Wednesday, May 26, 2010

Analogi: Perahu mana satu ?

Assalamualaikum wbt. ‘Salam kasih dan sayang’ dari 3P. Apa khabar iman hari ini ? Bagaimana dengan amal-amal sepanjang hari dan sepanjang minggu ini ? Selamat bermuhasabah, jangan lupa untuk sentiasa beristighfar dan muhasabah diri agar sentiasa ada peningkatan taqwa seperti namanya topi kuning bertaqwa…hehehe.^_^


Sambungan dari entry 3P yang lepas, (siapa belum baca lagi)tekan di sini tau. InsyaAllah kali ini pendek sahaja.


Tentang perahu pilihan kita.

Satu hari Sin Chan mahu naik perahu ke Kampung Syurga, sesudah siap sedia sepenuhnya dengan bekalan, dicari-cari manakah perahu yang paling teguh, cukup sifat, berkualiti dan dapat membawanya ke destinasi dengan selamat malah tenang bila duduk di dalamnya. Ada dua pilihan perahu di depannya ? Huh, dia musykil, nak pilih mana satu ni ? Kerana di depannya keduanya menarik perhatiannya.



Maka, Sin Chan perlu buat pilihan,
a)Perahu juhulia- sangat berwarna-warni dan bersinar-sinar besinya, kelihatan amat menarik perhatian tapi sebenarnya hanya perahu murah.
b)Perahu islamia- tiada warna tapi kelihatan amat berkualiti ,kukuh dan selamat untuk perjalanan jauh.

Maka, Sin Chan berfikir, mana satu pilihan hatinya.
a ke b?b ke a? atau naik dua-dua sekali, sebelah kaki di perahu a sebelah lagi di perahu b.

Kerana Sin Chan amat sangat berkenan dengan perahu a, tapi dia juga mahu perahu b.

Maka, tanpa berfikir panjang, Sin Chan naik kedua-duanya. Satu kaki di perahu a, satu lagi di perahu b.

Apa jadi dengan Sin Chan comel tu ?

Erk! Splash, gedebom! Sin Chan jatuhlah, belum lagi perahu itu bergerak jauh.


Stabil tak? Perahu tu boleh bergerak ke dengan keadaan begitu? Cuba fikir-fikir.


mmm,Pilihan kita hanya SATU

1-Perahu juhulia = hidup dalam jahiliah (tak nak ikut suruhan Allah, ikut nafsu dan kepala sendiri sahaja, tak mahu ikut apa yang alQuran suruh……)
2-Perahu islam = hidup dalam islam (gembira dan suka buat suruhan Allah, tahan dan kawal nafsu, mematuhi peraturan alQuran……)
3-Perahu juhulia + perahu islamia = pilih untuk hidup dalam jahiliah dan juga islam (mana yang sesuai dengan hidup dia, dia buat walaupun islam tak bagi, kalau pilihan itu (walaupun itu pilihan islam) tak sesuai dengan hidup dan kehendak dia, dia buang jauh-jauh, dia pilih sahaja, sesuai ambil, tak tinggalkan……)


Sin Chan bangun semula selepas jatuh, ingain mencari kepastian, fikir-fikir dan tenung-tenung semula. Hanya satu perahu dia perlu pilih, yang teguh, berkualiti dan pasti yakin sampai ke destinasinya. Dia tak nak perahu yang tak berkualiti. Walaupun pada luarannya perahu juhulia lebih menarik perhatian dengan warna-warna yang terang, namun bila dibelek-belek binaannya, rupanya buruk, tidak kukuh. Hanya luaran sahaja yang indah mempersona.
Huh, perahu tipu!

Ditilik-tilik lagi, rupanya perahu islamia ini jauh lebih indah dan menarik pada buatannya, seninya dan begitu halus, teguh untuk perjalanan. Ya, bagi mereka yang berhati-hati,tidak mudah tertipu, dan melihat dengan ilmu dan hati. Pasti akan terus tertarik.


Jadi, mana satu pilihan anda ? Pilihlah dengan mata hati, bukan hanya melihat pada kepalsuan yang indah di luarannya sahaja. ^_^ Sah, kan dah kena tipu hidup-hidup.



"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu..
"al Baqarah, 208



"Janganlah kamu menyembah dua tuhan; sesungguhnya Dialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kepada-Ku saja kamu takut."An Nahl ,51.


jumpa lagi di lain wajah,
ceria lagi mempersonakan,
3P

9 comments:

Tangga Batu said...

Assalamualaikum kak 3P,

MasyaAllah,

entri yang ringkas tapi amat mendalam maksudnya.

Dayung-dayung sampan,
Sambil minum kopi,
Usaha jangan bosan,
Sebab Islam memang begini.

Kayuh-kayuh perahu,
Perahu anak sulong,
Kalau ada mahu,
InshaAllah Allah tolong.

=)

ayyash said...

assalamualaikum 3P..

jom berbondong2 naik perahu islamia..yok2..

sedap pantun Tangga Batu.. (^__^)

pepasir pantai putih (3P) said...

^^ alahai tangga batu,

3P tepuk tangan,
dengan tangga batu,
jahiliyah jangan layan,
islam nombor satu.

berusaha jom!
Bina islam !!!


^^cik ayyash,

jom jom perahu ini 3P yakin sampai ke destinasinya, 'Perahu Islam'

Islam itu tinggi dan tiada yg lebih tinggi drpdnya.

nipponweatherbond said...

nak pantun gak


Sultan jgn dipohon ampun,
Ampun hanya layak bagiNya;
Terhanyut perahu nippon,
Tolong tarik talinya.

Hinggap merpati dihujung dahan,
Dahan angsana tepian Chini;
Pilihlah aku Tuhan,
Sama belayar di perahu ini.

Adat Melayu jangan bertangguh,
Bimbang padi tua di jerami;
PadaMu Tuhan ku pohon sungguh,
Thabatkan hati kami.

(",)Y

pepasir pantai putih (3P) said...

alahai 3P tak kuasa nak bls pantun nippon...tinggi sgt.

terimalah ini je ye,

tepuk amai-amai,
belalang kupu-kupu,
jom kenal islam ramai-ramai,
kerana cinta Allah kita bersatu.


Doakan 3P dan buruh-buruh lain agar cemerlang exam nanti, dunia akhirat...*smile*

3P

'Ezzah Al-Islam said...

subhanallah.. buruh kasar-buruh kasar yang berfikrah dah berpantun dondang sayang. menarik2!!! luving it!

gabungan prosa dan puisi memang terbaik dalam menyentuh hati.

belajar dari muntalaq.

psstt: tak gheti berpantun la plak

nipponweatherbond said...

maila blaja pantun ngan nWp.nWp bleh wat kelas.ekkekek.siti simen kata kalo x tau tanye yg tau.quran yg ajar katanya :)

p/s:kenapa induce nWb pantun.nWb mmg masyuk kalo diajak bpantun *sigh*

pepasir pantai putih (3P) said...

^^Ezzah al-islam

penyatuan sains keras dan sains lembut amat siginfikan dan perlu untuk membangunkan ummah.

jom belajar sains 'lembut',belajar 'sejarah' dari ulul-albab.^_^


^^nWb

ok,baik.
3P tunggu entry pantun bermakna dari nWb.
Bakat dan kebolehan dari Allah utk kamu tu, perlu disalurkan utk ummah.^_^

Semoga Allah memberkati usaha dan hidup kita.:]

p'binaan diri,
3P

Ana al-faqir ilallah.. said...

i loike(love+like)this post...