Sunday, May 23, 2010

Perkongsian : Rindu Umar

Bismillahirrahmaniraheem..

Allahumma Solli ala Muhammad, khataman Nabiyyin..


Assalamualaikum..!! Alhamdulillah, Tangga masih diberi kesempatan untuk menulis, dan Alhamdulillah, kalian semua masih dizinkan untuk membaca. =) Segala puji-pujian, pulangkanlah kepada Allah, kerana ia bukan milik kita.


Tanggal 8 Jamadilakhir,
Oh, ajalnya Abu Bakar kian menghampir,
Lalu ditanya, siapakah pengganti?
Seraya terpacul nama Umar, Bani Adi..

Dahulu, ganasmu tak kira masa,
Darah mudamu, menggelegak berbusa,
Tenagamu mampu membinasa manusia,
Umar Al-Khattab, engkau benar-benar Singa.

Surah Toha menjadi saksi,
Hatimu cair dek suara Ilahi,
Lantas kau tunduk, fitrahmu kembali,
Diri kotormu kini telah suci.

yaAllah,
Berikan kami semangat Umar,
Tunjukkan kami jalanmu yang benar,
Jadikan kami Rijal yang tegar,
yaAllah, kau Maha Mendengar.


Wahai Umar,
Kepingin hati ini ingin bertemu,
Biar tanpa jasadmu,
Aku cuba untuk tidak jemu,
Semangat Singa, terus ku buru.

InshaAllah


Bulan Jamadilakhir tahun ini membawa 1001 makna dalan diri Tangga. Apa tidaknya, cabaran datang bertimpa-timpa. Tangga yakin, "Tangan" yang menyusun hidup Tangga ini, pasti ada rancangannya sendiri. Selagi Tangga cuba untuk terus meningkatkan diri, inshaAllah, pasti bantuan Allah akan terus menemani. Istimewa sungguh Jamadilakhir.

Hari ini pula, dalam sejarah. Alhamdulillah, Tangga diberi kesempatan oleh Allah untuk terus hidup dan berkongsi. Sewaktu perjalanan Tangga pulang dari menyelesaikan urusan penting dekat hospital jamiah (universiti), Tangga sempat menyapa pemandangan di luar tingkap. Ada sesuatu yang luar biasa berlaku hari ini. Ya, pemandangan ini janggal sekali..!!

Tangga berfikir-fikir mengapa.. Oh, Tangga terlupa bahawa hari ini, diadakan sambutan Hari Kemerdekaan ke-64 Jordan di universiti. Tidak hairanlah begitu ramai sekali para perajurit, askar dan polisi dengan kereta-kereta besar mereka menghiasi laman lapang dan ceruk bangunan di unversiti. Tangga terus memerhati..

Satu, dua, tiga, empat.. Lima.. Wah, ramainya..!! Dari pintu universiti, disepanjang jalan, selang beberapa meter, pasti terdapat seorang dua orang pegawai tentera mengawal di tepi, sehingga ke akhir jalan yang Tangga anggarkan lebih kurang 5 kilometer..!! Bendera Jordan ada di sini sana. Mereka sebenarnya menanti kedatangan Raja mereka, maka kawalan amat ketat sekali dilakukan, agar sebarang musibah dapat dielakkan.

Bukan Tangga sahaja yang terkejut, rakan Tangga turut pelik melihat fenomena pertama kali ini.. Hehe..



Termenung..

Tangga merindui seseorang.
Tangga rindu akan Umar Al-Khattab..


"" Mereka tertanya-tanya, siapakah gerangan manusia bertubuh kurus yang masuk dari pintu itu. Percikan air lumpur selari dengan langkah tenang manusia itu menarik pandangan, kedua kakinya hanya dilindungi kasut kotor.. Lihatlah pula bajunya, amat kasar sekali, sudah pasti ini buatan guni, murah mungkin. Di tangan manusia itu tergenggam erat tali sabut berbulu, buat ikatan pada keldai yang ditunggangi seorang budak.. Suasana itu bagaikan tidak kena.

"Adakah ini raja orang Islam? Adakah manusia ini yang menumpaskan kita, seraya Al-Quds kebali ke tangan mereka?" Detik hati Patriarch Sharafnius, pembesar Paderi di zaman itu.

Langkah manusia itu terhenti.. "AllahuAkbar", takbiratul ihram untuk solat sunat simbolik iftitah menandakan tanda syukur atas rahmat Allah. Al-Quds kembali milik Islam. Sesungguhnya, manusia itu adalah Umar Al-Khattab, khalifah kedua selepas Abu Bakar. Khalifah yang lagaknya hanya seperti hamba biasa.. Umar telah mengkagumkan hati setiap manusia yang melihatnya tatkala itu. MasyaAllah. Inilah Islam rupanya.

Berkatalah Sharafnius kepada Umar,

"Kalau beginilah cara kamu, pasti kamu tidak akan tewas..." ""


MasyaAllah,
Lain sungguh para pemimpin Islam dahulu dan sekarang. Tangga tidak mahu memburukkan sesiapa, tetapi, Tangga mahu sekali sejarah seperti itu berlaku kembali. Bahagia bukan, apabila bumi ini dimakmurkan Islam. Memetik entri nipponwheaterbond, sejarah diceritakan bukan hanya untuk menambah ilmu, tapi sejarah adalah guru yang menjagar cara untuk beramal agar benda yang baik itu dapat diulang. Inilah sejarah Umar, yang kita perlu dalami, contohi, dan aplikasi, InshaAllah. =)





Semua ke Syurga, kecuali dia, ku bimbangi dialah diriku..
Umar Al Khattab RadiaAllahu Anhu

6 comments:

siti simen said...

patutkah kita mengagumi & menyanjungi raja pada zaman ini?

'Ezzah Al-Islam said...

subhannallah! favourite ana ni "umar al-khatab singa muslimin" terimakasih tanggabatu.. perkongsian yg sangat menyentuh..[sobsobsob]

benar2 perlu kerja keras me'lasso' orang2 seperti 'umar jahiliyiah' dan terbalikkan 180 darjah menjadi 'umar islam'.. moga Allah muliakan islam dengan Umar..

peminat Umar

Afifah Adnan said...

SAlam..

thanks tangga batu atas perkongsian ni..:-)
suke sangat..

dah lama sy terfikir,kita sering bercerita membanding-bandingkan pemimpin2 dulu dan sekarang (pemimpin Islam)..
tapi,entah mereka tahu atau tidak, perihal pemimpin2 mcm Saidina Umar ni..
Kalau tahu pon,buat2 tak tahu kot..


BTW,sy tetap minat TGNA,atas kezuhudan beliau..moga ramai lagi pemimpin ,sepertinya..


Izz,saya pun minat ngn Umar,dan juga lagu Aku Hanya Umar nyanyian Hijjaz nih..

pepasir pantai putih (3P) said...

Salam,
ramai rupanya peminat 'Umar alKhattab', alhamdullillah.

Didoakan semoga akan lahir lebih ramai Umar, ameen.

'Beliau langsung tidak terpengaruh dgn keindahan dunia."...Padahal kenikmatan dunia hanyalah sedikit berbanding dgn kenikmatan di akhirat."9:38

Tangga Batu said...

Assalamualaikum,

siti simen,
Masih ada baki-baki Raja yang bertarbiyah, maka sudah tentu jika begitu, kita boleh kagumi.. =)

Ezzah Al-Islam,
Tangga sebenrnya amat malu bercerita tentang peribadi agung ini.. Tapi, rindu mengerakkan jari jemariku.

Nor Afifah,
Benar. Tugasnya kini terbeban pada kita yang sudah tahu. Sampaikan pada mereka-mereka itu, inshaAllah, sama-sama kita ya.


3P,
Dia memang icon idola manusia.
InshaAllah, sama-sama.

cerucuk_s0leh said...

quote best from umar;
"kita umat yang dimuliakan Allah dengan islam, jika kita mencari kemuliaan selainnya, maka jatuhlah kita ke lembah kehinaan"

umar antara produk hebat hasil tarbiyyah Rasulullah..
maka kita pun kena lah perhebat diri kita:):)

jom jom jom~~~