Monday, May 17, 2010

Siti Simen diterima sebagai buruh kasar..ahakz!

::salamualaikum::

Pertama sekali tahniah kepada China kerana berjaya mempertahankan kejuaraan Piala Thomas dan juga kepada Korea Selatan di atas kejayaan memenangi Piala Uber.

Sebelum itu, nak perkenalkan diri dulu [ tiba-tiba cakap pasal badminton ni apa kes?]
ok, nama penuh siti simen...nama glamor cik ss [ ss=siti simen a.k.a. syok sendiri!^0^ ]
umur *tooot tooot*, asal *tooot tooot*, sekolah lama*tooot tooot*..[haih semua info nak *tooooot* tak perlu cakap la cik siti oii..]

Tak kisah la siapa siti simen ni, yang penting siti seorang penduduk bumi Allah yang suci ini, seorang hamba Allah dan alhamdulillah seorang muslim juga.Maka kita semua tiada beza,sama saja kan.Walaupun sama, siti tak nak jadi manusia biasa,nak jadi luar biasa sebab nak masuk syurga Allah yang luar biasa!semua pun mesti nak juga kan [erk..ada ke yang tak nak]
Maka marilah kita sama-sama menjadi luar biasa..yeah!!

Berbalik kepada cerita badminton tadi,ada cerita hangat sikit.Siti memang minat cerita-cerita yang ada kaitan dengan badminton ni,mungkin sebab suka sangat baca komik Anak-anak Sidek masa budak-budak dulu,hehe..

Siti nak cerita pasal Piala Uber.Bagi yang tak tahu, Piala Uber untuk pasukan wanita manakala Piala Thomas untuk pasukan lelaki.Pada awalnya Siti ingat China akan terus menjuarai Piala Uber kerana kehebatan pemainnya tak dapat disangkal lagi.
Akan tetapi,pasukan Korea yang tidak mempunyai nama-nama pemain yang menggerunkan mampu mengalahkan pasukan China yang dianggap pasukan kebal selama ini.Kejayaan luar biasa Korea ini membuktikan bahawa dengan perancangan yang rapi,usaha keras serta semangat yang tinggi mampu menghasilkan sesuatu di luar jangkaan..wow!

Maka, kejayaan wanita Korea ini patut kita jadikan motivasi untuk terus maju ke hadapan.
Jika kita sama-sama berusaha dengan perancangn yang rapi, berusaha dengan gigih serta semangat juang yang tinggi,inshaAllah kita mampu mencipta kejayaan.Kita mampu menjadi manusia hebat.Kita mampu menaikkan Islam! [huh,berkobar-kobar siti simen ni..hihi]

Bak kata orang tua siti, 'hendak seribu daya,tak nak seribu dalih'.



ini lah rupa piala rebutan jaguh badminton..comel kan Piala Uber tu

p/s: tengok Korea main badminton lagi best daripada tengok drama Korea ^^

5 comments:

Tangga Batu said...

Assalamualaikum ci Siti Simen,

Semangat kepemudaan mu menjulang nampaknya..!! =) Daku suka..!!

make it simple said...

Salam ziarah,

Teja tengok piala Uber Cup lebih 'wau..!' dari Thomas cup.^_^

Cuma dua ungkapan kata yang bermain di benak Teja,

'Tangan yang menhayung buaian bakal melahirkan pemuda-pemudi harapan agama.'

'Di sebalik kejayaan agung seorang perwira, ada si hebat wanita menyokong di sisi.'

Ayat sendiri diolah dari kata-kata ulama.Semoga terus tsabat.

ayyash said...

akhawat qawiyul jismi..

tukulbesi said...

salam ukhawah siti simen.. welcome to the club.. hoho^__^

jom perkasa tarbiyah jasadi..!
hidup akhawat perkasa

p/s: tukul besi baru je tahu wujudnya piala uber.. ish..ish.. teruk betul-_-'

Unknown said...

musuh kita hebat.kita akan kalahkan.sebab mereka pun tahu kita pernah hebat+mereka telah kalahkan.