Sunday, July 18, 2010

*sediakan payung sebelum hujan*

In the name of Allah..

Berita itu telah tersebar ke serata kampung.
Zohor itu, seluruh penduduk berjamaah di masjid. Usai solat, diteruskan dengan solat istisqa'* sebagaimana semua telah maklum, bahkan itulah asbab ramainya jemaah tengah hari itu.
Musim sejuk telah sebulan berlalu namun tiada tanda hujan akan turun.
Kerisauan yang menebal telah membawa kepada kata sepakat untuk menggesa sekampung turun memohon kepada Pemilik langit untuk mencurahkan hujan agar bumi ini basah kembali.
dalam perkumpulan beramai-ramai itu,
hanya seorang ghulam (baca: budak) yang hadir dengan payung.
Seisi masjid memandang pelik. Bawa payung sedang matahari terik memancar?
"kerana aku yakin Allah akan menurunkan hujan" jawab ghulam penuh yakin.
Terjentik hati mereka yang mendengar.

SEKAMPUNG yang hadir untuk memohon kepada Allah agar menurunkan hujan namun hanya SEORANG ghulam yang benar-benar yakin Allah akan memakbulkan rintihan hasrat mereka.

bersempena dengan
+ musim imtihan yang dah bermula untuk summer sem ni, [petanda akan berterusan setiap minggu imtihan sampai habis sem ni]
+ dan musim peralihan kuasa yang sedang melanda bumi urdun ni,

cerucuk mewakili buruh-buruh, mendoakan yang terbaik untuk semua..
yakin yang Allah dah melakarkan takdir tercantik untuk kita.

"kita berusaha sebab ditolak oleh arahan Allah, bukan ditarik oleh natijah" kan? :)


*istisqa': solat nak mohon hujan turun.