Hari ni siti nak cakap pasal judi. Kenapa ramai sangat orang suka berjudi ha? Macam-macam style judi zaman sekarang ni. Judi nombor ekor, lumba kuda, peraduan SMS dan yang paling terhangat sekali judi bola sotong Paul.Hmmm...best ke judi ni? Jawapannya mesti lah tak best,huhu..
Kenapa siti kata tak best? Sebabnya kaki judi ni sebenarnya mereka menang dalam kalah,haaa..
Allah berfirman yang bermaksud,
"Wahai orang yang beriman, sesungguhnya meminum arak, berjudi, pemujaan berhala dan merenung nasib adalah keji daripada perbuatan syaitan. Sebab itu hendaklah kamu jauhi, mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan." (Al-Maidah:90)
Allah dah kata orang yang berjudi ni keji. Walaupun kaki judi ni menganggap diri mereka bertuah menang berjuta-juta tetapi itu tidak bermakna sama sekali kerana mereka 'kalah teruk'
apabila tunduk kepada nafsu dan syaitan.
Lebih malang lagi apabila si suami memberi makan minum anak isteri dengan hasil judi itu.
Sabda Rasulullah yang bermaksud,
" Setiap daging yang terhasil daripada makanan yang haram itu api nerakalah yang layak baginya." (Riwayat Tarmizi)
Hah amik kau! Bila anak-anak dah makan duit haram judi,jadi lah keras hati. Itu yang keluar surat khabar kes-kes anak belasah mak bapak, bunuh adik-beradik, buang anak dan banyak lagi masalah sosial lain timbul. Punya lah luas terbentang Allah jadikan bumi ni untuk kita cari rezeki yang halal tapi nak jugak cari rezeki kat Sport Toto,haih..
Selain itu, hubungan orang yang berjudi dengan Allah s.w.t. jugak semakin jauh kerana mereka hanya memikirkan keseronokan tanpa mengira halal haram. Kebergantungan dan keyakinan mereka terhadap juga semakin pudar kerana tidak lagi percaya Allah lah yang berkuasa memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.
Kesimpulanya kaki judi memang tak pernah menang malah sentiasa rugi dan semakin hina.
Allah mengharamkan judi bukan saja-saja. Hikmah nya terlalu banyak. Tetapi apabila manusia zaman kini menghalalkan segala apa yang diharamkan, tidak lagi mengikut aturan dan ketetapan Allah, dan tidak lagi memuliakan agama Islam itu sendiri maka sudah pasti bencana yang besar akan menimpa. Dan semoga kita semua sentiasa dipelihara dan dilindungi Allah s.w.t daripada kejahatan yang nyata mahupun tersembunyi.
Wallahualam...
Hebatnya Allah yang menjadikan sotong ni!!
No comments:
Post a Comment