Thursday, May 27, 2010

sebab Allah baik!

Assalamualaikum semua^^

Akhirnya, cerucuk keluar menonjolkan diri setelah berzaman2 berhempas pulas membina foundation binaan kita ni..[aceh.poyo je.]

Wah makin meriah ye tapak binaan ni..kalau macam ni la kegigihan buruh2 sekalian, makin cepat la binaan kita siap ye.. tak sabar rasanya:D tak kalah dengan musim imtihan niha’ie sekarang, setiap hari menjenguk tapak binaan, mesti ada notice baru, sampai cerucuk pun tak menyempat nak post..

petang tadi baru je cerucuk telefon mak dan adik di Malaysia. Tanya2 khabar, update cerita semasa

...dan berlakulah dialog yang berikut;

cerucuk : sekolah macam mana? Ok ke?

Adik : ok je kak..tapi sekarang ni cikgu selalu sangat bagi homework.. pulak tu, soalan semua susah2.. ada la jugak soalan yang adik tak dapat jawab. Esoknya, kena marah sebab tak siap..huhu..

Cerucuk : oh ye…tapi tajuk2 tu mesti cikgu dah ajar dalam kelas kan?

Adik : haah, cikgu ajar je.. akhir2 ni memang adik tak bagi tumpuan sangat waktu cikgu ajar sebab sibuk dengan Pertandingan Balas Pantun.

Cerucuk : haa,,tengok.. Maknanya, bukan salah cikgu adik tak dapat jawab soalan dan kena marah, sebab adik yang tak fahamkan apa yang cikgu dah ajar dalam kelas. Bukannya kakak tak bagi masuk pertandingan tu, tapi pastikan tak abaikan pelajaran ye..

------------------------------------------------------------------------------------

Kawan cerucuk pernah kata; kita kena melihat setiap inci hidup kita ni dengan TAUHIDIC MINDSET [pemikiran ke-tauhid-an]

Lepas berbual panjang dengan adik tadi, cerucuk mula berfikir lagi, kali ni dari sudut hamba dan Tuhannya.

Cuba kita pikir sama2

+ cikgu mesti tahu sejauh mana kemampuan anak muridnya. Jadi, homework yang dia bagi mestilah dalam kemampuan anak muridnya. Takkan soalan tingkatan 4 diberi pada murid tahun 4?!

**Allah yang cipta kita, mesti Dia sangat ‘arif tentang kita. Mustahil Allah campakkan kita dalam kemelut permasalahan tanpa persiapkan diri kita untuk hadapi perkara tu! kita terKENA sebab kita MAMPU!

jom usha ayat al-baqarah:286 [Allah tidak membebankan seseorang melainkan dengan kesanggupannya]

+ soalan2 yang cikgu bagi, mestilah dah disiapkan jawapan. Takkan lah soalan tu random je kan?

**Mana mungkin Allah menghempap kita dengan masalah tanpa menyediakan solusi..

ingat tak kisah waktu Allah izinkan syaitan menyesatkan manusia sampai hari Qiamat? Allah bagi syaitan sesatkan manusia tapi adakah manusia ditinggalkan macam tu je?

Tidaakkk..

Allah kata, meh berlindung dengan Aku..nescaya syaitan tak dapat nak kacau kamu…hah, ceritanya ada dalam surah Isra’, ayat 61-65 [rajinkan diri buka Quran ye^^]

+ mana mungkin cikgu tu akan marah kalau anak muridnya siapkan apa yang disuruh. Betul tak?

**Kadang2 kita ni selalu sangat mengeluh,,kenapalah hidup aku macam ni..kenapalah semua ni jadi kat aku.. tapi pernah tak kita fikir, sejauh mana hak2 Allah yang kita dah tunaikan?

Ibadah kita semua settle ke? Kita study sebab nak dapat dean’s list? Kita buat baik sebab nak orang respect kita?

Terkilannya Allah dengan kita... banyak lagi rupanya lopong2 dalam hidup kita yang tak berpusat pada Allah semata2. No wonder laa Allah asyik bagi ujian kat kita, supaya kita ni ter’dush3’..ter’pap3’.. tapi kita still tak sedar2 diri lagi..haih=.=

Jadi lepas ni, tiap kali terjerumus dalam keperitan, sesungguhnya itu teguran daripada Allah :D

+ prepare untuk Pertandingan Balas Pantun sampai tak tumpu dalam kelas?

** Allah dah bagitahu siang-siang, kita kat bumi ni untuk beribadah dan khalifah.[cik topi kuning dah terangkan panjang lebar pasal ni kan^^]

bukannya tak boleh buat perkara lain, tapi asalkan tak abaikan dua ni, atau tak lari daripada berpaksikan dua tujuan utama ni, teruskanlah!

+ tak mungkin cikgu tu akan mengabaikan anak muridnya yang sentiasa beri tumpuan dalam kelas, berakhlak baik, dan siapkan semua homework..

**manusia sesame manusia pun menghargai sesame sendiri. Allah lebih2 lah lagi kan.. Manusia yang sentiasa ikut apa yang Allah suruh, maka dia akan diangkat ke darjat yang tinggi di sisiNya.. semua orang rasa susah nak konsisten di landasan kebaikan, tapi hasil mujahadah kita tu, Allah balas dengan sesuatu yang jaaauuhh lebih hebat!

teruskan walaupun susah^^

Untungnya kita ada Allah.. Allah sangat best kan?

Ucap apa? ALHAMDULILLAH :)

6 comments:

Akhyar said...

alhamdulillah..
:D

Tangga Batu said...

MashaAllah..

Terima kasih Allah, terima kasih cerucuk.. Rasa sedikit termotivasi apabila baca.

Dalam satu lecture note yang Tangga baru baca hari itu, rakan Tangga tulis dalam khulasoh dia,

"Allah gives you 86400 seconds today, have you used one to say ALHAMDULILLAH =)?"

pepasir pantai putih (3P) said...

Astaghfirullah hal adhim...

amat tertusuk di hati 3P,terima kasih ats motivasi.
berusahalah selagi ada waktu,insyaAllah cerucuk.dan "Alhamdulillah".

bak kata kawan 3P pagi td utk 3P:
"Teruskan perjuangan!"

dan baca komen ni dpt pula motivasi dr tangga batu.

Allah paling Hebat.

(nak nangis...)
3P

.n.a.k. said...

salam..

cerucuk soleh..
kite nak nangis jugak

semalam kite ada masalah
pastu..
ada orang bagi kite link ni (terima kasih pada si dia)...
memg terkena dgn diri ini
Alhamdulillah..

semoga thabat..cik2 dan puan2 under construction yer....

cerucuk_s0leh said...

Akhyar;
alhamduliLlah 3la kulli hal wa ni3mah:)

Tangga Batu;
best quote tu..kadang2 kita lupa nak ucap alhamduliLlah, walhal amek masa sekejap je pun..

3P;
uhuhu,,cerucuk cuma tulis apa yang terlintas kat hati sendiri,,
tak sangka bagi kesan kat 3P pulak+_+

itulah fungsi kita semua,,saling menguatkan:)
ucapan khas utk 3P: semoga kita jadi batu-bata yang cantik, dengan disimen oleh simen ukhuwah islamiyyah^^

n.a.k;
semoga Allah kuatkan awak untuk hadapi masalah yang awak tu..
kirim salam pada si dia ye..

semoga kita semua sama2 thabat^^

Nor Amirah binti Adnan said...

subhanallah,artikel yg pnuh perasaan..
unik pnulisannya...
truskan usaha...