Saturday, July 3, 2010

ba ba black sheep ~~



Seorang gembala sedang menggembalakan biri-birinya yang berbulu hitam dan berbulu putih. Dia kemudian didatangi seorang pemuda lalu bertanya:

Pemuda : "Bagus ternakan biri-biri engkau. Boleh tak saya tanya beberapa soalan?"
Gembala : "Oh, boleh saja"
Pemuda : "Berapa jauh biri-biri ini berjalan setiap hari?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih"
Gembala : "Ah, yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari"
Pemuda : "Dan yang hitam?"

Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : "Dan berapa banyak rumput mereka makan setiap hari?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih."
Gembala : "Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari."
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : "Dan berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih."
Gembala : "Aaa...menurut perkiraan saya, yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun kalau mereka dicukur."
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : (Dengan perasaan geram ) "Kenapa engkau membezakan biri-biri engkau yang putih dengan yang hitam setiap kali nak jawab soalan saya, padahal jawapan semuanya sama saja"
Gembala :"Mestilah saya beza-bezakan sebab biri-biri yang putih itu adalah milik saya."
Pemuda : "Ooo, begitu, fahamlah saya,kalau yang hitam tu pulak siapa punya?"
Gembala : "Yang hitam pun sama, saya punya juga"
Pemuda : (bengang, geleng kepala dan berlalu)

******
Cerita di atas adalah sekadar hiasan,hehe. Siti Simen nak highlight kan bahawa manusia ni semua sahaja tanpa mengira keturunan, paras rupa, berat badan , kebijaksanaan mahupun harta benda. Kedudukan manusia berbeza mengikut amalan dan ketaqwaan sahaja. Firman Allah s.w.t

إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ
" sesungguhnya orang yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa " (Al-Hujaraat:13)


Sabda Rasulullah s.a.w pula
" Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada tubuh badan kamu dan bukan kepada bentuk kejadian kamu tetapi dia memandang kepada hati kamu"


Kesimpulanya kita haruslah menghormati semua orang yang ada di atas muka bumi ini. Janganlah kita memandang rendah terhadap sesuatu golongan yang dirasakan hina pada mata kita dan janganlah juga menganggap diri kita lebih mulia dan baik daripada orang lain disebabkan amalan-amalan yang kita dilakukan. Hanya Allah sajalah yang Maha Mengetahui siapa yang lebih baik dan mulia kedudukan di sisi-Nya dan semoga kita semua tergolong dalam golongan yang dimuliakan itu. InshaAllah~




1 comment:

Afifah Adnan said...

aduhai pengembala..geram pulak,bila dia membeza2kan macam tu..nasib baik tu biri2,kalau anak2 die??isk2