Saturday, May 29, 2010

Hati-hati yang ber‘polymorphism’



Salam kasih dan sayang dari 3P.

3P sebenarnya terkejut nama 3P disebut dalam salah satu slide Pathology, huhu “The earliest is an inactivation of a cancer suppressor gene on chromosome 3P(hehe), and by time mutations in further suppressor gene…”, maka terus 3P teringatkan UC site kite.hehehe…

Dan perkataan ini ‘polymorphism juga dalam slide sama, seolah-olah memberi ilham untuk 3P tulis "tentang hati."

Polymorphism" describes multiple possible states for a single property.

Fikirkan sejenak apa kaitannya polymorphism ini dengan hati kita…?



Hati vs polymorphism.

Melihat pada makna, hati kita sering ber’polymorphism kan...?

Mudah berubah, sering berbolak-balik tiap-tiap waktu, setiap saat, tanpa disedari, sedangkan hati hanyalah satu property dalam badan kita, istimewa dan paling unik ciptaan Allah.

Dalam hadis ke-6 Imam Nawawi ada menyebut hati adalah seketul daging, namun bagi 3P, kita tidak tahu di mana letakknya ia, kerana ia terlalu susah untuk dibayangkan, abstrak.


Di mana turun dan naik iman kita adalah bergantung kepada bersih atau tidak hati kita, betul tak ? ^_^

Rajin atau tidak kita untuk melakukan kebaikkan, mengajak kepada kebaikkan dan berlumba-lumba kepada Allah adalah terhasil dari keadaan hati, bersih atau kotor, betul tak ?

Futur atau malasnya kita adalah disebabkan kita terlalu leka, asyik masyuk dengan dunia kita dan lalai akan amanah hidup kita...betul tak ? ^_^

Kita ditarik-tarik manja oleh nafsu untuk buat benda tak baik, di manakah hati kita seketika itu...?

Namun begitu, hati kita hanya ada satu, samaada ia berkeadaan bersih atau kotor.


Ibarat Raja dan Rakyat

Ibarat rakyat dengan raja, bila kita melihat buruknya akhlak dan perilaku sesuatu masyarakat itu, buang sampah merata, tidak tepati waktu, dan sewaktu dengannya, terus kita refleksikan kepada penjagaan dan pengawalan raja pada wilayahnya dan begitu sebaliknya.

Begitu juga hati kita dan perilaku dan akhlak kita.

Bila hati bersih, diri kita sentiasa diingatkan supaya ‘jangan buat jahat’, ‘jangan tengok benda tak sepatutnya’, ‘jangan berbohong’, ‘kawal lidah’ dan lain-lain (tambah sendirilah semua yang Allah suka…) ^_^

Sebab hati kita adalah raja kepada anggota badan kita, kawal dan pandu kita.


Namun begitu, bagaimanakah bila hati kita bersih, kita jadi terkawal...?

1 sahaja jawapan 3P, kerana bila hati kita bersih, kita sentiasa ingat Allah.

Apa-apa sahaja kita buat kita ingat Allah, nak makan ingat Allah, jadi baca bismillah.

Nak belajar ingat Allah, terus niatkan sebagai ibadah dan jihad, sebab takut nanti belajar semata-mata untuk exam.

Nak bercakap dengan kawan ingat Allah, kita tak mahu sakitkan hati kawan, berbahasa lembut dan menjaga kawan. Sebab tahu Allah mengasihi orang yang sering mengasihi.

Nak pandang sekeliling dari benda-benda buruk, takut, sebab nanti takut hati kotor. Maka akan menjaga pandangan.

Nak marah orang tak jadi, terus fikir lebih baik diam, terus ingat hadis “La taghdob...!”, nanti tak pasal-pasal tambah ‘dosa’.

Nak buka internet, ingat Allah, takut-takut terlalai membuang masa dan melihat yang tak sepatutnya.

Maka setiap niat, tindakan, fikiran dan apa sahaja yang kita buat kita ingat Allah.

Maka secara tidak langsungnya semua anggota kita terjaga, dengan terjaganya hati.

Ianya bermula dari hati kita, dan dibantu anggota badan yang lain.


“Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila baik maka baiklah seluruh jasad dana apabila rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.” Hadis-6 dari 40 Hadis An-Nawawi.

Maka, hati kita macammana…?

Kita mahu dan selalu inginkan hati yang bersih, tapi adakah kita berusaha untuk membersihkan hati, membuang karat-karat jahiliyah* di sudut dada itu ?

Banyak cara Allah sediakan untuk bersihkan hati, antaranya adalah (dengan suara kuat)...

Jom istighfar banyak-banyak…!

Jom baca dan tadabbur Quran…!

Dan banyaaaaaaak lagi inisiatif yang Allah sediakan.

Dan ingatlah,

"Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa dan harta-harta kamu, tapi Allah melihat kepada hati dan perbuatan kamu." HR Muslim.


*tentang jahiliyah boleh baca di sini, jeng jeng jeng…


tentang hati, banyak yang boleh dibualkan, akan disambung nanti...^_^ Gambatte...!

ceria lagi mempersonakan,

3P


9 comments:

nipponweatherbond said...

salam.

sebut pasal pleomorphic,selain hati yg berombak2 x kitra masa,nWb ada satu lg disease bahaya.was2.was2 pon penyakit hati.hati nWb ni hampir necrosis kalo disebabkan penyakit aneh ni.apa petua hilangkan sakit was2 yg stage3 cancerous ni?

indah pawana terbentang luas
harum anggerik indah bertunas
berjerih berpedang kuperang waswas
kerna kusedar helah alkhannas

p/s:doakan nWb kuat!

pepasir pantai putih (3P) said...

W'salam wbt nMb,
3P bukan ahli dlm soal-soal agama, tapi ada jugak kawan-kawan 3P yg cerita dekat m'hadapi masalah was-was ni.

Apa yg kami bincang,
-jangan layan was-was tu sbbnya kita dh tahu tu kerja syaitan. Cth, bila dah selesai ambil wudu',jgn layan rasa/was-was yg dtg tu.JGN LAYAN.
-bykkan baca 'a'uzubillah.... & surah anNas.
-Kuat& teguhkan diri dan hati.
-Doa banyak-banyak agar hilang was-was tu.

Maaf, 3P tak banyak membantu.

Was-was alkhannas tu mmg nak dtg uji kekuatan iman kita, kita lebih kuat dari syaitan tu.3P percaya!

Bykkan zikir tau, hati yg penuh zikir i'A syaitan lama-lama akan hilang.

^p/s: ingat x kita belajar surah AnNas, sifat syaitan ini dtg dan pergi, dtg bila hati kita lalai dan akan pergi bila kita ingat Allah.

Kita sama-sama cuba amalkan, was-was ni dtg dlm pelbagai btk.huhu.

Harap dpt m'bantu nWb tercinta.

Quran dan hadis dihayati,
Zikir dan fikir dilazami,
Hanyalah cinta Allah yang terpatri,
TIADA SIAPA lagi yg dapat menembusi.


Maaf salah silap 3P.

ayyash said...

subhanallah..
masyaAllah..

p/s..teguhkan hati nWb..\(^__^)/

Anonymous said...

salam 3P.. :)
moga KUAT selalu!
87:8-9 :)

Tangga Batu said...

MashaAllah,

3P, betul apa yang ternukil dalam entri 3P kali ini.

Kadang-kadang, kita lebih banyak ber"muhasabah" diri orang lain lebih dari diri kita sendiri. Maka, kali ini Tangga berjihad untuk cuba membuang sikap negatif itu, InshaAllah.

Mari kita sama-sama muhasabah diri sendiri setiap hari, InshaAllah. Seperti kata-kata seorang sahabat, "dalam berlari, kita perlu ada masa untuk toleh ke belakang, dan evaluasi diri, supaya yang negatif dapat dibaiki, dan yang positif terus diaplikasi. Moga kita lari lebih laju.." katanya.

Ma3a taufiq wan najah 3P =)

pepasir pantai putih (3P) said...

^Ayyash,

Ayuh jadi seperti 'Ayyash' si engineer pemuda perintis kekuatan ummah...^_^ !

jagalah hati, jgn kau kotori..


^reminder4uandme

Selamat menjengah ke uc.

InsyaAllah, semoga kita diberkati Allah di seluruh hidup.
Ameen.


^Tangga

ya..setuju dgn tangga.
Kena sentiasa muhasabah, supaya diri sentiasa sedar dan bangun.

Peluk cium dari 3P utk tangga.

debudebanana said...

waaahh... sukanya i baca pantun nWb...

dah lama nWb xberpantun kan..

apa kata lpas ni nWb buat entry dgn menggunakan kaedah pantun?kena asah bakat terendam tu...mesti sgt2 menarik dan indah.. acewah!
ngeh3...

pepasir pantai putih (3P) said...

Betul3x.
nWb,silakan.

debudebanana dah ada blog, dalam senyap2.^_^okeh,lepas ni kita panaskan blog debudebanana.Thumbs up!

Dakwah yg mesti kreatif!

ta'sis
3P

Ana al-faqir ilallah.. said...

moga thabat lam perjuangan blog..
artikel yg bagus..
good job...
gambatte gudasaik..