Tuesday, July 6, 2010

Aku,Kau & dot dot dot

*** Assalamualaikum w.b.t. ***

(penggunaan nama bagi setiap watak hanyalah rekaan pinky_paint semata-mata)
nama ringkasan pinky_paint(untuk memudahkan) = Pinky :-P


Pada suatu hari minggu,dua sahabat,Minah dan Siti ingin shopping ..

Situasi 1 ( selepas turun teksi)

Minah : Hoh,rumah kita ke Aradella Mall,siket punye dekat,boleh pulak pak cik ni
charge tinggi2?? Grr ...
Siti : Berapa dia amek?

Minah : 75 qursh
Siti : Ooo.. Abis, kau selalu bayar berapa?

Minah : Nusf (50 qursh)
Siti : Ooo

Situasi 2 (dalam Aradella Mall)


Minah : Siti,cuba tengok ni..Fulamak,lawanya kasut ni!! Tink3
(sound effect-menunjukkan keterujaan)
Siti : Iyela..lawa. .. but,,wait.. tengokla,harga pun 'lawa'..
Minah : Ala,
come on..Duit MARA kan baru masuk .. tengah 'masyuk' ni..huhu..Standard la, harga kasut macam ni, JD65..Ok ape?Berjenama.Stylo.Fuuuhh..Aku tak kira.Nak beli jugak!
Siti : Suka hati kaula..


$*$*$*$*$*$


Berdasarkan kedua-dua situasi ini, apa yang sahabat-sahabat dapat fikirkan?

Situasi yang amatlah biasa berlaku pada kita atau di kalangan kita,bukan? Pinky pun turut tidak terkecuali terlepas pandang..MAKA,
marilah kita sama-sama duduk sekejap dan berfikir..(ijlis binaa nukmin sa3ah)

Sahabat2 tahu tak majalah MASTIKA?Bagi sahabat2 yang pernah baca majalah ini,pasti tahu bahawa ia sentiasa memuatkan perihal mayat dan kisah semasa hidupnya,untuk dijadikan iktibar buat mereka yang masih hidup.Ada kisah pasal mayat yang reput,berulat, bernanah, berubah menjadi Khinzir dan sebagainya.Malah,tak terkecuali mayat yang berbau harum,tersenyum, kelihatan seperti orang yang tidur dan sebagainya.

Pada entri kali ini,Pinky nak berkongsi satu kisah yang menyentuh hati Pinky,dan harap dapat sentuh hati2 sahabat2,saudara2 Pinky yang lain,insyaallah.
Kisahnya pasal mayat seorang yang beriman yang berbau harum dan bau masih tak hilang walau dimandi dan dikafankan.Diceritakan oleh kenalan mayat tersebut,allahyarham amat tidak berkira soal wang dan hartanya,walaupun kehidupan allahyarham hanyalah sederhana.Beliau juga sentiasa bersedeqah.

Apa yang paling menyentuh hati Pinky adalah,allahyarham tidak gemar tawar-menawar harga barangan yang ingin dibelinya.Pernah anak allahyarham menegur sikap bapanya(baca :tidak gemar tawar menawar) . Tapi,bapanya dengan tenang menjawab "Tidak akan miskin kita dengan harga barang RM2 lebih tinggi ni.Niatkan sahaja sebagai sedeqah".Bagi beliau,jika harga barang hanya tinggi sedikit berbanding harga biasa dan masih dalam linkungan yang boleh diterima(tidak mengandungi unsur2 riba),maka,tidak menjadi masalah baginya. Insyaallah,barang dapat,pahala pun dapat.

-tamat kisah-


$*$*$*$*$*$


Berbalik pada situasi2 tadi,cik Minah begitu berkira dengan 75 qursh yang diberikannya kepada pemandu teksi.Padahal,cik Minah sebenarnya berduit dan berkemampuan.Gedebuk!! (sound effect- terkena atas batang hidung Pinky..hehe)

Pasal kisah allahyarham tu pulak,bagi Pinky,adalah hak masing-masing bagaimana seseorang mahu mengendalikan hartanya mengikut kesesuaian tempat dan masa.Mungkin ada pandangan pembaca merasakan,bagi 'budak2 chomel' seperti kita(huhu),yang hidup di perantauan,kurang digalakkan untuk mengelakkan dibuli dan sebagainya. Tapi,terpulanglah pada kesesuaian dan keselesaan masing-masing."Tepuk dada,tanya iman"

Pinky bukanlah bermaksud mengajak sahabat2 membuta tuli memberikan duit kepada sesiapa.Tapi,cuma mahu berkongsi kisah teladan ini agar sama-sama kita dapat koreksi diri,tambah baik apa yang patut,insyaallah.


Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak berganjak langkah kaki seseorang hamba pada hari pembalasan kelak sehingga mereka ditanya empat soalan iaitu umurnya ke mana diperuntukkan, usia muda ke mana dihabiskan, hartanya daripada diperoleh dan ke mana dibelanjakan dan ilmunya apakah diamalkannya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)





(p/s : maaf kalau ade tertokok tambah,terubah suai cerita tadi.Ingat isi2 penting je..huhu)

5 comments:

maesarah bt arwani said...

sedeqah is better then membazir..

jazakillah

^_^

pinky_paint said...
This comment has been removed by the author.
pinky_paint said...

tOb3an!

lepas ni,bolehlah kita sama2 analisa ke mana harta simpanan dihabiskan.huhu..

dan lepas ni,bolehlah cuba beri JD1 pada pak cik teksi(untuk ke mujamma' Sheikh khalil)dan terus niatkan sedeqah kalau2 pak cik terambil lebih.. ;-)

ahmad said...

ada kala berkira tu penting..klu pernah ke kaherah atau bersembang2 dgn student di sana, kebanyakan sgt berkira

1. mereka sgt berkira tambang teksi hatta harga yg dikenakan hanya 2 genih mahal dari harga biasa (15 qirsy jordan mungkin).

2. mereka sgt2 berkira sewa rumah yg mudah naek harganya. so kerana berkira, ramai (ikhwah terutama) duduk di rumah yg sgt boleh dibezakan kondisinya dgn kita di irbed..

sebab, klu diorg xberkira, taraf hidup biasa akan meningkat..masy tempatan akan mganggap pelajar melayu berkemampuan utk membyar lebih. so, tmbg teksi dari 4 genih, boleh jadi 8 genih even hrga minyak stabil.

kesannya, pelajar2 kurg berkemampuan akan semakin ksempitan. pelajar tajaan, xde masalah, tp yg xditaja, dtg ke sana mmg nk tuntut ilmu, terpaksa mengikat perut semata2 kerana sahabat2 sendiri berbelanja tidak berkira2.

sebenarnya kagum dgn tadhiyah sahabat2 tajaan kt cairo (even xsemua),diorg snggup duduk kt rumah murah even mampu je nk cari yg lg ok, sebab nk elakkan sewa rumah mkin naek once arab dah nmpk pelajar2 melayu semakin mampu..kesian student dirasat yg xberkmampuan

so, cuba la tengok kt irbed ni, semua ke mampu?lg2 dgn taraf hidup yg mmg cukup tinggi..jgn kita sendiri yg meninggikan lagi..

sebab tu melayu ada bagi pepatah, buat baik berpada2..sebab xsemua benda yg baek, kita boleh buat..once benda baek tu myebabkan org laen mengalami kesusahan, macam dah tak baek lah gayanya..:)

pinky_paint said...

saya setuju dengan saudara Ahmad. juga menjangkakan akan ada yg bagi pendapat sedemikian.

Tapi,jika para pembaca perasan, saya telah sertakan dua situasi sebagai pendahuluan, yang mana watak ,bila di charge lebih siket tambang teksi, merungut2.tapi,bila bab diri sendiri, OK je(most of us pun macam ni).Jadi,kalau berdasarkan watak yg saya bagi tu,rasanya,Pak Arab mana2 pun memang expect kita berduit.Tengok penampilan dsb.

Jadi,benda ni(e.g :penampilan, pakaian, kasut branded2) pun boleh menyebabkan org laen yang tak berkemampuan pun akan jadi mangsa 'expectation' sebagai "MELAYU kaya" dan seterusnya mengalami kesusahan ,sama seperti yg saudara katakan.

seperti yg saya katakan dalam entri ini,"adalah hak masing-masing bagaimana seseorang mahu mengendalikan hartanya mengikut KESESUAIAN tempat dan masa".

BTW,saya sekadar berkongsi kisah yang saya dapat.Boleh praktik jika sesuai dan mampu.:-).

p/s : pasal contoh pakaian berjenama tu,hanya sekadar contoh. Tak salah beli benda2 berjenama (mahal),tapi,jangan lupa bahagian infaq pada duit kita..


Wallahua'lam :-)