Monday, June 28, 2010

Ini Sejarah Jeans

:: salamualaikum ::

Kalau sebut pasal "JEANS" biasanya mesti semua orang tahu apa ke bendanya tu,tak kisah la budak kecik ke orang tua, jutawan atau fakir miskin. Orang kata pakai jeans ni trend zaman alaf baru, mengikuti perkembangan fesyen gitu. Kira tak vogue la kalau tak pakai jeans ni,huhu..
Betul ke jeans ni memang trend masa kini?
Mari siti simen cerita sikit pasal asal-usul jeans ni ye..

Pada tahun 1848, fenomena "The Gold Rush" [fenomena orang beria nak gali emas] telah menarik ramai pengembara ke California. Salah seorangnya ialah Levi Strauss yang berumur 20 tahun. Strauss ni adalah peniaga kain di New York maka dia membawa beberapa gulung kain beraneka fabrik untuk dijual di dalam perjalanannya ke California. Sampai je di California, habis semua kain dijualnya kecuali segulung kanvas. Tak ada siapa pun mahu pakaian yang diperbuat daripada kanvas!

Kain kanvas ini sejenis kain yang kasar dan tahan lasak. Kebetulan kerja melombong emas menjadikan seluar para pelombong cepat lusuh. Maka Strauss membuat beberapa pasang seluar panjang kanvas untuk dijual kepada mereka.

Semakin lama semakin ramai pelombong membeli seluar kanvas daripada Strauss. Sesuai dan selesa agaknya dipakai oleh pelombong. Tetapi Strauss tidak berpuas hati dengan mutu kanvas maka dia pun menukar dengan fabrik baru iaitu "jeans". Strauss kemudian menamakan seluar panjangnya "Levi's". Agaknya selepas itu berduyun-duyun pelombong membeli seluar Levi's ni hingga kini terkenal di seluruh dunia.

Begitulah ceritanya. Kesimpulannya jeans ni asalnya adalah seluar pelombong! Bukannya seluar angkasawan atau mana-mana bangsawan dahulu. Tetapi kini semua orang memakainya. Dari yang muda sampai ke tua, miskin atau kaya,melayu atau negro, menteri besar ke tukang cuci ke artis popular ke..semua lah. Hebat kan.

Terbuktilah bahawa tidak mustahil untuk mengglobalkan pakaian Islam [pakaian yang menutup aurat tak kisah la fabrik apa pun]. Jika pakaian yang berasal daripada pelombong boleh menjadi kegilaan satu dunia, maka pakaian yang menurut aturan Allah s.w.t. pasti lebih ......?? [boleh isi sendiri la ye tempat kosong tu]

Secara praktikalnya, mungkin kita boleh kaji dengan lebih mendalam bagaimana Levi Strauss ni memperkenalnya pakaian ciptaanya itu.
'When there is a will, there is a way'...




Baby pun nak pakai jeans jugak ye..hihi ^^

3 comments:

syah said...

sebenarnya xberapa berkenan dengan istilah pakaian islam..atau branding kan apa2 perkara dengan islam..klu dalam hal ni, seolah2 perbandingan yang dibuat menggambarkan yang jeans tu pakaian for non-muslim..kan xsedap tu..Nabi ajar kita pilih 'sifat' pakaian, bukan 'jenis' pakaian..

"branding" apa2 dgan islam memang mudah membantu utk proses "pengenalan produk atau isu", tapi secara tidak langsung, sedikit kesan mungkin, boleh membawa kepada tafriq antara satu perkara dengan perkara yang lain..sedangkan Islam yang diperkatakan ini menyeluruh utk semua aspeka..so secara tidak langsung, apa yang nak diperjuangkan (syumuliah) itu dinafikan sedikit oleh metod atau cara perjuangan itu sendiri..

contoh mudah, kerja2 dakwah (kampus tanah air) telah diserikan dengan pakaian 'islamik' berupa baju raihan-ketayap dan jubah-tudung labuh sedikit sebanyak membantu menyemai sifat prejudis in stead of bersangka baik..yang secara tidak langsung, melanggar prinsip ukhuwah itu sendiri kan..

tapi masing2 py pemahaman sendiri lah kan..semoga terus istiqamah, sentiasa berdoa agar 10 tahun akan datang kita mampu menyebut istilah 'daie' sesemangat hari ini..:)

p/s - komen yang xde kaitan dgan kisah Jeans..sekadar tertarik dengan phrase "pakaian islam"..maaf menyibuk..tq

siti simen said...

oh thanx encik ahmad..

sy ni sebnanye tak tahu word apa yg sesuai ditulis utk mggambrkan pakaian yang menutup aurat selain "pakaian Islam'

pakaian Islam ni ikut suka la nak guna fabrik apa pon..jeans, sutera, cotton, kain tuala pon boleh jugak asalkan tutup aurat..wokeh?

saje sy crita psl jeans ni sbb nak highlight kan yg jeans ni dah jd trend zaman sekarang..so kita nak la pakaian yg menutup aurat ni jd trend macam jeans jugak,huhu..

sbb tu sy tak state kan yg jeans ni utk non-muslim ke ape. cuma sy kata jeans ni asalnya drpd pakaian pelombong iaitu golongan kelas bawahan ttp kini jd kegilaan semua golongan. kan bagus klu "pakaian Islam" atau nama lain nya pakaian menutup aurat jd trend semua golongan mcm jeans ni jugak, ada setuju ka??

mntak maap la penulisan sy huru hara sket sampai orang baca pon tersalah paham,huhu..maybe en.ahmad ade idea nak guna word ape yg sesuai utk mnggambrkan pakaian yg menutup aurat selain word "pakaian Islam". Sila2 jgn segan bg idea..

btw, siti simen loves jeans ^^

tukulbesi said...

setuju dengan cik ahmad dan setuju dengan siti simen juga =_+" huhu