Monday, June 28, 2010

Ini Sejarah Jeans

:: salamualaikum ::

Kalau sebut pasal "JEANS" biasanya mesti semua orang tahu apa ke bendanya tu,tak kisah la budak kecik ke orang tua, jutawan atau fakir miskin. Orang kata pakai jeans ni trend zaman alaf baru, mengikuti perkembangan fesyen gitu. Kira tak vogue la kalau tak pakai jeans ni,huhu..
Betul ke jeans ni memang trend masa kini?
Mari siti simen cerita sikit pasal asal-usul jeans ni ye..

Pada tahun 1848, fenomena "The Gold Rush" [fenomena orang beria nak gali emas] telah menarik ramai pengembara ke California. Salah seorangnya ialah Levi Strauss yang berumur 20 tahun. Strauss ni adalah peniaga kain di New York maka dia membawa beberapa gulung kain beraneka fabrik untuk dijual di dalam perjalanannya ke California. Sampai je di California, habis semua kain dijualnya kecuali segulung kanvas. Tak ada siapa pun mahu pakaian yang diperbuat daripada kanvas!

Kain kanvas ini sejenis kain yang kasar dan tahan lasak. Kebetulan kerja melombong emas menjadikan seluar para pelombong cepat lusuh. Maka Strauss membuat beberapa pasang seluar panjang kanvas untuk dijual kepada mereka.

Semakin lama semakin ramai pelombong membeli seluar kanvas daripada Strauss. Sesuai dan selesa agaknya dipakai oleh pelombong. Tetapi Strauss tidak berpuas hati dengan mutu kanvas maka dia pun menukar dengan fabrik baru iaitu "jeans". Strauss kemudian menamakan seluar panjangnya "Levi's". Agaknya selepas itu berduyun-duyun pelombong membeli seluar Levi's ni hingga kini terkenal di seluruh dunia.

Begitulah ceritanya. Kesimpulannya jeans ni asalnya adalah seluar pelombong! Bukannya seluar angkasawan atau mana-mana bangsawan dahulu. Tetapi kini semua orang memakainya. Dari yang muda sampai ke tua, miskin atau kaya,melayu atau negro, menteri besar ke tukang cuci ke artis popular ke..semua lah. Hebat kan.

Terbuktilah bahawa tidak mustahil untuk mengglobalkan pakaian Islam [pakaian yang menutup aurat tak kisah la fabrik apa pun]. Jika pakaian yang berasal daripada pelombong boleh menjadi kegilaan satu dunia, maka pakaian yang menurut aturan Allah s.w.t. pasti lebih ......?? [boleh isi sendiri la ye tempat kosong tu]

Secara praktikalnya, mungkin kita boleh kaji dengan lebih mendalam bagaimana Levi Strauss ni memperkenalnya pakaian ciptaanya itu.
'When there is a will, there is a way'...




Baby pun nak pakai jeans jugak ye..hihi ^^

Saturday, June 26, 2010

Cerpen : Cinta ini milikMU ( Bahagian 2)

Assalamualaikum w.b.t..
Apa khabar semua para pembaca? Bagaimana pula dengan 'kesihatan' iman masing-masing? Harap-harap kuways dan graf iman masing-masing, sentiasa meningkat.Insyaallah..

Maaf kerana cerpen ni dah lama 'terbengkalai' oleh sebab2 yang tak dapat dielakkan.Semoga ada nilai-nilai baik,yang boleh kita sama-sama ambil dan jadikan panduan.Insyaallah.


Selamat membaca ^_^



"Ok.Jagung dah ada 3 tin,,tepung custard dah,susu pun dah cukup…Apa lagi eak?",Anis menyemak senarai barang yang perlu di belinya.Semua barang itu dikirim oleh Wafa,teman serumahnya.Wafa juga datang dari sekolah menengah yang sama dengannya,iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Zarqa'. Persamaan mereka yang diketahui umum,kedua-duanya berasal dari keluarga berada.Orang tua mereka bersahabat baik.



Mereka berdua juga sama-sama 'gila-gila' dan nakal sewaktu di sekolah dahulu.Sewaktu zaman persekolahan,seringkali mereka membawa handphone ke sekolah,walaupun sering diberi amaran.Sengaja juga ditunjuk-tunjuk di hadapan para pengawas,mahu mencabar. Setiap kali handphone dirampas,digantikan pula oleh ibu bapa mereka dengan handphone yang lebih mahal dan berjenama.Maka,akhirnya,para pengawas hanya bertindak memejamkan mata.Muak melayan kerenah dua anak hartawan yang sombong itu.



Tetapi,semua itu hanya tinggal sejarah.Anis dan Wafa kini bukanlah seperti dulu.Perangai mereka beransur-ansur berubah menjadi lebih dewasa setelah datang ke Jordan.Pada mulanya, masing-masing memberontak atas keputusan orang tua yang ingin menghantar mereka menyambung pelajaran di negara timur tengah itu. Tapi,setelah mengetahui mereka bakal 'ditempatkan' di negara yang sama,mereka akhirnya akur sahaja.



Sewaktu awal-awal berada di Jordan,hanya Tuhan yang maha mengetahui betapa gelisahnya kedua-dua sahabat ini untuk menyesuaikan diri dengan keadaan hidup serba sederhana di Jordan.Nasib baik,mereka pernah dipaksa tinggal di asrama sewaktu tingkatan lima.Sekurang-kurangnya,pernah juga terlatih untuk berdikari.



Kini,Wafa semakin mahir memasak.Ada sahaja resepi yang mahu dicubanya pada setiap minggu.Anis yang pada mulanya hanya sekadar menjadi peneman di dapur, sudah mula terikut-ikut dengan minat Wafa. Kerana masing-masing sibuk belajar,maka,masa berkualiti dua sahabat itu adalah sewaktu mereka memasak bersama-sama.


"Assalamualaikum,Anis".Tiba-tiba kedengaran suara lembut menyapanya dari belakang.


"Waalaikumussalam.Eh,Kak Zinnirah.Akak buat apa kat sini?"


"Tengah berenang".


"Hehe.Lupe plak.Mestila nak membeli,..hehe".


"Tau pun.Hmm,banyak beli barang?Ada 'projek' baru ke dengan Wafa?"


"Eh,tak dela.Biase-biase je,kak".


"Ok,tak nak kacau..Teruskan shopping.Assalamualaikum..".Kak Zinnirah beredar ke penjuru kedai al-Ghazawi,di bahagian sebelah kiri.Kelihatan,ada kelibat pemuda Melayu di situ.


"Berani pula Kak Zinnirah ke situ",bisik Anis dalam diri.


Jika di Jordan,pelajar-pelajar Malaysia memang selalu mengelak dari berjumpa dengan pelajar sebangsa, yang berlainan jantina.Malu dan segan.Anis juga tidak terkecuali, terdidik dengan 'biah' itu.


Berbeza dengan zaman persekolahannya,Anis juga seperti para remaja lain.Pergaulannya dengan kawan-kawan lelaki,tidaklah begitu dititikberatkannya.Apa yang difahaminya,air sembahyang akan terbatal sekiranya bersentuh kulit dengan bukan muhrim.Jadi,bertepuk bertampar dengan rakan-rakan lelakinya, telah menjadi satu perkara biasa baginya. Manakala,apabila tiba waktu solat,dia akan memperbaharui wuduk. Itu pun,jika dia 'terpaksa' solat,disebabkan tidak berjaya melarikan diri dari dikejar oleh ustaz yang bertugas.


Anis juga pernah mengherdik dan memusuhi kawan-kawan yang cuba menegur pergaulan dan pakaiannya. Sangkaannya,mereka hanyalah berlagak alim dan cemburu padanya kerana ramai lelaki yang mahu berkawan dan berbual-bual dengannya.


"Woi pompuan!Kalau kau jealous,cakap jela.Tak payah nak berlakon tegur-tegur segala.Aku paham benarla orang-orang macam kau ni.Tak boleh tengok orang senang!Saje je nak cari salah orang.Mind your own business!Tak payah nak sibuk hal orang!",Anis teringat antara kata-kata herdikan yang pernah dituturkannya.


"Tut.Tut".Satu mesej baharu masuk di I-phone nya.


"Tolong belikan kopi sekali.Thanks " -Wafa'


Anis kemudiannya menuju ke arah rak kopi.


"Eh,boleh bersembang pula Kak Zinnirah dengan syabab tu?Biar betul!".Anis kehairanan.



Kak Zinnirah, seorang pelajar perubatan Tahun Kelima itu,amat dihormatinya.Kata-katanya,persis seorang ustazah.Kak Zinnirah pernah mengingatkan,bahawa kita tidak seharusnya mengehadkan bidang pembelajaran kepada bidang perubatan,pergigian atau kejuruteraan semata.Beliau mengambil contoh Ibnu Sina.Ibnu Sina sememangnya dikenali dunia kerana penguasaannya dalam bidang perubatan.Banyak penemuan dalam bidang perubatan telah diterokainya dan dicedok oleh Barat.Namun,sememangnya,Ibnu Sina telah terlebih dahulu mengkhatamkan al-Quran dan Fiqh. Seterusnya,mendalami bidang Matematik, Astronomi dan tidak kurang 10 bidang ilmu yang dikuasainya.


Kak Zinnirah juga cuba 'mengikut ' jejak Ibnu Sina.Selain mengambil bidang perubatan di universiti,dia turut tidak melepaskan peluang menghafal ayat suci al-Quran dan menimba ilmu lain seperti ilmu Fiqh,Qiraat dan Bahasa Arab.


"Kenapa macam mesra je Kak Zinnirah dengan syabab tu?".


"Ah,lupekan.Mereka bercakap soal penting kot".


"Tapi,kenapa hanya berdua?".


Anis segera membayar dan ingin cepat-cepat meninggalkan kedai runcit itu.Dia keliru.Matanya mempercayai ada yang tak kena pada muamalah Kak Zinnirah tadi.Tapi,hati kecilnya percaya Kak Zinnirah tidak akan melakukan apa yang bersimpang dari apa yang sering dikatakannya,iaitu "Jaga Ikhtilat".


" Wahai orang-orang yang beriman !Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan ? " (as-Saff : 2)


Anis beristighfar.Pipinya panas.Dahinya berkerut,pening.Dia memantaskan pergerakan pulang ke rumah.



…………………………………………………………………………………………………………………………………………



"….Tetapi,boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,padahal itu lebih baik bagimu.Dan boleh jadi kamu menyenangi sesuatu,tetapi ia tidak baik bagimu.Allah Mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui" (al-Baqarah:216)


Alunan merdu bacaan ayat suci al-Quran yang tidak lain dan tidak bukan,adalah suara Humaira'.Humaira memang gemar membaca ayat al-Quran dan disertai tafsirnya sekali.Kali ini,Anis merasakan bahawa ayat itu tertuju tepat ke atasnya.


Sejak kebelakangan ini,Anis dirundung satu lagi masalah.Masalah berkaitan pelajarannya.Dia sudah cuba berusaha sehabis baik untuk memperoleh keputusan yang membanggakan. Namun,nasib seringkali tidak menyebelahinya.Dia gagal memperoleh keputusan yang diinginkannya.Sedangkan,kawan-kawan yang lain,yang hanya belajar last minute,mampu mendapat keputusan yang lebih baik darinya.


"Di manakah silapku?Adakah ini hukumanMu ke atas dosa-dosa lalu ku,Ya Allah?",sering Anis bermonolog sedemikian.


Namun,ketika Humaira' membacakan tafsir dari surah kedua dari al-Quran itu,Anis berjaya menemui 'jawapan' bagi persoalannya.


"Mungkin,keputusan-keputusan exam itu adalah yang terbaik buatku,untuk waktu ini".


"Anis,saya tahu awak tengah bersedih pasal pelajaran kan?",Humaira' menegur lembut Anis yang tampak diam befikir.


"Dulu,saya pun pernah diuji macam awak.Saya pernah rasa seperti apa yang awak rasa.Kita usaha bukan main, tapi,result biase-biase je.Orang lain,sempat main game lagi malam exam,tapi,result gempak jugak.Tibalah suatu hari,Kak Zinnirah dan Kak Firdaus memberikan kata-kata semangat kepada saya."


"Kak Firdaus pesan,seringkali kita rasakan,result yang diperoleh,tidak sesuai dengan usaha dan pengorbanan kita.Kalau diikutkan lojik akal,yang tanam lebih,bakal menuai hasil yang lebih berbanding mereka yang menanam ala kadar.Bila fikir macam tu,sesekali mendapat kejayaan, kita akan lupa bersyukur.Kita akan rasa, bahawa kejayaan dan hasil itu ,adalah kerana usaha gigih kita.Lupa pada kekuasaan Allah.Lupa bahawa Allah ar-Rahman yang mengurniakan kejayaan."


"Jadi,bersangka baiklah,bahawa Allah sedang mendidik kita,supaya berusaha keranaNya,bukan kerana hasil."


"Tapi,bukankah berusaha adalah sunnatullah untuk berjaya?" ,soal Anis,ingin meleraikan persoalan di mindanya.


"Ya.Betul tu.Berusaha memang penting dan sunnatullah untuk berjaya.Tapi,kita perlu sentiasa tajdid niat bahawa kita berusaha hanya kerana Allah S.W.T,iaitu kerana Allah yang menyuruh kita berusaha.


"Daripada muqaddimah fi-Zilal juga ada menyentuh soal ini,dan apa yang saya faham,usaha bukan ditarik oleh hasil,tapi,ditolak oleh suruhan Allah."


"Contohnya,Nabi Muhammad berusaha bersungguh-sungguh 24 jam 7 hari dalam menyampaikan syiar Islam.Tapi,hanya berapa kerat yang memeluk Islam di Makkah,dalam tempoh 13 tahun baginda Rasulullah berada di situ?Hanya 3% dari penduduk Makkah."


"Contoh lain,Nabi Nuh.Mengikut sirah,baginda berdakwah selama lebih 950 tahun.Sungguh lama..Tapi,usaha dakwah baginda hanya end up with 83 pengikut."


"Jadi,adakah kerana pengikut yang sedikit,maka,usaha dakwah rasul-rasul ini dikira gagal di sisi Allah?", Humaira' pula menimbulkan persoalan selepas panjang lebar bercerita.


"Err..Tak", jawab Anis teragak-agak.


"Ok.Jadi,awak boleh nampak tak,bahawa,rasul-rasul ini berusaha bersungguh-sungguh dalam berdakwah kerana Allah yang suruh?Mereka tak kisah,jumlah pengikut yang ramai atau sedikit kerana mereka mengimani bahawa Allah yang menentukan hasil,dan bukanlah kerana usaha mereka".


"Jadi,untuk kita sebagai pelajar,yang sering diuji dengan markah exam,amat penting untuk kita ingat phrase ni,"Allah melihat pada usaha kita,bukan pada hasil".




"Jika kita berusaha lebih,inshaallah,ganjaran pahala yang kita perolehi juga lebih.Dan jika diberi result yang cemerlang pula,selalulah berdoa semoga kejayaan yang Allah beri,tidak membawa kita kepada kufur nikmat atau sebagai istidraj",sambung Humaira' lagi.


Anis terdiam seketika.Tidak lama kemudian,dia terus menggapai tubuh Humaira dan memeluknya.


"Terima kasih Humaira'!Terima kasih sangat-sangat".


Anis gembira kerana persoalannya telah terjawab.Kini,dia sedar akan kesilapannya yang kadang-kadang gagal meletakkan penghararapan sepenuhnya kepada Allah.Dengan berbekalkan usaha yang diyakininya sudah rapi,dia menjadi amat yakin bahawa keputusan yang cemerlang bakal menjadi miliknya.Mungin sebab itulah,setiap kali ujian,dia sering gagal mendapatkan keputusan yang dihajatinya.


"Alhamdulillah.Syukur padaMu kerana menjagaku dari menjadi hamba yang kufur nikmat.Aku bersyukur kerana ditempatkan di kalangan rakan-rakan yang sentiasa mengingatkanku kepadaMu",bisik Anis di dalam hati kecilnya.


"No hal lah.Kita memang selalu perlu ingat-mengingatkan.Dulu,Kak Zinnirah dan Kak Firdaus yang mengingatkan saya.Then,saya pulak ingatkan awak.Lepas ni,sila turunkan ilmu,ye?Hehe.."


"Baiklah puan",Anis membalas candaan Humaira' dengan mengangkat tangan,ala-ala seorang askar di hadapan komando.Mereka tertawa mesra.





…………………………………………………………………………………………………………………………………..


(to be continued - insyaallah)

Friday, June 25, 2010

Laporan semasa buruh-buruh UC

Bismillah..

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah a'la kulli hal wa ni'mah
Telah tamat semester kedua bagi semua para buruh seminggu yang lepas dan kini semua sedang 'bekerja' keras menjadi kader-kader dakwah mengisi cuti semester yang singkat cuma ini.Alhamdulillah dan semoga diredhai insyaAllah.

1.Maaf kerana kebanyakan buruh tidak berkesempatan mengupdate blog;majoriti sedang bekerja jauh dari laptop(outdoor)

2.Para buruh kini terbahagi kepada 2
-bekerja di tanah air
*membantu para mujahidah kental di sana melasso dan mengislah ^^,

-bekerja di ardul kinanah
*dakwah fardhiah pada mujahidah ardhul syuhada
*menyambut daie-daie yang berkunjung ke bumi syuhada ^^,

p/s:tahniah pada yg sudi kesini walaupon suhu tinggi yg mampu mendidihkan otak ><

*******
hadith : Manusia seperti logam
dari abu hurairah RA:sabda Rasulullah SAW
"manusia seperti logam,tpilihnya semasa jahiliyyah,terpilih juga mereka semasa islam,sekiranya mereka FAHAM"


nilai logam sentiasa tinggi dari mula ia ditemui hingga kini;x pernah berubah,sentiasa bernilai.sekiranya manusia itu jahil,'nilai' dirinya akan menyumbang pada kejahilan,sekiranya dia Islam & FAHAM,'nilai' dirinya akan menyumbang pada Islam.tapi semua itu adalah sekiranya,dia FAHAM.

*******
jalan dakwah itu pelbagai.ayuh bekerja walau dengan hanya sepatah kata wahai

SYABAB

ayuh berlari dan berlari

Sunday, June 13, 2010

Salam imtihan

By the name of Allah,the most Merciful.


Dalam ketika ini,waktu ini,saat ini mungkin sahabat-sahabat seperjuangan di jamiah;secara x langsung seluruh buruh-buruh UnderConstruction sedang berjuang di medan imtihan nihaie semester dua ini.

All the best semua!!

p/s:maaflah buruh-buruh minta ampun tak update blog,semua minta m/c utk exam.nega kalke,insyaAllah jumpa lagi dengan post terbaru selepas ni.Doakan kami semua ya!

Saturday, June 5, 2010

Fikrah: Mavi "Mai mara", siap sedia!

Ucapan "As-salam" buat semua!!!


Misi Menerobos Tembok kematian

Peristiwa 31 Mei 2010 yang lalu pasti banyak mengajar kita semua sesuatu atau banyak suatu yang pastinya bermakna bukan? Hati yang mula ter'jentik', mata yang mula ter'buka', jiwa yang mula ter'berani', tangan yang mula ter'menulis', Mulut yang mula ter'dakwah'.

Alhamdulillah~

Benar-benar satu fenomena dan revolusi paradigma yang besar di kalangan masyarakat pemuda muslim abad ini. tukulbesi suka ^^, Didoakan himmah semangat ini terus-terus-terus-terus kekal berpanjangan, Tidak bermusim.



Pasti ramai pembaca telah sedia maklum bahawasanya "wirawan-wirawan" aktivis LifeLine4Gaza yang dibebaskan dari tahanan Israel telah dihantar ke kedutaan Jordan selaku wakil kedutaan terhampir pada 2 Jun yang lalu. Alhamdulillah, kami warga Irbid Jordan ini diberikan peluang oleh Allah menjadi antara golongan terawal untuk sembang-sembang perkongsian dengan 6 orang sukarelawan Malaysia tersebut. Boleh tekan untuk Bacaan lanjut

Maka, tukulbesi yang dah lama tak menulis ni nak ketuk sedikit sebanyak 'paku-paku' fikrah yang tukulbesi dapat semasa talk tersebut. Moga bermanfaat^^,


Bulatan medan amal

Kata Pak Hassan

"Medan imaginasi itu lebih luas dari medan cakap,
Medan cakap itu lebih luas dari medan amal,
Medan amal itu pula lebih luas dari medan jihad,
Dan sebaik-baik jihad adalah jihad yang muntij"


Ketika mendengar perkongsian LIVE dari aktivis-aktivis KITA yang diberi peluang untuk berjihad petang itu lantas tukulbesi teringat kata-kata pak Hassan yang satu ini. Ya Allah, betapa benar kecilnya medan jihad berbanding medan2 yang lain, apatah lagi medan jihad muntij.


Terasa Sungguh beruntung mereka yang dipilih oleh Allah ini.. mendapat peluang berada bersama-sama di atas kapal konvoi bantuan kepada saudara Palestin.. apakah jihad yang lebih muntij daripada jihad membebaskan tanah Barakah Al-Quds tersebut. Subhanallah!!! Bukan semua muslim dapat peluang begini.


Tiada doa yang lebih tukulbesi panjatkan melainkan Allah mengurniakan 'keikhlasan' sejati ke dalam jiwa-jiwa pemuda-pemuda agama kita ini. Moga jihad mereka mengorbankan wang, tenaga, nyawa dan segala-galanya itu benar-benar dikira sebagai 'amal qawiy' yang bukan sekadar mampu membuka mata dunia malah dikira sebagai 'Ibadah yang sahih' disisi Allah.

Untuk kisah lebih dramatik, boleh baca di sini. Serius amat tersentuh!




Terngiang-ngiang lagi kata-kata Dr Syed Halim,aktivis doktor perubatan misi Flotilla di telinga tukulbesi[<--tukulbesi ada telinga ke?haha]

"Awal-awal sebelum memulakan pelayaran kapal ini, kami memang dimindsetkan untuk menjangkakan situasi yang paling teruk! Antara satu, sama ada kami akan ditangkap, dipenjara dan diseksa seteruk-teruknya oleh rejim Zionis atau kami akan terdampar selama berbulan-bulan atau mungkin bertahun diperairan sempadan Israel dengan bekalan makanan terhad menantikan bantuan dari luar sekiranya ada"


Gulp! tukulbesi telan air liur . Kedua-dua pilihan yang ada juga sememangnya satu situasi yang amat-amat 'tough', bukan calang-calang pengorbanan dan kesabaran yang dituntut. Pasti ada yang teruji keikhlasan dan kethabatan untuk berjihad. Masih suci kekalkah cita-cita untuk mengejar syahid atau futur lemah dengan kemelaratan hidup. tukulbesi muhasabah diri.. Ya..Pasti begitulah ia situasinya ketika jihad memanggil kita.

Cuba bayangkan untuk tahan dipenjara, disiksa dibaling diterajang.. pasti memerlukan tahap kesabaran yang tinggi dan kekuatan minda yang kental dengan segala peluru.

Kalau perlu tinggal dalam kapal sempit yang busuk dan tidak selesa selama berbulan juga pastinya bukan satu suasana menarik untuk diimaginasikan. Berkongsi makanan sebagai langkah penjimatan.. Tidur merata-rata demi keselamatan.. Sungguh menguji ketahanan fizikal dan konsep ithar serta ukhawah.

Persoalannya sekiranya kitalah yang perlu menghadapi situasi tersebut,

adakah kita sudah bersedia?

Sudah kah?



Penutup: Jiddiyyah yang dituntut.

Tarbiyah dan dakwah KITA sentiasa mengajar kita untuk sentiasa 'bersedia' dipanggil berjihad pada bila-bila masa. Makan sekadarnya, tidur sekadarnya. Tidak berlebih-lebihan berbelanja, dan hidup secukupnya.

Namun kadang-kadang KITA selalu alpa.. leka.. atau lebih tepat MANJA!!!

Bersusah payah sedikit akan ada mulut yang mengomel.
Makanan tidak cukup salahkan orang yang memasak.
Tempat tidur tak selesa mula berat Qiam bersama.
Bayaran tambang tinggi sedikit cari alasan ada kerja.
Peraturan syadid sedikit mengajuk minta dipujuk.
Ada pula selepas tu... Tandas kotor la, Jalan jauh la, Sahabat-sahabat tak best la.


Astaghfirullah al-'azim. [tingkatkan dose istighfar]

Manja... manja...

bagaimanalah kita selaku tentera Tarbiyah ni nak turun berjihad kalau macam ini. 'Latihan ketenteraan' kita ambil mudah dan tidak bersungguh. 'Senjata-sejata perang' kita abai dan persiakan. 'taktik pertahanan' kita lupa dan biarkan. 'sahabat2 satu batolion' kita tinggal tanpa pemerhatian.'wang peruntukan ketenteraan' kita biar tidak diinfaqkan.



Muhasabah... muhasabah...


Sahabat-sahabat buruh kasar dan pembaca sekalian,

Sekiranya inilah mindset kita sebelum menaiki kapal "tarbiyah dan dakwah", entah apakah yang bakal berlaku apabila kita sampai di sempadan jihad nanti. Mampukah kita kekal ikhlas berjihad mencari redha Allah.. atau lemah dihempap perasaan manja kepada keenakan dunia. Sama-sama kita refleksi dan koreksi diri.

jom sama-sama kita jiddiyah dan tajarud kepada Allah... jom! cukup2 bermanja-manjaan.


[Dan pastinya tukulbesilah buruh kasar pertama dan paling selayaknya perlu dikoreksi terlebih dahulu]





Baiklah! Sedikit sebanyak ketukan fikrah tukulbesi dari pengalaman misi flotilla ini. Moga kita kekal dalam rahmat dan redha Allah. Siapa nak tengok salah satu video talk di Irbid tu boleh tekan sini


Doakan tukulbesi nak exam final ni ye ^^,


Kilang paku fikrah
Irbid Jordan

Friday, June 4, 2010

E-HA-HA, Baitul MAqdis.

Salamualaikum wbt,
Salam kasih dan sayang.

Hangatnya musim exam, tapi panas dan berbahang lagi isu Palestin, isu Ghazzah, isu IHH (E-ha-ha), kita semua semakin bersemangat dan diasak untuk melihat dunia ini dengan pandangan yang lebih luas. Didokan semua berjaya dengan tenang dan gembira dalam exam ini, ameen.


Nilai kita


Kita semua memiliki sesuatu yang teramat berharga, tiada lagi yang lebih bernilai di sisi manusia melainkan islam. Aqidah ini adalah anugerah Allah untuk mereka yang bernama muslim.

Dan bila sudah kita diiktiraf sebagai muslim, tiada lagi yang lebih indah dan berharga melainkan iman. Muslim yang beriman sepenuhnya dengan ajaran Allah. Ada yang muslim tapi iman senipis kulit bawang, ada yang muslim hanya sekadar nama , namun rahmat terindah adalah apabila menjadi muslim yang benar-benar beriman kepada Allah.



LL4G- Misi Talian Hayat Untuk Gaza


Tahniah bagi yang terpilih menaiki kapal Mavi Marmara, mereka adalah yang telah dipilih dan terpilih untuk mengalami dan merasai pengalaman realiti perjuangan membebaskan Ghazzah, yang bukan mudah.


Sebagaimana yang kita tahu kekejaman dan sifat kebiadapan tanpa sifat kemanusian si yahudi laknatullah. Menyerang, menipu sehinggalah membunuh yang sudah menjadi amalan harian mereka terhadap dunia luar mereka terutamanya islam dan Palestin. Boleh klik
Palestinkini atau web LL4G untuk maklumat selanjut perjuangan kapal bersejarah ini.


Perjalanan berada di lautan tanpa mengetahui nasib dan masa keberadaan di atas kapal itu, adakah berkesempatan lagikah untuk pulang bertemu semula dengan keluarga, saudara dan tanah air tercinta.

Mungkin diserang secara habis-habisan oleh tentara Zionis, mungkin dikepung berbulan-bulan tanpa diberi makan, mungkin dipenjara dan diseksa oleh si kuffar yahudi dan berbagai-bagai lagi kemungkinan yang boleh menimpa.

Namun, rahmat Allah membawa mereka kembali. Ini bukan kegagalan tapi ini adalah kejayaan besar walaupun tidak dapat ke Ghazzah. Misi ini ada mesej utama. Misi ini telah berjaya menggegarkan satu dunia, membuka mata masyarakat dunia, siapa sebenarnya Yahudi, penderitaan berzaman saudara kita di Palestin dan perjuangan mereka. Israel, kuasa besar dunia itu dikutuk dan diberi tekanan demi tekanan.

Kejayaan ini adalah perintis untuk kejayaan pembukaan kota Ghazzah untuk masa akan datang. InsyaAllah.


Di Sebalik Kapal Ini

Ini adalah sejarah, sejarah untuk dunia bahawa kita umat manusia berlainan agama, bangsa, latar belakang dan ideologi mampu bersatu menentang kezaliman dunia. Perjalanan kapal ini disertai lebih 50 buah negara dari pelbagai NGO, malah disokong sepenuhnya oleh sebuah kerajaan sekular Turki untuk memecah tembok Ghazzah. Bukankah ini satu sejarah untuk dunia kini ?

Seolah-olah kita mengembalikan sejarah pada zaman Rasullullah s.a.w, di mana Bani Hasyim dan Bani Mutallib diboikot dan dipulaukan. Dan dihancurkan pemboikotan itu oleh pihak kafir sendiri yang mempunyai fitrah ‘kemanusiaan’.

Hanya Satu Permulaan

Ini baru permulaan, kejayaan ini akan diteruskan lagi. Misi ini akan diteruskan oleh mereka-mereka yang mempunyai kesedaran dan kefahaman tentang isu sejarah dunia ini, Palestin dan bumi Aqsa.

Ayuh kita teruskan usaha ini sedaya mampu kita, doa, sebarkan maklumat dan kebenaran. Dan jangan lupa saham kita untuk memboikot barangan-barangan Yahudi.

Ayuh BOIKOT ! Inilah saham kita.

Ayuh SEBARKAN KEBENARAN ! Semoga si Yahudi laknatullah berterusan dihenyek tekanan dunia sehingga terbebasnya bumi Palestin.


Kita Yang Mesti Memulakannya

Namun, siapa yang harus memulainya ?

Siapa lagi kalau bukan kita, diri kita sendiri.

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”

Ayuh sama memperbaiki diri, meningkatkan sakhsiah dan iman dalam diri. Kerana perjuangan untuk islam adalah mahal kerana syurga itu terlalu indah.

Ayuh bersama mentarbiyyah diri agar kita menjadi golongan yang terpilih itu. Yok kawan-kawan, kita tarbiyah diri…!


Ceria lagi mempersonakan,

3P

Monday, May 31, 2010

Perkongsian : Kamu dan Aku




Bismillahirrahmaniraheem..

Allahumma Solli ala Muhammad, khataman Nabiyyin..


Air mata jatuh mengenangkan,
Betapa daku dekat padamu,
Ku dengari jeritanmu, lolongan peritmu,
Namun, apakan daya, aku terlalu lemah..

Laksana burung di dalam sangkar,
Aku mahu keluar, dan terbang bebas,
Tapi aku masih menyanyi untuk mereka-mereka di luar,
Mereka terhibur, lalu aku dikunci lagi, meski hati memberontak..

Salah siapa jika dirimu sakit,
Darah pekatmu mengalir, jatuh ke bumi kering,lalu kau pergi,
Lantas ku tunding jari pada si Laknat itu,
Tanpa aku sedar, akulah dalang sebenar..

Kau saudaraku, aku saudaramu,
Namun, wujudnya aku di sini, hanya memerhati,
Aduh, inikah saudara?
Aku bersalah, dan demi Allah, aku harus berubah..!!




Freedom Flotilla meredah lautan membiru, dalamnya penuh sesak, bantuan kemanusiaan seluruh dunia kini berlayar ke Ghazzah. Armada itu nampak megah, bukanlah kerana ia gergasi abad ini, mahupun sucinya misi yang ia bawa, tapi ia megah kerana Allah mejentik hati manusia yang melihatnya begitu, kan Allah Maha Kuasa?

Mereka telah melakukan sesuatu, sesuatu yang menuntut pengorbanan masa, wang, titik peluh dan mungkin juga darah untuk orang kesayangan mereka. Jika ia tulus dari hati, kerana Allah semata, tidak mustahil mereka yang hidupnya dirampas kejam oleh Laknatullah itu akan tersenyum gembira kerana akhir mereka di Syurga, sambil mereka berkata, "Hari itulah hari yang paling indah bagi kita"..

Benar, perjuangan kali ini amat sukar.. Maka, bagi kita yang belum lagi terpilih untuk berada di tempat seperti mereka, doa tiada putus perlu kita kirimkan. Mungkin banyak lagi usaha yang boleh kita lakukan, lalu, lakukan..!! InshaAllah.

Palestina bumi kita. Maka kita harus pertahankannya. Tidakkah malu, saudara seAqidah kita dibantu oleh mereka yang lain, sedangkan syahadahtain yang kita ucapkan, saling tak tumpah?



Epilog :

Hijaunya dahan pohon nan rendang,
Aliran sungai penenang jiwa,
Duhai saudara-saudaraku semua,
Bertemu semula kita di Jannah, alangkah bahagia..

InshaAllah

Saturday, May 29, 2010

Hati-hati yang ber‘polymorphism’



Salam kasih dan sayang dari 3P.

3P sebenarnya terkejut nama 3P disebut dalam salah satu slide Pathology, huhu “The earliest is an inactivation of a cancer suppressor gene on chromosome 3P(hehe), and by time mutations in further suppressor gene…”, maka terus 3P teringatkan UC site kite.hehehe…

Dan perkataan ini ‘polymorphism juga dalam slide sama, seolah-olah memberi ilham untuk 3P tulis "tentang hati."

Polymorphism" describes multiple possible states for a single property.

Fikirkan sejenak apa kaitannya polymorphism ini dengan hati kita…?



Hati vs polymorphism.

Melihat pada makna, hati kita sering ber’polymorphism kan...?

Mudah berubah, sering berbolak-balik tiap-tiap waktu, setiap saat, tanpa disedari, sedangkan hati hanyalah satu property dalam badan kita, istimewa dan paling unik ciptaan Allah.

Dalam hadis ke-6 Imam Nawawi ada menyebut hati adalah seketul daging, namun bagi 3P, kita tidak tahu di mana letakknya ia, kerana ia terlalu susah untuk dibayangkan, abstrak.


Di mana turun dan naik iman kita adalah bergantung kepada bersih atau tidak hati kita, betul tak ? ^_^

Rajin atau tidak kita untuk melakukan kebaikkan, mengajak kepada kebaikkan dan berlumba-lumba kepada Allah adalah terhasil dari keadaan hati, bersih atau kotor, betul tak ?

Futur atau malasnya kita adalah disebabkan kita terlalu leka, asyik masyuk dengan dunia kita dan lalai akan amanah hidup kita...betul tak ? ^_^

Kita ditarik-tarik manja oleh nafsu untuk buat benda tak baik, di manakah hati kita seketika itu...?

Namun begitu, hati kita hanya ada satu, samaada ia berkeadaan bersih atau kotor.


Ibarat Raja dan Rakyat

Ibarat rakyat dengan raja, bila kita melihat buruknya akhlak dan perilaku sesuatu masyarakat itu, buang sampah merata, tidak tepati waktu, dan sewaktu dengannya, terus kita refleksikan kepada penjagaan dan pengawalan raja pada wilayahnya dan begitu sebaliknya.

Begitu juga hati kita dan perilaku dan akhlak kita.

Bila hati bersih, diri kita sentiasa diingatkan supaya ‘jangan buat jahat’, ‘jangan tengok benda tak sepatutnya’, ‘jangan berbohong’, ‘kawal lidah’ dan lain-lain (tambah sendirilah semua yang Allah suka…) ^_^

Sebab hati kita adalah raja kepada anggota badan kita, kawal dan pandu kita.


Namun begitu, bagaimanakah bila hati kita bersih, kita jadi terkawal...?

1 sahaja jawapan 3P, kerana bila hati kita bersih, kita sentiasa ingat Allah.

Apa-apa sahaja kita buat kita ingat Allah, nak makan ingat Allah, jadi baca bismillah.

Nak belajar ingat Allah, terus niatkan sebagai ibadah dan jihad, sebab takut nanti belajar semata-mata untuk exam.

Nak bercakap dengan kawan ingat Allah, kita tak mahu sakitkan hati kawan, berbahasa lembut dan menjaga kawan. Sebab tahu Allah mengasihi orang yang sering mengasihi.

Nak pandang sekeliling dari benda-benda buruk, takut, sebab nanti takut hati kotor. Maka akan menjaga pandangan.

Nak marah orang tak jadi, terus fikir lebih baik diam, terus ingat hadis “La taghdob...!”, nanti tak pasal-pasal tambah ‘dosa’.

Nak buka internet, ingat Allah, takut-takut terlalai membuang masa dan melihat yang tak sepatutnya.

Maka setiap niat, tindakan, fikiran dan apa sahaja yang kita buat kita ingat Allah.

Maka secara tidak langsungnya semua anggota kita terjaga, dengan terjaganya hati.

Ianya bermula dari hati kita, dan dibantu anggota badan yang lain.


“Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila baik maka baiklah seluruh jasad dana apabila rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.” Hadis-6 dari 40 Hadis An-Nawawi.

Maka, hati kita macammana…?

Kita mahu dan selalu inginkan hati yang bersih, tapi adakah kita berusaha untuk membersihkan hati, membuang karat-karat jahiliyah* di sudut dada itu ?

Banyak cara Allah sediakan untuk bersihkan hati, antaranya adalah (dengan suara kuat)...

Jom istighfar banyak-banyak…!

Jom baca dan tadabbur Quran…!

Dan banyaaaaaaak lagi inisiatif yang Allah sediakan.

Dan ingatlah,

"Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa dan harta-harta kamu, tapi Allah melihat kepada hati dan perbuatan kamu." HR Muslim.


*tentang jahiliyah boleh baca di sini, jeng jeng jeng…


tentang hati, banyak yang boleh dibualkan, akan disambung nanti...^_^ Gambatte...!

ceria lagi mempersonakan,

3P