi akan lebih bererti bila diekspresikan melalui sokongan dan doa. Sehingga dengan demikian, kita tidak sampai menjerumuskan orang yang kita puji.

اللهم لاتؤخذنا بما يقولون، واغفرلنا ما لايعلمون، واجعلنا خيرا مما يظنون.

Pengakhirannya,, marilah kita sama2 beramal dengan tips2 yang ditunjukkan sendiri oleh 'penunjuk jalan' kita,nabi Muhammad S.A.W..

Dan sesunggunhya,kembalikanlah semua pujian kepada yang paling layak ke atas semua pujian,,Allah S.W.T.




ALHAMDULILLAH.

Wallahu a3lam..

Tuesday, July 6, 2010

Aku,Kau & dot dot dot

*** Assalamualaikum w.b.t. ***

(penggunaan nama bagi setiap watak hanyalah rekaan pinky_paint semata-mata)
nama ringkasan pinky_paint(untuk memudahkan) = Pinky :-P


Pada suatu hari minggu,dua sahabat,Minah dan Siti ingin shopping ..

Situasi 1 ( selepas turun teksi)

Minah : Hoh,rumah kita ke Aradella Mall,siket punye dekat,boleh pulak pak cik ni
charge tinggi2?? Grr ...
Siti : Berapa dia amek?

Minah : 75 qursh
Siti : Ooo.. Abis, kau selalu bayar berapa?

Minah : Nusf (50 qursh)
Siti : Ooo

Situasi 2 (dalam Aradella Mall)


Minah : Siti,cuba tengok ni..Fulamak,lawanya kasut ni!! Tink3
(sound effect-menunjukkan keterujaan)
Siti : Iyela..lawa. .. but,,wait.. tengokla,harga pun 'lawa'..
Minah : Ala,
come on..Duit MARA kan baru masuk .. tengah 'masyuk' ni..huhu..Standard la, harga kasut macam ni, JD65..Ok ape?Berjenama.Stylo.Fuuuhh..Aku tak kira.Nak beli jugak!
Siti : Suka hati kaula..


$*$*$*$*$*$


Berdasarkan kedua-dua situasi ini, apa yang sahabat-sahabat dapat fikirkan?

Situasi yang amatlah biasa berlaku pada kita atau di kalangan kita,bukan? Pinky pun turut tidak terkecuali terlepas pandang..MAKA,
marilah kita sama-sama duduk sekejap dan berfikir..(ijlis binaa nukmin sa3ah)

Sahabat2 tahu tak majalah MASTIKA?Bagi sahabat2 yang pernah baca majalah ini,pasti tahu bahawa ia sentiasa memuatkan perihal mayat dan kisah semasa hidupnya,untuk dijadikan iktibar buat mereka yang masih hidup.Ada kisah pasal mayat yang reput,berulat, bernanah, berubah menjadi Khinzir dan sebagainya.Malah,tak terkecuali mayat yang berbau harum,tersenyum, kelihatan seperti orang yang tidur dan sebagainya.

Pada entri kali ini,Pinky nak berkongsi satu kisah yang menyentuh hati Pinky,dan harap dapat sentuh hati2 sahabat2,saudara2 Pinky yang lain,insyaallah.
Kisahnya pasal mayat seorang yang beriman yang berbau harum dan bau masih tak hilang walau dimandi dan dikafankan.Diceritakan oleh kenalan mayat tersebut,allahyarham amat tidak berkira soal wang dan hartanya,walaupun kehidupan allahyarham hanyalah sederhana.Beliau juga sentiasa bersedeqah.

Apa yang paling menyentuh hati Pinky adalah,allahyarham tidak gemar tawar-menawar harga barangan yang ingin dibelinya.Pernah anak allahyarham menegur sikap bapanya(baca :tidak gemar tawar menawar) . Tapi,bapanya dengan tenang menjawab "Tidak akan miskin kita dengan harga barang RM2 lebih tinggi ni.Niatkan sahaja sebagai sedeqah".Bagi beliau,jika harga barang hanya tinggi sedikit berbanding harga biasa dan masih dalam linkungan yang boleh diterima(tidak mengandungi unsur2 riba),maka,tidak menjadi masalah baginya. Insyaallah,barang dapat,pahala pun dapat.

-tamat kisah-


$*$*$*$*$*$


Berbalik pada situasi2 tadi,cik Minah begitu berkira dengan 75 qursh yang diberikannya kepada pemandu teksi.Padahal,cik Minah sebenarnya berduit dan berkemampuan.Gedebuk!! (sound effect- terkena atas batang hidung Pinky..hehe)

Pasal kisah allahyarham tu pulak,bagi Pinky,adalah hak masing-masing bagaimana seseorang mahu mengendalikan hartanya mengikut kesesuaian tempat dan masa.Mungkin ada pandangan pembaca merasakan,bagi 'budak2 chomel' seperti kita(huhu),yang hidup di perantauan,kurang digalakkan untuk mengelakkan dibuli dan sebagainya. Tapi,terpulanglah pada kesesuaian dan keselesaan masing-masing."Tepuk dada,tanya iman"

Pinky bukanlah bermaksud mengajak sahabat2 membuta tuli memberikan duit kepada sesiapa.Tapi,cuma mahu berkongsi kisah teladan ini agar sama-sama kita dapat koreksi diri,tambah baik apa yang patut,insyaallah.


Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak berganjak langkah kaki seseorang hamba pada hari pembalasan kelak sehingga mereka ditanya empat soalan iaitu umurnya ke mana diperuntukkan, usia muda ke mana dihabiskan, hartanya daripada diperoleh dan ke mana dibelanjakan dan ilmunya apakah diamalkannya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)





(p/s : maaf kalau ade tertokok tambah,terubah suai cerita tadi.Ingat isi2 penting je..huhu)

Saturday, June 26, 2010

Cerpen : Cinta ini milikMU ( Bahagian 2)

Assalamualaikum w.b.t..
Apa khabar semua para pembaca? Bagaimana pula dengan 'kesihatan' iman masing-masing? Harap-harap kuways dan graf iman masing-masing, sentiasa meningkat.Insyaallah..

Maaf kerana cerpen ni dah lama 'terbengkalai' oleh sebab2 yang tak dapat dielakkan.Semoga ada nilai-nilai baik,yang boleh kita sama-sama ambil dan jadikan panduan.Insyaallah.


Selamat membaca ^_^



"Ok.Jagung dah ada 3 tin,,tepung custard dah,susu pun dah cukup…Apa lagi eak?",Anis menyemak senarai barang yang perlu di belinya.Semua barang itu dikirim oleh Wafa,teman serumahnya.Wafa juga datang dari sekolah menengah yang sama dengannya,iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Zarqa'. Persamaan mereka yang diketahui umum,kedua-duanya berasal dari keluarga berada.Orang tua mereka bersahabat baik.



Mereka berdua juga sama-sama 'gila-gila' dan nakal sewaktu di sekolah dahulu.Sewaktu zaman persekolahan,seringkali mereka membawa handphone ke sekolah,walaupun sering diberi amaran.Sengaja juga ditunjuk-tunjuk di hadapan para pengawas,mahu mencabar. Setiap kali handphone dirampas,digantikan pula oleh ibu bapa mereka dengan handphone yang lebih mahal dan berjenama.Maka,akhirnya,para pengawas hanya bertindak memejamkan mata.Muak melayan kerenah dua anak hartawan yang sombong itu.



Tetapi,semua itu hanya tinggal sejarah.Anis dan Wafa kini bukanlah seperti dulu.Perangai mereka beransur-ansur berubah menjadi lebih dewasa setelah datang ke Jordan.Pada mulanya, masing-masing memberontak atas keputusan orang tua yang ingin menghantar mereka menyambung pelajaran di negara timur tengah itu. Tapi,setelah mengetahui mereka bakal 'ditempatkan' di negara yang sama,mereka akhirnya akur sahaja.



Sewaktu awal-awal berada di Jordan,hanya Tuhan yang maha mengetahui betapa gelisahnya kedua-dua sahabat ini untuk menyesuaikan diri dengan keadaan hidup serba sederhana di Jordan.Nasib baik,mereka pernah dipaksa tinggal di asrama sewaktu tingkatan lima.Sekurang-kurangnya,pernah juga terlatih untuk berdikari.



Kini,Wafa semakin mahir memasak.Ada sahaja resepi yang mahu dicubanya pada setiap minggu.Anis yang pada mulanya hanya sekadar menjadi peneman di dapur, sudah mula terikut-ikut dengan minat Wafa. Kerana masing-masing sibuk belajar,maka,masa berkualiti dua sahabat itu adalah sewaktu mereka memasak bersama-sama.


"Assalamualaikum,Anis".Tiba-tiba kedengaran suara lembut menyapanya dari belakang.


"Waalaikumussalam.Eh,Kak Zinnirah.Akak buat apa kat sini?"


"Tengah berenang".


"Hehe.Lupe plak.Mestila nak membeli,..hehe".


"Tau pun.Hmm,banyak beli barang?Ada 'projek' baru ke dengan Wafa?"


"Eh,tak dela.Biase-biase je,kak".


"Ok,tak nak kacau..Teruskan shopping.Assalamualaikum..".Kak Zinnirah beredar ke penjuru kedai al-Ghazawi,di bahagian sebelah kiri.Kelihatan,ada kelibat pemuda Melayu di situ.


"Berani pula Kak Zinnirah ke situ",bisik Anis dalam diri.


Jika di Jordan,pelajar-pelajar Malaysia memang selalu mengelak dari berjumpa dengan pelajar sebangsa, yang berlainan jantina.Malu dan segan.Anis juga tidak terkecuali, terdidik dengan 'biah' itu.


Berbeza dengan zaman persekolahannya,Anis juga seperti para remaja lain.Pergaulannya dengan kawan-kawan lelaki,tidaklah begitu dititikberatkannya.Apa yang difahaminya,air sembahyang akan terbatal sekiranya bersentuh kulit dengan bukan muhrim.Jadi,bertepuk bertampar dengan rakan-rakan lelakinya, telah menjadi satu perkara biasa baginya. Manakala,apabila tiba waktu solat,dia akan memperbaharui wuduk. Itu pun,jika dia 'terpaksa' solat,disebabkan tidak berjaya melarikan diri dari dikejar oleh ustaz yang bertugas.


Anis juga pernah mengherdik dan memusuhi kawan-kawan yang cuba menegur pergaulan dan pakaiannya. Sangkaannya,mereka hanyalah berlagak alim dan cemburu padanya kerana ramai lelaki yang mahu berkawan dan berbual-bual dengannya.


"Woi pompuan!Kalau kau jealous,cakap jela.Tak payah nak berlakon tegur-tegur segala.Aku paham benarla orang-orang macam kau ni.Tak boleh tengok orang senang!Saje je nak cari salah orang.Mind your own business!Tak payah nak sibuk hal orang!",Anis teringat antara kata-kata herdikan yang pernah dituturkannya.


"Tut.Tut".Satu mesej baharu masuk di I-phone nya.


"Tolong belikan kopi sekali.Thanks " -Wafa'


Anis kemudiannya menuju ke arah rak kopi.


"Eh,boleh bersembang pula Kak Zinnirah dengan syabab tu?Biar betul!".Anis kehairanan.



Kak Zinnirah, seorang pelajar perubatan Tahun Kelima itu,amat dihormatinya.Kata-katanya,persis seorang ustazah.Kak Zinnirah pernah mengingatkan,bahawa kita tidak seharusnya mengehadkan bidang pembelajaran kepada bidang perubatan,pergigian atau kejuruteraan semata.Beliau mengambil contoh Ibnu Sina.Ibnu Sina sememangnya dikenali dunia kerana penguasaannya dalam bidang perubatan.Banyak penemuan dalam bidang perubatan telah diterokainya dan dicedok oleh Barat.Namun,sememangnya,Ibnu Sina telah terlebih dahulu mengkhatamkan al-Quran dan Fiqh. Seterusnya,mendalami bidang Matematik, Astronomi dan tidak kurang 10 bidang ilmu yang dikuasainya.


Kak Zinnirah juga cuba 'mengikut ' jejak Ibnu Sina.Selain mengambil bidang perubatan di universiti,dia turut tidak melepaskan peluang menghafal ayat suci al-Quran dan menimba ilmu lain seperti ilmu Fiqh,Qiraat dan Bahasa Arab.


"Kenapa macam mesra je Kak Zinnirah dengan syabab tu?".


"Ah,lupekan.Mereka bercakap soal penting kot".


"Tapi,kenapa hanya berdua?".


Anis segera membayar dan ingin cepat-cepat meninggalkan kedai runcit itu.Dia keliru.Matanya mempercayai ada yang tak kena pada muamalah Kak Zinnirah tadi.Tapi,hati kecilnya percaya Kak Zinnirah tidak akan melakukan apa yang bersimpang dari apa yang sering dikatakannya,iaitu "Jaga Ikhtilat".


" Wahai orang-orang yang beriman !Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan ? " (as-Saff : 2)


Anis beristighfar.Pipinya panas.Dahinya berkerut,pening.Dia memantaskan pergerakan pulang ke rumah.



…………………………………………………………………………………………………………………………………………



"….Tetapi,boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,padahal itu lebih baik bagimu.Dan boleh jadi kamu menyenangi sesuatu,tetapi ia tidak baik bagimu.Allah Mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui" (al-Baqarah:216)


Alunan merdu bacaan ayat suci al-Quran yang tidak lain dan tidak bukan,adalah suara Humaira'.Humaira memang gemar membaca ayat al-Quran dan disertai tafsirnya sekali.Kali ini,Anis merasakan bahawa ayat itu tertuju tepat ke atasnya.


Sejak kebelakangan ini,Anis dirundung satu lagi masalah.Masalah berkaitan pelajarannya.Dia sudah cuba berusaha sehabis baik untuk memperoleh keputusan yang membanggakan. Namun,nasib seringkali tidak menyebelahinya.Dia gagal memperoleh keputusan yang diinginkannya.Sedangkan,kawan-kawan yang lain,yang hanya belajar last minute,mampu mendapat keputusan yang lebih baik darinya.


"Di manakah silapku?Adakah ini hukumanMu ke atas dosa-dosa lalu ku,Ya Allah?",sering Anis bermonolog sedemikian.


Namun,ketika Humaira' membacakan tafsir dari surah kedua dari al-Quran itu,Anis berjaya menemui 'jawapan' bagi persoalannya.


"Mungkin,keputusan-keputusan exam itu adalah yang terbaik buatku,untuk waktu ini".


"Anis,saya tahu awak tengah bersedih pasal pelajaran kan?",Humaira' menegur lembut Anis yang tampak diam befikir.


"Dulu,saya pun pernah diuji macam awak.Saya pernah rasa seperti apa yang awak rasa.Kita usaha bukan main, tapi,result biase-biase je.Orang lain,sempat main game lagi malam exam,tapi,result gempak jugak.Tibalah suatu hari,Kak Zinnirah dan Kak Firdaus memberikan kata-kata semangat kepada saya."


"Kak Firdaus pesan,seringkali kita rasakan,result yang diperoleh,tidak sesuai dengan usaha dan pengorbanan kita.Kalau diikutkan lojik akal,yang tanam lebih,bakal menuai hasil yang lebih berbanding mereka yang menanam ala kadar.Bila fikir macam tu,sesekali mendapat kejayaan, kita akan lupa bersyukur.Kita akan rasa, bahawa kejayaan dan hasil itu ,adalah kerana usaha gigih kita.Lupa pada kekuasaan Allah.Lupa bahawa Allah ar-Rahman yang mengurniakan kejayaan."


"Jadi,bersangka baiklah,bahawa Allah sedang mendidik kita,supaya berusaha keranaNya,bukan kerana hasil."


"Tapi,bukankah berusaha adalah sunnatullah untuk berjaya?" ,soal Anis,ingin meleraikan persoalan di mindanya.


"Ya.Betul tu.Berusaha memang penting dan sunnatullah untuk berjaya.Tapi,kita perlu sentiasa tajdid niat bahawa kita berusaha hanya kerana Allah S.W.T,iaitu kerana Allah yang menyuruh kita berusaha.


"Daripada muqaddimah fi-Zilal juga ada menyentuh soal ini,dan apa yang saya faham,usaha bukan ditarik oleh hasil,tapi,ditolak oleh suruhan Allah."


"Contohnya,Nabi Muhammad berusaha bersungguh-sungguh 24 jam 7 hari dalam menyampaikan syiar Islam.Tapi,hanya berapa kerat yang memeluk Islam di Makkah,dalam tempoh 13 tahun baginda Rasulullah berada di situ?Hanya 3% dari penduduk Makkah."


"Contoh lain,Nabi Nuh.Mengikut sirah,baginda berdakwah selama lebih 950 tahun.Sungguh lama..Tapi,usaha dakwah baginda hanya end up with 83 pengikut."


"Jadi,adakah kerana pengikut yang sedikit,maka,usaha dakwah rasul-rasul ini dikira gagal di sisi Allah?", Humaira' pula menimbulkan persoalan selepas panjang lebar bercerita.


"Err..Tak", jawab Anis teragak-agak.


"Ok.Jadi,awak boleh nampak tak,bahawa,rasul-rasul ini berusaha bersungguh-sungguh dalam berdakwah kerana Allah yang suruh?Mereka tak kisah,jumlah pengikut yang ramai atau sedikit kerana mereka mengimani bahawa Allah yang menentukan hasil,dan bukanlah kerana usaha mereka".


"Jadi,untuk kita sebagai pelajar,yang sering diuji dengan markah exam,amat penting untuk kita ingat phrase ni,"Allah melihat pada usaha kita,bukan pada hasil".




"Jika kita berusaha lebih,inshaallah,ganjaran pahala yang kita perolehi juga lebih.Dan jika diberi result yang cemerlang pula,selalulah berdoa semoga kejayaan yang Allah beri,tidak membawa kita kepada kufur nikmat atau sebagai istidraj",sambung Humaira' lagi.


Anis terdiam seketika.Tidak lama kemudian,dia terus menggapai tubuh Humaira dan memeluknya.


"Terima kasih Humaira'!Terima kasih sangat-sangat".


Anis gembira kerana persoalannya telah terjawab.Kini,dia sedar akan kesilapannya yang kadang-kadang gagal meletakkan penghararapan sepenuhnya kepada Allah.Dengan berbekalkan usaha yang diyakininya sudah rapi,dia menjadi amat yakin bahawa keputusan yang cemerlang bakal menjadi miliknya.Mungin sebab itulah,setiap kali ujian,dia sering gagal mendapatkan keputusan yang dihajatinya.


"Alhamdulillah.Syukur padaMu kerana menjagaku dari menjadi hamba yang kufur nikmat.Aku bersyukur kerana ditempatkan di kalangan rakan-rakan yang sentiasa mengingatkanku kepadaMu",bisik Anis di dalam hati kecilnya.


"No hal lah.Kita memang selalu perlu ingat-mengingatkan.Dulu,Kak Zinnirah dan Kak Firdaus yang mengingatkan saya.Then,saya pulak ingatkan awak.Lepas ni,sila turunkan ilmu,ye?Hehe.."


"Baiklah puan",Anis membalas candaan Humaira' dengan mengangkat tangan,ala-ala seorang askar di hadapan komando.Mereka tertawa mesra.





…………………………………………………………………………………………………………………………………..


(to be continued - insyaallah)

Sunday, May 16, 2010

[pinky_paint] Cerpen : Cinta ini milikMU [Bahagian 1]

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah,selaku salah seorang ahli 'buruh kasar' Under Construction,ana dengan rasa rendah diri,ingin memulakan penulisan ana yang pertama di blog ini.

Sebagai seorang saudara di bawah nama ISLAM , ana menyeru sahabat-sahabat pembaca yang budiman,janganlah sesekali kita berhenti dari mencari hidayah dan cinta Allah S.W.T.

PERHATIAN : Penggunaan semua nama dan watak hanyalah rekayarsa PENULIS dan tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup di Irbid(terutamanya) atau telah meninggalkan Irbid. Wallahu a'lam.






"Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu(umat Islam) sebagai umat pertengahan agar kamu menjadi saksi atas(perbuatan) manusia dan agar Rasul(Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu….." (al-Baqarah:143)



"Baiklah,ade sesape mahu bagi pandangan,apa yang dia faham dari ayat ini?",Kak Zinnirah cuba menimbulkan persoalan.Ringkas soalannya.Tetapi,seperti biasa,keadaan sepi seketika. Mungkin kelu.Mungkin cuba berfikir dan mentadabbur kalam suci itu . Tidak kurang juga,pasti ada yang sedang menyusun bait kata,untuk menjawab persoalan yang dibangkitkan.


Humaira' juga diam.Cuba berfikir.Seketika,dia menjeling ke arahpenjuru bilik.Kelihatan,sahabatnya, Anis sedang "curi-curi" menekan punat-punat handphonenya.


"Balas SMS mummy nya kot..",getus Humaira' dalam hati kecilnya.Bersangka baik.


"Anis,apa yang Anis rasa dari ayat ni?".


Soalan Kak Zinnirah,gadis berkaca mata di hadapan mereka,mematikan lamunan Humaira'. Anis terkejut. Tidak disangka,dalam ramai-ramai sahabatnya,dia juga yang ditanya.


"Aduh,Matilah aku.Apa aku nak jawab ni?",Anis bermonolog sendiri.

"Err..saya mintak maaf,Kak Zinnirah.Saya..",Anis tertunduk.Kesal dengan kecuaiannya.


Dia tahu,dia kini berada dalam sebuah majlis ilmu,juga majlis zikir.Dipenuhi keberkatan. Dipayungi sayap-sayap para malaikat.Didoakan untuk diampunkan dosa oleh para malaikat.Tidak sepatutnya,dia lagho. Anis cepat-cepat beristighfar.


Anis teringat sepotong hadis yang dibacakan oleh Ustaz Bazli baru-baru ini.


"Dari Abu Hurairah ra. dari Nabi saw. beliau bersabda : "Sungguh, Allah mempunyai malaikat-malaikat yang mulia yang selalu berjalan mencari majlis zikir, apabila mereka mendapatkan suatu majlis yang dipergunakan untuk berzikir,maka mereka duduk di situ dan masing-masing malaikat membentangkan sayapnya, sehingga memenuhi ruangan yang berada di antara ahli zikir dan langit dunia."


Dari Abu Hurairah ra. ia berkata : Rasulullah S.A.W bersabda : "Apabila berkumpul suatu kaum dalam rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Al Qur'an dan mempelajarinya, maka ketenangan pasti akan turun kepada mereka,rahmat Allah melingkupi mereka, malaikat-malaikat mengelilingi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di kalangan makhluk yang ada didekatNya (para malaikat)."
(HR. Muslim)


Namun,SMS yang baru diterimanya,harus dibalas dengan segera.

Hati Anis berbelah bahagi.Sistem Pesanan Ringkas yang diterimanya ini bukan dari kenalan biasa, yang boleh ditangguhkan dulu dari membalasnya.Tetapi,ia adalah dari seseorang yang begitu penting dalam hidupnya.


"Akak", Syuhada yang tiba-tiba bersuara,menghentikan monolog Anis seketika.


"Apa yang saya faham,ayat ni,menggambarkan kita,iaitu umat Nabi Muhammad kat tengah-tengah,dari segi masanya.Ikut susunan,Nabi Muhammad di hadapan,then,kita,and then, manusia selepas ni ", sambung Syuhada.


"Jadi,di akhirat kelak,Rasulullah akan jadi saksi di hadapan Allah,bahawa kita telah 'berkerja' dalam menyebarkan dan memartabatkan agama Islam.Seterusnya,kita pula,akan jadi saksi,bahawa,manusia selepas kita,turut berusaha menyebarkan syiar Islam ni..",Syuhada menghabiskan bicaranya.


"Betul Syuhada.Ada sape-sape lagi nak bagi pandangannya?",suara Kak Zinnirah yang lemah lembut itu, mendamaikan jiwa Anis yang sedang berserabut.Sahabat-sahabatnya yang lain,bergilir-gilir menyuarakan pandangan.Ada yang memberikan pandangan yang panjang,dan ada yang berkata ringkas,tapi padat.


"Hurm..Aku ni,macam tak layak je ade kat sini.Diorang semua,hebat-hebat je..",Anis mengeluh.Terasa rendah diri,apabila dikelilingi sahabat-sahabat yang baginya,memiliki pengetahuan agama yang tinggi. Walaupun mereka juga mengambil bidang kejuruteraan sepertinya,tapi,pengetahuan mereka dalam agama,tidak kalah mudah dengan pelajar-pelajar agama.


Anis makin terasa rendah diri.Fikirannya juga berserabut kembali apabila memikirkan SMS yang diterimanya.


"Shahril,maafkan saya",bisik Anis sendirian.Wajahnya muram.



………………………………………………………………………………………………………………



"Anis ada problem ke?Kalau Anis nak kongsi,saya boleh jadi pendengar yang baik,insyaallah", Humaira' cuba menegur Anis,yang dari tadi hanyalah diam.Milk shake yang menjadi minuman kesukaannya hanya dipandang kosong.


Kebiasaannya,Anis begitu ceria.Ada sahaja cerita yang ingin dikongsi kepada Humaira'.Walaupun Humaira' tidak banyak bercakap,tetapi,respon yang diberikan Humaira' ketika dia bercerita, menyenangkannya .Anis tahu,Humaira' ikhlas ingin membantunya.Tapi,dia malu untuk menceritakan perkara ini kepada Humaira'.Dirasakan,Humaira' terlalu 'suci' untuk mendengar masalah yang sedang melanda jiwanya kini.


"Eh,mana ada apa-apa.Anis ok je.Awak jangan risau.Cuma,letih siket kot.Hehe",Anis tersenyum tawar.Dia sedar, senyumannya tampak jelas menipu.Tapi,biarlah masalah ini menjadi rahsianya.Dia tidak mahu dipandang rendah oleh kawan-kawan,jika mereka tahu hakikat tentang dirinya.


"Ok,saya tak paksa.Tapi,kalau Anis nakkan seorang pendengar,U may call me,any..time..Tapi,bajet-bajetla.Elakkan call masa tidur saya tau.Mmm,tapi,kalau terpaksa,ok jer.Satu saat masa tidur saya yang awak curi,saya charge 50 qursh.Itu pun,harga kawan-kawan la kan?Hehe".


"Hehe,saya gurau jela.Call je.For you,gunung berapi sanggup ku renangi,lautan luas sanggup ku redah", gurauan Humaira' tampak makin 'rancak',diiringi aksi penuh gemalai oleh tangan yang dilitupi jubah berwarna merah itu.


Anis ketawa.Pandai juga Humaira' buat lawak.Bagi mereka yang tak kenal Humaira',pastilah akan menyangka Humaira' adalah tipikal gadis bertudung labuh.Skema.Memboringkan.Jumud.Anis juga berfikiran begitu dahulu,terutama,pada rakan-rakan di sekolah yang bertudung labuh.Rupa-rupanya,dia tersilap.Mereka juga manusia biasa.Ada perasaan kasih.Punya perasaan belas.Anis amat bersyukur kepada Allah S.W.T kerana diberikan peluang bertemu dan berkawan dengan Humaira', Syuhada, Fatimah,Zahrah dan sahabat-sahabat lain.


"Lawa taman ni,kan?Kalau ada masalah,saya selalu datang sini.Release tension.Nak study atau baca Quran kat sini pun best.Tenang,".Humaira' cuba memulakan topik perbualan setelah mendapati Anis sudah mampu tersenyum dengan gurauannya sebentar tadi.


Tiba-tiba,kedengaran lagu Kehidupan,oleh Inteam.Rupa-rupanya,handphone Anis yang berbunyi.Dilihat pada screen,"Shahril is calling".


Anis cepat-cepat mematikan panggilan.Humaira' yang masih di situ,melihat kekalutan Anis.Kehairanan.


"Kenapa tak jawab?Err,saya mengganggu ke?Kalau macam tu,saya mintak diri dulula ye?".


"Eh,tak payah.Tak penting pun.Salah nombor kot",Anis cuba menipu sahabat yang disayanginya itu.


Bunyi handphonenya kembali kedengaran.


"Tak pe.Mana tahu,mummy awak yang call.Nombor baru kot.Nombor yang sedia ada,dah kena curi line..hehe.saya minta diri dulu.Assalamualaikum"sempat pula Humaira' bergurau lagi.Sejurus kemudian, Humaira' beredar.


"Mummy?Oh,tak mungkin !Mummy pasti sedang sibuk memikirkan persatuan-persatuan kewanitaan'nya. Mana teringat nak call aku..hurmm",getus Anis sendirian.


Kali ketiga handphonenya berbunyi,barulah Anis menjawab.


"Bismillah.Peliharalah aku Ya Allah",doa Anis dalam hati.


"Assalamualaikum Anis.Awak sibuk ke?Lambat jawab call saya..?,"suara lelaki itu bagai sedang cuba menyulam lipatan rindu di hatinya.


"Err,waalaikumussalam.Tak sibuk pun.Biase-biase je",berdebar hatinya menjawab.Dia berbelah bahagi antara perasaan cintanya dan keredhaan Rabbul Izzah.


"Awak macam tak suka je saya call?Minta maafla,saya teringatkan awak.Saya teringatkan SMS awak semalam.Kenapa,,awak tulis macam tu?".


"Awk,kt kena brhnti. Ap yg kt buat ni,slh dr segi agama.Awk thu sy sygkan awak.Tp,sy lebih sygkan Allah.Sy tak nak, Allah murka, x redha nnti" -Anis Syahirah



Anis teringat SMS yang dikirimnya kepada Shahril semalam.


"Saya minta maaf Shahril.Macam apa yang saya hantar semalam,saya nak kita berhenti,kita putus.Saya tahu,awak lebih tahu pasal agama berbanding saya.Awak pasti lebih tahu,apa yang kita buat selama ni,tak betul,haram hukumnya.Sebelum saya jumpa awak,saya memang tak suka pelajar dari sekolah agama. Tapi,setelah kenal awak,saya makin tertarik pada agama.Dan saya harap,awak boleh bimbing saya.," luah Anis sejujurnya.Apa yang dipendamkan sejak beberapa hari lalu,diluahkan satu persatu.


Shahril terdiam.Kedengaran,bunyi dengusan di hujung talian.Seperti,Shahril sedang menahan perasaan.


"Sedihkah dia?Atau mungkin dia marah padaku?.Mata Anis sudah berkaca jernih.


"Awak memang baik terhadap saya.Saya tak akan lupakan,bahawa awaklah yang 'memperkenalkan' saya kepada agama.Terima kasih untuk pemberian tafsir al-Quran yang awak hadiahkan pada hari jadi saya pada tahun lepas.".


"Shahril,saya betul-betul minta maaf.Walau apa-apa pun,saya tetap nak putus.Lupakanlah saya.Saya harap sangat,awak dapat faham kenapa.Bukan sebab perasaan saya pada awak sudah luntur,juga bukan kerana orang ketiga.Tapi,saya mahukan cinta Allah.Maafkan saya..",lantas,dimatikan panggilan itu.


Anis sebak.Air mata yang cuba dibendung,terus-terusan mengalir.Bukan mudah untuk dia mengambil langkah ini.Tapi ,dia yakin dengan keputusannya.Pantang baginya berpatah balik.

"Ya! Ini langkahku!"


Tut,tut.Satu mesej baru masuk.


"Baiklah Anis.Klau ini yg awk mahu.Sy akur" -Shahril .


Anis lega.Dalam air mata,bibirnya mengukir senyum.


Rupa-rupanya,gelagat Anis diperhatikan Humaira' dari jauh.Humaira' serba salah.Dia tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku.Mahu sahaja didekati sahabatnya yang sedang menangis itu.Tapi,bimbang jika kehadirannya bakal mengganggu dan menambahkan kesedihannya.



.............................................................................………………


(to be continued -insyaallah)


*p/s :PINK warna yang ceria untuk sebuah rumah dan bilik. =) it's OUR color (ladies)