Saturday, June 26, 2010

Cerpen : Cinta ini milikMU ( Bahagian 2)

Assalamualaikum w.b.t..
Apa khabar semua para pembaca? Bagaimana pula dengan 'kesihatan' iman masing-masing? Harap-harap kuways dan graf iman masing-masing, sentiasa meningkat.Insyaallah..

Maaf kerana cerpen ni dah lama 'terbengkalai' oleh sebab2 yang tak dapat dielakkan.Semoga ada nilai-nilai baik,yang boleh kita sama-sama ambil dan jadikan panduan.Insyaallah.


Selamat membaca ^_^



"Ok.Jagung dah ada 3 tin,,tepung custard dah,susu pun dah cukup…Apa lagi eak?",Anis menyemak senarai barang yang perlu di belinya.Semua barang itu dikirim oleh Wafa,teman serumahnya.Wafa juga datang dari sekolah menengah yang sama dengannya,iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Zarqa'. Persamaan mereka yang diketahui umum,kedua-duanya berasal dari keluarga berada.Orang tua mereka bersahabat baik.



Mereka berdua juga sama-sama 'gila-gila' dan nakal sewaktu di sekolah dahulu.Sewaktu zaman persekolahan,seringkali mereka membawa handphone ke sekolah,walaupun sering diberi amaran.Sengaja juga ditunjuk-tunjuk di hadapan para pengawas,mahu mencabar. Setiap kali handphone dirampas,digantikan pula oleh ibu bapa mereka dengan handphone yang lebih mahal dan berjenama.Maka,akhirnya,para pengawas hanya bertindak memejamkan mata.Muak melayan kerenah dua anak hartawan yang sombong itu.



Tetapi,semua itu hanya tinggal sejarah.Anis dan Wafa kini bukanlah seperti dulu.Perangai mereka beransur-ansur berubah menjadi lebih dewasa setelah datang ke Jordan.Pada mulanya, masing-masing memberontak atas keputusan orang tua yang ingin menghantar mereka menyambung pelajaran di negara timur tengah itu. Tapi,setelah mengetahui mereka bakal 'ditempatkan' di negara yang sama,mereka akhirnya akur sahaja.



Sewaktu awal-awal berada di Jordan,hanya Tuhan yang maha mengetahui betapa gelisahnya kedua-dua sahabat ini untuk menyesuaikan diri dengan keadaan hidup serba sederhana di Jordan.Nasib baik,mereka pernah dipaksa tinggal di asrama sewaktu tingkatan lima.Sekurang-kurangnya,pernah juga terlatih untuk berdikari.



Kini,Wafa semakin mahir memasak.Ada sahaja resepi yang mahu dicubanya pada setiap minggu.Anis yang pada mulanya hanya sekadar menjadi peneman di dapur, sudah mula terikut-ikut dengan minat Wafa. Kerana masing-masing sibuk belajar,maka,masa berkualiti dua sahabat itu adalah sewaktu mereka memasak bersama-sama.


"Assalamualaikum,Anis".Tiba-tiba kedengaran suara lembut menyapanya dari belakang.


"Waalaikumussalam.Eh,Kak Zinnirah.Akak buat apa kat sini?"


"Tengah berenang".


"Hehe.Lupe plak.Mestila nak membeli,..hehe".


"Tau pun.Hmm,banyak beli barang?Ada 'projek' baru ke dengan Wafa?"


"Eh,tak dela.Biase-biase je,kak".


"Ok,tak nak kacau..Teruskan shopping.Assalamualaikum..".Kak Zinnirah beredar ke penjuru kedai al-Ghazawi,di bahagian sebelah kiri.Kelihatan,ada kelibat pemuda Melayu di situ.


"Berani pula Kak Zinnirah ke situ",bisik Anis dalam diri.


Jika di Jordan,pelajar-pelajar Malaysia memang selalu mengelak dari berjumpa dengan pelajar sebangsa, yang berlainan jantina.Malu dan segan.Anis juga tidak terkecuali, terdidik dengan 'biah' itu.


Berbeza dengan zaman persekolahannya,Anis juga seperti para remaja lain.Pergaulannya dengan kawan-kawan lelaki,tidaklah begitu dititikberatkannya.Apa yang difahaminya,air sembahyang akan terbatal sekiranya bersentuh kulit dengan bukan muhrim.Jadi,bertepuk bertampar dengan rakan-rakan lelakinya, telah menjadi satu perkara biasa baginya. Manakala,apabila tiba waktu solat,dia akan memperbaharui wuduk. Itu pun,jika dia 'terpaksa' solat,disebabkan tidak berjaya melarikan diri dari dikejar oleh ustaz yang bertugas.


Anis juga pernah mengherdik dan memusuhi kawan-kawan yang cuba menegur pergaulan dan pakaiannya. Sangkaannya,mereka hanyalah berlagak alim dan cemburu padanya kerana ramai lelaki yang mahu berkawan dan berbual-bual dengannya.


"Woi pompuan!Kalau kau jealous,cakap jela.Tak payah nak berlakon tegur-tegur segala.Aku paham benarla orang-orang macam kau ni.Tak boleh tengok orang senang!Saje je nak cari salah orang.Mind your own business!Tak payah nak sibuk hal orang!",Anis teringat antara kata-kata herdikan yang pernah dituturkannya.


"Tut.Tut".Satu mesej baharu masuk di I-phone nya.


"Tolong belikan kopi sekali.Thanks " -Wafa'


Anis kemudiannya menuju ke arah rak kopi.


"Eh,boleh bersembang pula Kak Zinnirah dengan syabab tu?Biar betul!".Anis kehairanan.



Kak Zinnirah, seorang pelajar perubatan Tahun Kelima itu,amat dihormatinya.Kata-katanya,persis seorang ustazah.Kak Zinnirah pernah mengingatkan,bahawa kita tidak seharusnya mengehadkan bidang pembelajaran kepada bidang perubatan,pergigian atau kejuruteraan semata.Beliau mengambil contoh Ibnu Sina.Ibnu Sina sememangnya dikenali dunia kerana penguasaannya dalam bidang perubatan.Banyak penemuan dalam bidang perubatan telah diterokainya dan dicedok oleh Barat.Namun,sememangnya,Ibnu Sina telah terlebih dahulu mengkhatamkan al-Quran dan Fiqh. Seterusnya,mendalami bidang Matematik, Astronomi dan tidak kurang 10 bidang ilmu yang dikuasainya.


Kak Zinnirah juga cuba 'mengikut ' jejak Ibnu Sina.Selain mengambil bidang perubatan di universiti,dia turut tidak melepaskan peluang menghafal ayat suci al-Quran dan menimba ilmu lain seperti ilmu Fiqh,Qiraat dan Bahasa Arab.


"Kenapa macam mesra je Kak Zinnirah dengan syabab tu?".


"Ah,lupekan.Mereka bercakap soal penting kot".


"Tapi,kenapa hanya berdua?".


Anis segera membayar dan ingin cepat-cepat meninggalkan kedai runcit itu.Dia keliru.Matanya mempercayai ada yang tak kena pada muamalah Kak Zinnirah tadi.Tapi,hati kecilnya percaya Kak Zinnirah tidak akan melakukan apa yang bersimpang dari apa yang sering dikatakannya,iaitu "Jaga Ikhtilat".


" Wahai orang-orang yang beriman !Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan ? " (as-Saff : 2)


Anis beristighfar.Pipinya panas.Dahinya berkerut,pening.Dia memantaskan pergerakan pulang ke rumah.



…………………………………………………………………………………………………………………………………………



"….Tetapi,boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,padahal itu lebih baik bagimu.Dan boleh jadi kamu menyenangi sesuatu,tetapi ia tidak baik bagimu.Allah Mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui" (al-Baqarah:216)


Alunan merdu bacaan ayat suci al-Quran yang tidak lain dan tidak bukan,adalah suara Humaira'.Humaira memang gemar membaca ayat al-Quran dan disertai tafsirnya sekali.Kali ini,Anis merasakan bahawa ayat itu tertuju tepat ke atasnya.


Sejak kebelakangan ini,Anis dirundung satu lagi masalah.Masalah berkaitan pelajarannya.Dia sudah cuba berusaha sehabis baik untuk memperoleh keputusan yang membanggakan. Namun,nasib seringkali tidak menyebelahinya.Dia gagal memperoleh keputusan yang diinginkannya.Sedangkan,kawan-kawan yang lain,yang hanya belajar last minute,mampu mendapat keputusan yang lebih baik darinya.


"Di manakah silapku?Adakah ini hukumanMu ke atas dosa-dosa lalu ku,Ya Allah?",sering Anis bermonolog sedemikian.


Namun,ketika Humaira' membacakan tafsir dari surah kedua dari al-Quran itu,Anis berjaya menemui 'jawapan' bagi persoalannya.


"Mungkin,keputusan-keputusan exam itu adalah yang terbaik buatku,untuk waktu ini".


"Anis,saya tahu awak tengah bersedih pasal pelajaran kan?",Humaira' menegur lembut Anis yang tampak diam befikir.


"Dulu,saya pun pernah diuji macam awak.Saya pernah rasa seperti apa yang awak rasa.Kita usaha bukan main, tapi,result biase-biase je.Orang lain,sempat main game lagi malam exam,tapi,result gempak jugak.Tibalah suatu hari,Kak Zinnirah dan Kak Firdaus memberikan kata-kata semangat kepada saya."


"Kak Firdaus pesan,seringkali kita rasakan,result yang diperoleh,tidak sesuai dengan usaha dan pengorbanan kita.Kalau diikutkan lojik akal,yang tanam lebih,bakal menuai hasil yang lebih berbanding mereka yang menanam ala kadar.Bila fikir macam tu,sesekali mendapat kejayaan, kita akan lupa bersyukur.Kita akan rasa, bahawa kejayaan dan hasil itu ,adalah kerana usaha gigih kita.Lupa pada kekuasaan Allah.Lupa bahawa Allah ar-Rahman yang mengurniakan kejayaan."


"Jadi,bersangka baiklah,bahawa Allah sedang mendidik kita,supaya berusaha keranaNya,bukan kerana hasil."


"Tapi,bukankah berusaha adalah sunnatullah untuk berjaya?" ,soal Anis,ingin meleraikan persoalan di mindanya.


"Ya.Betul tu.Berusaha memang penting dan sunnatullah untuk berjaya.Tapi,kita perlu sentiasa tajdid niat bahawa kita berusaha hanya kerana Allah S.W.T,iaitu kerana Allah yang menyuruh kita berusaha.


"Daripada muqaddimah fi-Zilal juga ada menyentuh soal ini,dan apa yang saya faham,usaha bukan ditarik oleh hasil,tapi,ditolak oleh suruhan Allah."


"Contohnya,Nabi Muhammad berusaha bersungguh-sungguh 24 jam 7 hari dalam menyampaikan syiar Islam.Tapi,hanya berapa kerat yang memeluk Islam di Makkah,dalam tempoh 13 tahun baginda Rasulullah berada di situ?Hanya 3% dari penduduk Makkah."


"Contoh lain,Nabi Nuh.Mengikut sirah,baginda berdakwah selama lebih 950 tahun.Sungguh lama..Tapi,usaha dakwah baginda hanya end up with 83 pengikut."


"Jadi,adakah kerana pengikut yang sedikit,maka,usaha dakwah rasul-rasul ini dikira gagal di sisi Allah?", Humaira' pula menimbulkan persoalan selepas panjang lebar bercerita.


"Err..Tak", jawab Anis teragak-agak.


"Ok.Jadi,awak boleh nampak tak,bahawa,rasul-rasul ini berusaha bersungguh-sungguh dalam berdakwah kerana Allah yang suruh?Mereka tak kisah,jumlah pengikut yang ramai atau sedikit kerana mereka mengimani bahawa Allah yang menentukan hasil,dan bukanlah kerana usaha mereka".


"Jadi,untuk kita sebagai pelajar,yang sering diuji dengan markah exam,amat penting untuk kita ingat phrase ni,"Allah melihat pada usaha kita,bukan pada hasil".




"Jika kita berusaha lebih,inshaallah,ganjaran pahala yang kita perolehi juga lebih.Dan jika diberi result yang cemerlang pula,selalulah berdoa semoga kejayaan yang Allah beri,tidak membawa kita kepada kufur nikmat atau sebagai istidraj",sambung Humaira' lagi.


Anis terdiam seketika.Tidak lama kemudian,dia terus menggapai tubuh Humaira dan memeluknya.


"Terima kasih Humaira'!Terima kasih sangat-sangat".


Anis gembira kerana persoalannya telah terjawab.Kini,dia sedar akan kesilapannya yang kadang-kadang gagal meletakkan penghararapan sepenuhnya kepada Allah.Dengan berbekalkan usaha yang diyakininya sudah rapi,dia menjadi amat yakin bahawa keputusan yang cemerlang bakal menjadi miliknya.Mungin sebab itulah,setiap kali ujian,dia sering gagal mendapatkan keputusan yang dihajatinya.


"Alhamdulillah.Syukur padaMu kerana menjagaku dari menjadi hamba yang kufur nikmat.Aku bersyukur kerana ditempatkan di kalangan rakan-rakan yang sentiasa mengingatkanku kepadaMu",bisik Anis di dalam hati kecilnya.


"No hal lah.Kita memang selalu perlu ingat-mengingatkan.Dulu,Kak Zinnirah dan Kak Firdaus yang mengingatkan saya.Then,saya pulak ingatkan awak.Lepas ni,sila turunkan ilmu,ye?Hehe.."


"Baiklah puan",Anis membalas candaan Humaira' dengan mengangkat tangan,ala-ala seorang askar di hadapan komando.Mereka tertawa mesra.





…………………………………………………………………………………………………………………………………..


(to be continued - insyaallah)

1 comment:

Tangga Batu said...

Assalamualaikum pinky_paint,

Love ur cerpen dear. Cepatlah sambung. =)