Friday, May 21, 2010

(3P) : I besar ke i kecil ?

Assalamualaikum wbt.



'Salam kasih dan sayang' untuk semua dari Pepasir Pantai Putih. Panjang kan nama pasir? Baiklah, pasir pendekkan sahaja kepada 3P, gelarannya three p. Boleh panggil pasir three p ye…^_^ Tahukan semua setiap nama itu ada makna tersirat ? Dan penting untuk kita meletakkan nama-nama yang indah agar seri maknanya dapat dilantunkan semula kepada tuannya. Contohnya, Nur Hafizah iaitu cahaya yang memelihara, wah…sentiasa terpelihara, amin. Janganlah pula digelar pooja atau jaja, bukan tidak boleh tapi mana lebih maniskan ? Pilihlah nama yang mendoakan. ^___^


Baiklah, hari ini 3P akan membawa semua untuk berfikir bersama-sama 3P mengenai islam atau Islam.

Sahabat 3P, nWb pernah tanya soalan ini untuk semua ,'SIAPA KITA ?' kan...? Siapa yang masih belum hadam sila tekan di sini untuk baca dan faham dahulu. Kemudian balik semula kepada 3P, ok ?

SATU

Fahamkah semua apa makna islam ? Jelaskah sudah dengan pengertian islam wahai orang-orang yang mengaku islam ?

Adakah kita islam hanya sekadar nama, keturunan, kad pengenalan tercatit islam, atau 'saya pakai tudung maka saya islamlah ', ' mak bapak I islam,so I islamlah ', ' entah, aku lahir-lahir sudah islam '…?!



Maka begitu apa bezanya kita dengan rahib perempuan yang pakai tudung dan saudara yang beragama kristian tapi bernama Islam atau mereka yang bukan islam tapi berakhlak dengan baik.mmm, apa bezanya ya kita dengan mereka ?


Fikirkan sejenak...........



DUA


Contoh kisah A: “Saya mengaku saya adalah Presiden Persatuan Asrama Tengkolok,” kata Nazim, tegas dan bangga dengan jawatan itu. Tapi dari segi realitinya si Nazim tak pernah pun menjalankan amanah itu, hanya terperuk di rumah main fesbook dan goyang kaki, selalu bagi alasan sakit menjelang mesyuarat dan malas turun padang melawat anak buah.Hanya satu dia suka buat, berucap. Tapi bila berucap, gogah kecoh kata, "Saya presiden ok !", sambil tangan menunjukkan jari telunjuknya. Huh!

Maka disini,boleh diiktiraf atau tidak jawatan presiden untuk si Nazim itu?

Begitu juga dengan islam yang kita hebohkan sebagai agama kita, islam bukan sahaja sebagai agama yang difahami dan diwarwarkan oleh orang banyak iaitu cukup dengan ibadah khusus semata-mata yakni solat, zakat, puasa dan haji. Dan cukup. I dah islam.

Tapi islam adalah agama kita dan cara hidup kita, keseluruhannya. Tengok balik analogi kisah A. Seandainya begitulah kita memegang islam, adakah layak kita diterima Tuhan sebagai hambanya ? Benarkah pengakuan kita itu lahir dari hati kerana kita yakin, bangga dan mahu menegakkan islam dalam diri ?

Islamnya kita adalah kita kenali islam, sayangi islam, berakhlak dengan akhlak islam, mematuhi segala batas-batas islam, menjauhi larangan-larangan islam, melakukan apa yang digariskan islam dan semuanya untuk Allah yang menjadikan islam sebagai cara hidup kita.

Islamnya kita apabila kita mengaku islam adalah dari kita bangun tidur di pagi hari sehingga kita bangun tidur pula keesokkan pagi, sehari semalam kita adalah islam, nampak tak, segalanya berpandukan islam.

Bagaimana pula dengan kita ? Benarkah kita sudah fahami islam dan mengamalkan islam sepenuhnya ?



TIGA

Dan apabila kita sudah mengaku islam, kita ada dua tugas di bumi ini, sebagai hamba Allah, (surah azZariyat :56) dan sebagai khalifah iaitu mengajak kepada yang haq dan iman serta menghalang dari kebatilan, (surah alBaqarah:30). Seperti entry sahabat saya Topi Kuning, boleh tekan.

Maka bila kita mengaku kita islam semestinya kita akan melakukan kerja-kerja kita di atas, bukan begitu sahabat ?

Sebagaimana mereka yang bernama cikgu akan mengajar dan doktor akan merawat pesakit, kita sebagai islam akan melakukakan kerja kita.


Kita menjadi hamba, yang melakukan semua arahan dan suruhan tuannya dan mengelakkan dari memurkai tuannya, kerana hamba tahu tuannya berkuasa penuh ke atasnya.

Dan kita menjadi khalifah iaitu pe'makmur' alam, mengindahkan bumi dengan nilai-nilai murni yang benar, men'sejahtera'kan manusia-manusia dari keburukan dan kejahilan, menyedarkan manusia dari syaitan, hawa nafsu dan dunia fana serta membangkitkan makhluk tuhan yang berakal akan tanggungjawab dan amanah yang akan disoal di alam kubur esok.

Islam sepenuhnya.


Tak habis lagi, nanti 3P sambung semula tau.....^_^

Selamat berfikir dan selamat mencari kebenaran. Islam kita bukan sekadar nama, 3P bangga dengan islam sebagai cara hidup dan pegangan hidup dan mati 3P.

Ayuh bercinta dengan islam, tak kenal maka tak cinta. ^_^

Ceria lagi mempersonakan,

Pepasir Pantai Putih (3P)

10 comments:

nipponweatherbond said...

penerangan yg jelas.bagus 3p

pepasir pantai putih (3P) said...

Salam,

3P selalu wonder kenapa dekat sekolah dulu kita tidak diajar untuk faham sebenar-benarnya tentang agama kita...?

3P tahu ramai antara sahabat 3P yang hebat-hebat dalam bidang agama, lebih-lebih lagi sahabat-sahabat 3P yang belajar di sekolah-sekolah arab, tapi kenapa seolah-olah pembelajaran itu seperti tiada apa-apa, kosong [3P hanya ucap dari apa pemerhatian 3P ok...:) ], mereka tidak beramal, adakah mereka tidak faham atau hanya hafal kosong...?

Islam, bila sudah mengenalinya, dialah suamiku. ^_^

fi amanillah,
3P

Topi Kuning Bertaqwa said...

huh ... adakah kita dah benar2 islam? mengaku jadi muslim ... minta Allah macam2.. tapi tugas2 Rasul tak ikut pun.. ish..ish.. muhasabah diri

topi kuning

cerucuk_s0leh said...

wallaweh,,two thumbs upp utk 3P..

cepat2 sambung:):)

aku melihat islam di negara kafir.
tapi bila aku kembali ke negara islam, aku tak jumpa di mana islam
[mafhum kata2 syed qutb]

aku bersyukur aku menjumpai agama ISLAM itu dulu sebelum aku berjumpa dengan orang ISLAM
[cat steven a.k.a yusuf islam]

jom jadi icon2 ISLAM:):)

shukriah's said...

wallaweh tu ape cerucuk soleh?(kudus ><)

Tangga Batu said...

Assalamualaikum 3P,

Saat ku mendengar apa itu Islam,
Hati masih lagi kelam,
Ku anggap ini satu agama zaman silam,
Jika luaran baik, begitulah hati di dalam..

Tapi, itu bukan hakikatnya,
Islam itu segala-galanya,
Tiada tertinggal, semua disapa,
Sekecil atom, sehingga sebesar alam semesta..

Nikmat paling besar,
Idaman setiap manusia "lapar",
Jika mahu dunia kembali segar,
Cari mereka, kejar, pegang dan ajar,
Pentarbiyahan Islam yang benar,
Moga dapat hasilkan Rijal yang tegar..

InsyaAllah, sama-sama.

make it simple said...

Salam,

Teringat satu kata-kata,
'Binalah islam dalam dirimu, nescaya akan terbina islam di sekelilingmu.'

tukulbesi said...

"syahadahatul haq"... kita menjadi 'saksi dan bukti' kepada benarnya islam.. Oh! berat2.. camna ni.. [wawawa]

pepasir pantai putih (3P) said...

Salamulaikum wbt,

topi kuning -> kena sentiasa muhasabah dan koreksi diri, smg tak jatuh dalam keburukan (maksiat). istighfar.^_^

cerucuk soleh -> ikon islam,insyaAllah. kena byk mujahadah dan terus berusaha.


shuk ->3P pun tak tahu wallaweh tu ape..wallaweh...♥ ♥ ♥

pepasir pantai putih (3P) said...

tangga batu -> insyaAllah. together we build the ummah.
'Islah nafsak wad"u ghoiruk" (bersama-sama) ♥ ♥ ♥

Tun Teja -> 'Binalah islam dalam dirimu, nescaya akan terbina islam di sekelilingmu.'-bermula dari diri kita sendiri. ♥ ♥ ♥

Tukul besi -> nasihat-nasihatmu akan sentiasa tersemat di hati 3P. ♥ ♥ ♥

fatrah p'binaan diri,
3P