Saturday, June 5, 2010

Fikrah: Mavi "Mai mara", siap sedia!

Ucapan "As-salam" buat semua!!!


Misi Menerobos Tembok kematian

Peristiwa 31 Mei 2010 yang lalu pasti banyak mengajar kita semua sesuatu atau banyak suatu yang pastinya bermakna bukan? Hati yang mula ter'jentik', mata yang mula ter'buka', jiwa yang mula ter'berani', tangan yang mula ter'menulis', Mulut yang mula ter'dakwah'.

Alhamdulillah~

Benar-benar satu fenomena dan revolusi paradigma yang besar di kalangan masyarakat pemuda muslim abad ini. tukulbesi suka ^^, Didoakan himmah semangat ini terus-terus-terus-terus kekal berpanjangan, Tidak bermusim.



Pasti ramai pembaca telah sedia maklum bahawasanya "wirawan-wirawan" aktivis LifeLine4Gaza yang dibebaskan dari tahanan Israel telah dihantar ke kedutaan Jordan selaku wakil kedutaan terhampir pada 2 Jun yang lalu. Alhamdulillah, kami warga Irbid Jordan ini diberikan peluang oleh Allah menjadi antara golongan terawal untuk sembang-sembang perkongsian dengan 6 orang sukarelawan Malaysia tersebut. Boleh tekan untuk Bacaan lanjut

Maka, tukulbesi yang dah lama tak menulis ni nak ketuk sedikit sebanyak 'paku-paku' fikrah yang tukulbesi dapat semasa talk tersebut. Moga bermanfaat^^,


Bulatan medan amal

Kata Pak Hassan

"Medan imaginasi itu lebih luas dari medan cakap,
Medan cakap itu lebih luas dari medan amal,
Medan amal itu pula lebih luas dari medan jihad,
Dan sebaik-baik jihad adalah jihad yang muntij"


Ketika mendengar perkongsian LIVE dari aktivis-aktivis KITA yang diberi peluang untuk berjihad petang itu lantas tukulbesi teringat kata-kata pak Hassan yang satu ini. Ya Allah, betapa benar kecilnya medan jihad berbanding medan2 yang lain, apatah lagi medan jihad muntij.


Terasa Sungguh beruntung mereka yang dipilih oleh Allah ini.. mendapat peluang berada bersama-sama di atas kapal konvoi bantuan kepada saudara Palestin.. apakah jihad yang lebih muntij daripada jihad membebaskan tanah Barakah Al-Quds tersebut. Subhanallah!!! Bukan semua muslim dapat peluang begini.


Tiada doa yang lebih tukulbesi panjatkan melainkan Allah mengurniakan 'keikhlasan' sejati ke dalam jiwa-jiwa pemuda-pemuda agama kita ini. Moga jihad mereka mengorbankan wang, tenaga, nyawa dan segala-galanya itu benar-benar dikira sebagai 'amal qawiy' yang bukan sekadar mampu membuka mata dunia malah dikira sebagai 'Ibadah yang sahih' disisi Allah.

Untuk kisah lebih dramatik, boleh baca di sini. Serius amat tersentuh!




Terngiang-ngiang lagi kata-kata Dr Syed Halim,aktivis doktor perubatan misi Flotilla di telinga tukulbesi[<--tukulbesi ada telinga ke?haha]

"Awal-awal sebelum memulakan pelayaran kapal ini, kami memang dimindsetkan untuk menjangkakan situasi yang paling teruk! Antara satu, sama ada kami akan ditangkap, dipenjara dan diseksa seteruk-teruknya oleh rejim Zionis atau kami akan terdampar selama berbulan-bulan atau mungkin bertahun diperairan sempadan Israel dengan bekalan makanan terhad menantikan bantuan dari luar sekiranya ada"


Gulp! tukulbesi telan air liur . Kedua-dua pilihan yang ada juga sememangnya satu situasi yang amat-amat 'tough', bukan calang-calang pengorbanan dan kesabaran yang dituntut. Pasti ada yang teruji keikhlasan dan kethabatan untuk berjihad. Masih suci kekalkah cita-cita untuk mengejar syahid atau futur lemah dengan kemelaratan hidup. tukulbesi muhasabah diri.. Ya..Pasti begitulah ia situasinya ketika jihad memanggil kita.

Cuba bayangkan untuk tahan dipenjara, disiksa dibaling diterajang.. pasti memerlukan tahap kesabaran yang tinggi dan kekuatan minda yang kental dengan segala peluru.

Kalau perlu tinggal dalam kapal sempit yang busuk dan tidak selesa selama berbulan juga pastinya bukan satu suasana menarik untuk diimaginasikan. Berkongsi makanan sebagai langkah penjimatan.. Tidur merata-rata demi keselamatan.. Sungguh menguji ketahanan fizikal dan konsep ithar serta ukhawah.

Persoalannya sekiranya kitalah yang perlu menghadapi situasi tersebut,

adakah kita sudah bersedia?

Sudah kah?



Penutup: Jiddiyyah yang dituntut.

Tarbiyah dan dakwah KITA sentiasa mengajar kita untuk sentiasa 'bersedia' dipanggil berjihad pada bila-bila masa. Makan sekadarnya, tidur sekadarnya. Tidak berlebih-lebihan berbelanja, dan hidup secukupnya.

Namun kadang-kadang KITA selalu alpa.. leka.. atau lebih tepat MANJA!!!

Bersusah payah sedikit akan ada mulut yang mengomel.
Makanan tidak cukup salahkan orang yang memasak.
Tempat tidur tak selesa mula berat Qiam bersama.
Bayaran tambang tinggi sedikit cari alasan ada kerja.
Peraturan syadid sedikit mengajuk minta dipujuk.
Ada pula selepas tu... Tandas kotor la, Jalan jauh la, Sahabat-sahabat tak best la.


Astaghfirullah al-'azim. [tingkatkan dose istighfar]

Manja... manja...

bagaimanalah kita selaku tentera Tarbiyah ni nak turun berjihad kalau macam ini. 'Latihan ketenteraan' kita ambil mudah dan tidak bersungguh. 'Senjata-sejata perang' kita abai dan persiakan. 'taktik pertahanan' kita lupa dan biarkan. 'sahabat2 satu batolion' kita tinggal tanpa pemerhatian.'wang peruntukan ketenteraan' kita biar tidak diinfaqkan.



Muhasabah... muhasabah...


Sahabat-sahabat buruh kasar dan pembaca sekalian,

Sekiranya inilah mindset kita sebelum menaiki kapal "tarbiyah dan dakwah", entah apakah yang bakal berlaku apabila kita sampai di sempadan jihad nanti. Mampukah kita kekal ikhlas berjihad mencari redha Allah.. atau lemah dihempap perasaan manja kepada keenakan dunia. Sama-sama kita refleksi dan koreksi diri.

jom sama-sama kita jiddiyah dan tajarud kepada Allah... jom! cukup2 bermanja-manjaan.


[Dan pastinya tukulbesilah buruh kasar pertama dan paling selayaknya perlu dikoreksi terlebih dahulu]





Baiklah! Sedikit sebanyak ketukan fikrah tukulbesi dari pengalaman misi flotilla ini. Moga kita kekal dalam rahmat dan redha Allah. Siapa nak tengok salah satu video talk di Irbid tu boleh tekan sini


Doakan tukulbesi nak exam final ni ye ^^,


Kilang paku fikrah
Irbid Jordan

6 comments:

Tangga Batu said...

Assalamualaikum dik Tukul =)

Kak Tangga bersiaran secara "live" dari armada "Fikrah Flotilla". (^_^)

MashaAllah, benar sungguh janji Allah. Armada ini berjaya membuka mata dunia meskipun nampak dari luaran, misi seperti tidak berjaya, namun kesannya, MashaAllah.

Revolusi memang jelas berlaku dari topik perbualan di meja makan sehinggalah kepada semangat berkobar-kobar Dunia dalam memandang perkara yang penghujungnya bakal menjadi "sejarah" terindah buat umat Islam nanti, inshaAllah. Masa yang dinantikan makin menghampiri.

Mari, mari kita muhasabah diri, supaya kita tidak menjadi golongan yang menjauhkan diri dari risalah suci Ilahi, tetapi menjadi penyambung rantaian kafilah para tentera Allah yang membawa misi Tauhid dari Langit, satu-satunya gerombolan yang berhubung terus Redha Allah dan Negara Jannah, InshaAllah.

Akhir kata, bittauffeq fil Imtehan.

ayyash said...

wah..
the tarbiyah project..
a holistic vision of islamic education.. \(^__^)/
ini pelaburan terbaik..

suburkan tarbiyah!!

tukulbesi said...

to 'KAK' tangga batu.. :P

amboi! boleh ganti wartawan ashwad dari astro arwani.. haha..

ya. jom muhasabah... muhasabah dan terus muhasabah...


to ayyash.

tukulbesi pun suka sangat.\(^__^)/ pelaburan terbaik punya!

jom ramai2 melabur dalam project ini..

Sidratul Muntaha said...

'Medan imaginasi itu lebih luas dari medan cakap,
Medan cakap itu lebih luas dari medan amal,
Medan amal itu pula lebih luas dari medan jihad,
Dan sebaik-baik jihad adalah jihad yang muntij"

Sangat suka pharase ini... ;)

Mereka yg terpilih ke sana adalah mereka yang bersedia untuk shahid.

make it simple said...

Salamualaikum wbt,
Tarbiyah buka segala-galanya tapi semuanya bermula dgn tarbiyah.

Bangkitlah pentarbiyahan utk diri sendiri, masyarakat dan semuanye,i'Allah.

Semoga bersama-sama menjadi mereka yg terpilih oleh Allah dunia dan akhirat.

islah,islah dan islah.

tukulbesi said...

to sidratul muntaha.

tukulbesi suka juga^^, slamat datang ke tapak binaan

to teja,

ya.. islah.. islah..islah...