Showing posts with label Tangga batu. Show all posts
Showing posts with label Tangga batu. Show all posts

Monday, May 31, 2010

Perkongsian : Kamu dan Aku




Bismillahirrahmaniraheem..

Allahumma Solli ala Muhammad, khataman Nabiyyin..


Air mata jatuh mengenangkan,
Betapa daku dekat padamu,
Ku dengari jeritanmu, lolongan peritmu,
Namun, apakan daya, aku terlalu lemah..

Laksana burung di dalam sangkar,
Aku mahu keluar, dan terbang bebas,
Tapi aku masih menyanyi untuk mereka-mereka di luar,
Mereka terhibur, lalu aku dikunci lagi, meski hati memberontak..

Salah siapa jika dirimu sakit,
Darah pekatmu mengalir, jatuh ke bumi kering,lalu kau pergi,
Lantas ku tunding jari pada si Laknat itu,
Tanpa aku sedar, akulah dalang sebenar..

Kau saudaraku, aku saudaramu,
Namun, wujudnya aku di sini, hanya memerhati,
Aduh, inikah saudara?
Aku bersalah, dan demi Allah, aku harus berubah..!!




Freedom Flotilla meredah lautan membiru, dalamnya penuh sesak, bantuan kemanusiaan seluruh dunia kini berlayar ke Ghazzah. Armada itu nampak megah, bukanlah kerana ia gergasi abad ini, mahupun sucinya misi yang ia bawa, tapi ia megah kerana Allah mejentik hati manusia yang melihatnya begitu, kan Allah Maha Kuasa?

Mereka telah melakukan sesuatu, sesuatu yang menuntut pengorbanan masa, wang, titik peluh dan mungkin juga darah untuk orang kesayangan mereka. Jika ia tulus dari hati, kerana Allah semata, tidak mustahil mereka yang hidupnya dirampas kejam oleh Laknatullah itu akan tersenyum gembira kerana akhir mereka di Syurga, sambil mereka berkata, "Hari itulah hari yang paling indah bagi kita"..

Benar, perjuangan kali ini amat sukar.. Maka, bagi kita yang belum lagi terpilih untuk berada di tempat seperti mereka, doa tiada putus perlu kita kirimkan. Mungkin banyak lagi usaha yang boleh kita lakukan, lalu, lakukan..!! InshaAllah.

Palestina bumi kita. Maka kita harus pertahankannya. Tidakkah malu, saudara seAqidah kita dibantu oleh mereka yang lain, sedangkan syahadahtain yang kita ucapkan, saling tak tumpah?



Epilog :

Hijaunya dahan pohon nan rendang,
Aliran sungai penenang jiwa,
Duhai saudara-saudaraku semua,
Bertemu semula kita di Jannah, alangkah bahagia..

InshaAllah

Sunday, May 23, 2010

Perkongsian : Rindu Umar

Bismillahirrahmaniraheem..

Allahumma Solli ala Muhammad, khataman Nabiyyin..


Assalamualaikum..!! Alhamdulillah, Tangga masih diberi kesempatan untuk menulis, dan Alhamdulillah, kalian semua masih dizinkan untuk membaca. =) Segala puji-pujian, pulangkanlah kepada Allah, kerana ia bukan milik kita.


Tanggal 8 Jamadilakhir,
Oh, ajalnya Abu Bakar kian menghampir,
Lalu ditanya, siapakah pengganti?
Seraya terpacul nama Umar, Bani Adi..

Dahulu, ganasmu tak kira masa,
Darah mudamu, menggelegak berbusa,
Tenagamu mampu membinasa manusia,
Umar Al-Khattab, engkau benar-benar Singa.

Surah Toha menjadi saksi,
Hatimu cair dek suara Ilahi,
Lantas kau tunduk, fitrahmu kembali,
Diri kotormu kini telah suci.

yaAllah,
Berikan kami semangat Umar,
Tunjukkan kami jalanmu yang benar,
Jadikan kami Rijal yang tegar,
yaAllah, kau Maha Mendengar.


Wahai Umar,
Kepingin hati ini ingin bertemu,
Biar tanpa jasadmu,
Aku cuba untuk tidak jemu,
Semangat Singa, terus ku buru.

InshaAllah


Bulan Jamadilakhir tahun ini membawa 1001 makna dalan diri Tangga. Apa tidaknya, cabaran datang bertimpa-timpa. Tangga yakin, "Tangan" yang menyusun hidup Tangga ini, pasti ada rancangannya sendiri. Selagi Tangga cuba untuk terus meningkatkan diri, inshaAllah, pasti bantuan Allah akan terus menemani. Istimewa sungguh Jamadilakhir.

Hari ini pula, dalam sejarah. Alhamdulillah, Tangga diberi kesempatan oleh Allah untuk terus hidup dan berkongsi. Sewaktu perjalanan Tangga pulang dari menyelesaikan urusan penting dekat hospital jamiah (universiti), Tangga sempat menyapa pemandangan di luar tingkap. Ada sesuatu yang luar biasa berlaku hari ini. Ya, pemandangan ini janggal sekali..!!

Tangga berfikir-fikir mengapa.. Oh, Tangga terlupa bahawa hari ini, diadakan sambutan Hari Kemerdekaan ke-64 Jordan di universiti. Tidak hairanlah begitu ramai sekali para perajurit, askar dan polisi dengan kereta-kereta besar mereka menghiasi laman lapang dan ceruk bangunan di unversiti. Tangga terus memerhati..

Satu, dua, tiga, empat.. Lima.. Wah, ramainya..!! Dari pintu universiti, disepanjang jalan, selang beberapa meter, pasti terdapat seorang dua orang pegawai tentera mengawal di tepi, sehingga ke akhir jalan yang Tangga anggarkan lebih kurang 5 kilometer..!! Bendera Jordan ada di sini sana. Mereka sebenarnya menanti kedatangan Raja mereka, maka kawalan amat ketat sekali dilakukan, agar sebarang musibah dapat dielakkan.

Bukan Tangga sahaja yang terkejut, rakan Tangga turut pelik melihat fenomena pertama kali ini.. Hehe..



Termenung..

Tangga merindui seseorang.
Tangga rindu akan Umar Al-Khattab..


"" Mereka tertanya-tanya, siapakah gerangan manusia bertubuh kurus yang masuk dari pintu itu. Percikan air lumpur selari dengan langkah tenang manusia itu menarik pandangan, kedua kakinya hanya dilindungi kasut kotor.. Lihatlah pula bajunya, amat kasar sekali, sudah pasti ini buatan guni, murah mungkin. Di tangan manusia itu tergenggam erat tali sabut berbulu, buat ikatan pada keldai yang ditunggangi seorang budak.. Suasana itu bagaikan tidak kena.

"Adakah ini raja orang Islam? Adakah manusia ini yang menumpaskan kita, seraya Al-Quds kebali ke tangan mereka?" Detik hati Patriarch Sharafnius, pembesar Paderi di zaman itu.

Langkah manusia itu terhenti.. "AllahuAkbar", takbiratul ihram untuk solat sunat simbolik iftitah menandakan tanda syukur atas rahmat Allah. Al-Quds kembali milik Islam. Sesungguhnya, manusia itu adalah Umar Al-Khattab, khalifah kedua selepas Abu Bakar. Khalifah yang lagaknya hanya seperti hamba biasa.. Umar telah mengkagumkan hati setiap manusia yang melihatnya tatkala itu. MasyaAllah. Inilah Islam rupanya.

Berkatalah Sharafnius kepada Umar,

"Kalau beginilah cara kamu, pasti kamu tidak akan tewas..." ""


MasyaAllah,
Lain sungguh para pemimpin Islam dahulu dan sekarang. Tangga tidak mahu memburukkan sesiapa, tetapi, Tangga mahu sekali sejarah seperti itu berlaku kembali. Bahagia bukan, apabila bumi ini dimakmurkan Islam. Memetik entri nipponwheaterbond, sejarah diceritakan bukan hanya untuk menambah ilmu, tapi sejarah adalah guru yang menjagar cara untuk beramal agar benda yang baik itu dapat diulang. Inilah sejarah Umar, yang kita perlu dalami, contohi, dan aplikasi, InshaAllah. =)





Semua ke Syurga, kecuali dia, ku bimbangi dialah diriku..
Umar Al Khattab RadiaAllahu Anhu

Sunday, May 16, 2010

[Tangga Batu] Asam Garam : Summer Datang Lagi..!!

Bismillahirrahmaniraheem..
Allahumma Solli ala Muhammad.
Assalamualaikum semua..!! Nama saya Tangga Batu, tapi nnama pendek, Tangga. Hari ni Tangga nak menapak ke anak tangga pertama, insyaAllah.
Mari, kita mula dengan pantun nak,
“Panjat-panjat tangga,
Tangga warna putih,
Niat kena jaga,
Supaya hati bersih”
Cerita pasal hati, Tangga nak kongsi sesuatu yang Tangga dapat hari ni dengan construction brigade “UC” dan semua orang di luar sana.. =)
“MasyaAllah, panas betul harini.. Tekak rasa kering, suara pun dah mula serak..” Tangga mengeluh sambil mengipas diri sendiri dengan tangan. Maklumlah, cuaca Irbid makin bertambah-tambah panas, malah, bukan saja panas, tapi kering. Mungkin sebab Tangga sekarang berada di kawasan Mediterranean yang hanya ada dua musim paling ketara, musim sejuk dan musim panas. Kalaulah tak minum air, pastinya rasa amat lesu sepanjang hari. Dalam bas ini pulak, tidak diapasang air conditioner, yang sekurang-kurangnya,mungkin membantu menghilangkan peluh yang aktif dirembes ini.. Tangga terus hilang mood, Al-Quran yang tadi Tangga baca, terus Tangga tutup..
Kemudian Tangga pandang ke luar tingkap. Saujana langit biru dan padang pasir terbentang luas. Tiba-tiba, Tangga rasa sebak.. Sebab..
Tangga baru sedar kembali yang diri Tangga ni amat kerdil dan kecil, lihatlah alam kat luar sana, besarnya, cantiknya, luasnya, MasyaAllah, tak terkira. Itu baru ciptaan Allah, inikan lagi Allah itu sendiri..!! Tangga sedih, bila mengenangkan sudah dua dekad Tangga hidup di bumi ciptaan Allah, Tangga sendiri adalah ciptaan Dia, tapi apa Tangga dah buat dengan hidup Tangga..?? Apa yang Tangga dah “bayar” untuk balasan Jannah Firdaus nanti. Semua orang tahu yang hidup di dunia ni hanya sementara, dan di akhirat nanti barulah kita akan hidup sebenar-benarnya, untuk selama-lamanya.
Tangga tak mahu jadi orang yang rugi. Tangga tak mahu menyesal di akhirat nanti sambil berkata, “Kalaulah dahulu aku buat lebih baik dari ini dengan hidup aku..”, sebab hakikatnya, Tangga pasti akan kembali kepada “Tuan” Tangga yang mencipta Tangga. Tangga tak mahu tergagap-gagap di hadapan Allah nanti bila ditanya tentang tugas yang diamanahkan kepada Tangga.. “Adakah engkau telah menjalankan tanggungjawabmu sebaik mungkin sebagai HambaKu dan Khalifah di dunia yang telah engkau tinggalkan buat selama-lamanya?”.. Takutnya.. YaAllah, ampunilah kami semua.
Tangga nak bermadah,
“Hidupnya kita, kadang-kadang terlupa, yang kita menghamba pada Ciptaan, dan bukan Pencipta ,
Hidupnya kita, selalu leka dengan masa, sedangkan Umat di luar sana, menjerit terseksa,
Mari kita sucikan hati, kerana seperti tali, ia menarik diri kembali, kepada Ilahi..”
Maka, Tangga nak ajak semua di sana untuk berfikir bersama-sama Tangga 3 soalan penting.. Kali ini, fikir dengan hati sambil-sambil buka Kalam Dia =)
1) Siapa kita?
2) Mengapa kita diciptakan?
3) Kepada siapakah kita akan dikembalikan?
Oh, baiklah. Tangga kena berundur.. Jumpa lagi nanti, insyaAllah. Yalla, babai. =)