Monday, May 31, 2010
Perkongsian : Kamu dan Aku
Bismillahirrahmaniraheem..
Allahumma Solli ala Muhammad, khataman Nabiyyin..
Air mata jatuh mengenangkan,
Betapa daku dekat padamu,
Ku dengari jeritanmu, lolongan peritmu,
Namun, apakan daya, aku terlalu lemah..
Laksana burung di dalam sangkar,
Aku mahu keluar, dan terbang bebas,
Tapi aku masih menyanyi untuk mereka-mereka di luar,
Mereka terhibur, lalu aku dikunci lagi, meski hati memberontak..
Salah siapa jika dirimu sakit,
Darah pekatmu mengalir, jatuh ke bumi kering,lalu kau pergi,
Lantas ku tunding jari pada si Laknat itu,
Tanpa aku sedar, akulah dalang sebenar..
Kau saudaraku, aku saudaramu,
Namun, wujudnya aku di sini, hanya memerhati,
Aduh, inikah saudara?
Aku bersalah, dan demi Allah, aku harus berubah..!!
Freedom Flotilla meredah lautan membiru, dalamnya penuh sesak, bantuan kemanusiaan seluruh dunia kini berlayar ke Ghazzah. Armada itu nampak megah, bukanlah kerana ia gergasi abad ini, mahupun sucinya misi yang ia bawa, tapi ia megah kerana Allah mejentik hati manusia yang melihatnya begitu, kan Allah Maha Kuasa?
Mereka telah melakukan sesuatu, sesuatu yang menuntut pengorbanan masa, wang, titik peluh dan mungkin juga darah untuk orang kesayangan mereka. Jika ia tulus dari hati, kerana Allah semata, tidak mustahil mereka yang hidupnya dirampas kejam oleh Laknatullah itu akan tersenyum gembira kerana akhir mereka di Syurga, sambil mereka berkata, "Hari itulah hari yang paling indah bagi kita"..
Benar, perjuangan kali ini amat sukar.. Maka, bagi kita yang belum lagi terpilih untuk berada di tempat seperti mereka, doa tiada putus perlu kita kirimkan. Mungkin banyak lagi usaha yang boleh kita lakukan, lalu, lakukan..!! InshaAllah.
Palestina bumi kita. Maka kita harus pertahankannya. Tidakkah malu, saudara seAqidah kita dibantu oleh mereka yang lain, sedangkan syahadahtain yang kita ucapkan, saling tak tumpah?
Epilog :
Hijaunya dahan pohon nan rendang,
Aliran sungai penenang jiwa,
Duhai saudara-saudaraku semua,
Bertemu semula kita di Jannah, alangkah bahagia..
InshaAllah
Saturday, May 29, 2010
Hati-hati yang ber‘polymorphism’
Salam kasih dan sayang dari 3P.
3P sebenarnya terkejut nama 3P disebut dalam salah satu slide Pathology, huhu “The earliest is an inactivation of a cancer suppressor gene on chromosome 3P(hehe), and by time mutations in further suppressor gene…”, maka terus 3P teringatkan UC site kite.hehehe…
Dan perkataan ini ‘polymorphism’ juga dalam slide sama, seolah-olah memberi ilham untuk 3P tulis "tentang hati."
“Polymorphism" describes multiple possible states for a single property.
Fikirkan sejenak apa kaitannya polymorphism ini dengan hati kita…?
Hati vs polymorphism.
Melihat pada makna, hati kita sering ber’polymorphism’ kan...?
Mudah berubah, sering berbolak-balik tiap-tiap waktu, setiap saat, tanpa disedari, sedangkan hati hanyalah satu property dalam badan kita, istimewa dan paling unik ciptaan Allah.
Dalam hadis ke-6 Imam Nawawi ada menyebut hati adalah seketul daging, namun bagi 3P, kita tidak tahu di mana letakknya ia, kerana ia terlalu susah untuk dibayangkan, abstrak.
Di mana turun dan naik iman kita adalah bergantung kepada bersih atau tidak hati kita, betul tak ? ^_^
Rajin atau tidak kita untuk melakukan kebaikkan, mengajak kepada kebaikkan dan berlumba-lumba kepada Allah adalah terhasil dari keadaan hati, bersih atau kotor, betul tak ?
Futur atau malasnya kita adalah disebabkan kita terlalu leka, asyik masyuk dengan dunia kita dan lalai akan amanah hidup kita...betul tak ? ^_^
Kita ditarik-tarik manja oleh nafsu untuk buat benda tak baik, di manakah hati kita seketika itu...?
Namun begitu, hati kita hanya ada satu, samaada ia berkeadaan bersih atau kotor.
Ibarat Raja dan Rakyat
Ibarat rakyat dengan raja, bila kita melihat buruknya akhlak dan perilaku sesuatu masyarakat itu, buang sampah merata, tidak tepati waktu, dan sewaktu dengannya, terus kita refleksikan kepada penjagaan dan pengawalan raja pada wilayahnya dan begitu sebaliknya.
Begitu juga hati kita dan perilaku dan akhlak kita.
Bila hati bersih, diri kita sentiasa diingatkan supaya ‘jangan buat jahat’, ‘jangan tengok benda tak sepatutnya’, ‘jangan berbohong’, ‘kawal lidah’ dan lain-lain (tambah sendirilah semua yang Allah suka…) ^_^
Sebab hati kita adalah raja kepada anggota badan kita, kawal dan pandu kita.
Namun begitu, bagaimanakah bila hati kita bersih, kita jadi terkawal...?
1 sahaja jawapan 3P, kerana bila hati kita bersih, kita sentiasa ingat Allah.
Apa-apa sahaja kita buat kita ingat Allah, nak makan ingat Allah, jadi baca bismillah.
Nak belajar ingat Allah, terus niatkan sebagai ibadah dan jihad, sebab takut nanti belajar semata-mata untuk exam.
Nak bercakap dengan kawan ingat Allah, kita tak mahu sakitkan hati kawan, berbahasa lembut dan menjaga kawan. Sebab tahu Allah mengasihi orang yang sering mengasihi.
Nak pandang sekeliling dari benda-benda buruk, takut, sebab nanti takut hati kotor. Maka akan menjaga pandangan.
Nak marah orang tak jadi, terus fikir lebih baik diam, terus ingat hadis “La taghdob...!”, nanti tak pasal-pasal tambah ‘dosa’.
Nak buka internet, ingat Allah, takut-takut terlalai membuang masa dan melihat yang tak sepatutnya.
Maka setiap niat, tindakan, fikiran dan apa sahaja yang kita buat kita ingat Allah.
Maka secara tidak langsungnya semua anggota kita terjaga, dengan terjaganya hati.
Ianya bermula dari hati kita, dan dibantu anggota badan yang lain.
“Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila baik maka baiklah seluruh jasad dana apabila rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.” Hadis-6 dari 40 Hadis An-Nawawi.
Maka, hati kita macammana…?
Kita mahu dan selalu inginkan hati yang bersih, tapi adakah kita berusaha untuk membersihkan hati, membuang karat-karat jahiliyah* di sudut dada itu ?
Banyak cara Allah sediakan untuk bersihkan hati, antaranya adalah (dengan suara kuat)...
Jom istighfar banyak-banyak…!
Jom baca dan tadabbur Quran…!
Dan banyaaaaaaak lagi inisiatif yang Allah sediakan.
Dan ingatlah,
"Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa dan harta-harta kamu, tapi Allah melihat kepada hati dan perbuatan kamu." HR Muslim.
*tentang jahiliyah boleh baca di sini, jeng jeng jeng…
tentang hati, banyak yang boleh dibualkan, akan disambung nanti...^_^ Gambatte...!
ceria lagi mempersonakan,
3P
Thursday, May 27, 2010
sebab Allah baik!
Akhirnya, cerucuk keluar menonjolkan diri setelah berzaman2 berhempas pulas membina foundation binaan kita ni..[aceh.poyo je.]
Wah makin meriah ye tapak binaan ni..kalau macam ni la kegigihan buruh2 sekalian, makin cepat la binaan kita siap ye.. tak sabar rasanya:D tak kalah dengan musim imtihan niha’ie sekarang, setiap hari menjenguk tapak binaan, mesti ada notice baru, sampai cerucuk pun tak menyempat nak post..
petang tadi baru je cerucuk telefon mak dan adik di Malaysia. Tanya2 khabar, update cerita semasa
cerucuk : sekolah macam mana? Ok ke?
Adik : ok je kak..tapi sekarang ni cikgu selalu sangat bagi homework.. pulak tu, soalan semua susah2.. ada la jugak soalan yang adik tak dapat jawab. Esoknya, kena marah sebab tak siap..huhu..
Cerucuk : oh ye…tapi tajuk2 tu mesti cikgu dah ajar dalam kelas kan?
Adik : haah, cikgu ajar je.. akhir2 ni memang adik tak bagi tumpuan sangat waktu cikgu ajar sebab sibuk dengan Pertandingan Balas Pantun.
Cerucuk : haa,,tengok.. Maknanya, bukan salah cikgu adik tak dapat jawab soalan dan kena marah, sebab adik yang tak fahamkan apa yang cikgu dah ajar dalam kelas. Bukannya kakak tak bagi masuk pertandingan tu, tapi pastikan tak abaikan pelajaran ye..
------------------------------------------------------------------------------------
Kawan cerucuk pernah kata; kita kena melihat setiap inci hidup kita ni dengan TAUHIDIC MINDSET [pemikiran ke-tauhid-an]
Lepas berbual panjang dengan adik tadi, cerucuk mula berfikir lagi, kali ni dari sudut hamba dan Tuhannya.
Cuba kita pikir sama2…
+ cikgu mesti tahu sejauh mana kemampuan anak muridnya. Jadi, homework yang dia bagi mestilah dalam kemampuan anak muridnya. Takkan soalan tingkatan 4 diberi pada murid tahun 4?!
**Allah yang cipta kita, mesti Dia sangat ‘arif tentang kita. Mustahil Allah campakkan kita dalam kemelut permasalahan tanpa persiapkan diri kita untuk hadapi perkara tu! kita terKENA sebab kita MAMPU!
jom usha ayat al-baqarah:286 [Allah tidak membebankan seseorang melainkan dengan kesanggupannya]
+ soalan2 yang cikgu bagi, mestilah dah disiapkan jawapan. Takkan lah soalan tu random je kan?
**Mana mungkin Allah menghempap kita dengan masalah tanpa menyediakan solusi..
ingat tak kisah waktu Allah izinkan syaitan menyesatkan manusia sampai hari Qiamat? Allah bagi syaitan sesatkan manusia tapi adakah manusia ditinggalkan macam tu je?
Tidaakkk..
Allah kata, meh berlindung dengan Aku..nescaya syaitan tak dapat nak kacau kamu…hah, ceritanya ada dalam surah Isra’, ayat 61-65 [rajinkan diri buka Quran ye^^]
+ mana mungkin cikgu tu akan marah kalau anak muridnya siapkan apa yang disuruh. Betul tak?
**Kadang2 kita ni selalu sangat mengeluh,,kenapalah hidup aku macam ni..kenapalah semua ni jadi kat aku.. tapi pernah tak kita fikir, sejauh mana hak2 Allah yang kita dah tunaikan?
Ibadah kita semua settle ke? Kita study sebab nak dapat dean’s list? Kita buat baik sebab nak orang respect kita?
Terkilannya Allah dengan kita... banyak lagi rupanya lopong2 dalam hidup kita yang tak berpusat pada Allah semata2. No wonder laa Allah asyik bagi ujian kat kita, supaya kita ni ter’dush3’..ter’pap3’.. tapi kita still tak sedar2 diri lagi..haih=.=
Jadi lepas ni, tiap kali terjerumus dalam keperitan, sesungguhnya itu teguran daripada Allah :D
+ prepare untuk Pertandingan Balas Pantun sampai tak tumpu dalam kelas?
** Allah dah bagitahu siang-siang, kita kat bumi ni untuk beribadah dan khalifah.[cik topi kuning dah terangkan panjang lebar pasal ni kan^^]
bukannya tak boleh buat perkara lain, tapi asalkan tak abaikan dua ni, atau tak lari daripada berpaksikan dua tujuan utama ni, teruskanlah!
+ tak mungkin cikgu tu akan mengabaikan anak muridnya yang sentiasa beri tumpuan dalam kelas, berakhlak baik, dan siapkan semua homework..
**manusia sesame manusia pun menghargai sesame sendiri. Allah lebih2 lah lagi kan.. Manusia yang sentiasa ikut apa yang Allah suruh, maka dia akan diangkat ke darjat yang tinggi di sisiNya.. semua orang rasa susah nak konsisten di landasan kebaikan, tapi hasil mujahadah kita tu, Allah balas dengan sesuatu yang jaaauuhh lebih hebat!
Untungnya kita ada Allah.. Allah sangat best kan?
Ucap apa? ALHAMDULILLAH :)
Wednesday, May 26, 2010
Analogi: Perahu mana satu ?
Sambungan dari entry 3P yang lepas, (siapa belum baca lagi)tekan di sini tau. InsyaAllah kali ini pendek sahaja.
Tentang perahu pilihan kita.
Satu hari Sin Chan mahu naik perahu ke Kampung Syurga, sesudah siap sedia sepenuhnya dengan bekalan, dicari-cari manakah perahu yang paling teguh, cukup sifat, berkualiti dan dapat membawanya ke destinasi dengan selamat malah tenang bila duduk di dalamnya. Ada dua pilihan perahu di depannya ? Huh, dia musykil, nak pilih mana satu ni ? Kerana di depannya keduanya menarik perhatiannya.
Maka, Sin Chan perlu buat pilihan,
a)Perahu juhulia- sangat berwarna-warni dan bersinar-sinar besinya, kelihatan amat menarik perhatian tapi sebenarnya hanya perahu murah.
b)Perahu islamia- tiada warna tapi kelihatan amat berkualiti ,kukuh dan selamat untuk perjalanan jauh.
Maka, Sin Chan berfikir, mana satu pilihan hatinya.
a ke b?b ke a? atau naik dua-dua sekali, sebelah kaki di perahu a sebelah lagi di perahu b.
Kerana Sin Chan amat sangat berkenan dengan perahu a, tapi dia juga mahu perahu b.
Maka, tanpa berfikir panjang, Sin Chan naik kedua-duanya. Satu kaki di perahu a, satu lagi di perahu b.
Apa jadi dengan Sin Chan comel tu ?
Erk! Splash, gedebom! Sin Chan jatuhlah, belum lagi perahu itu bergerak jauh.
Stabil tak? Perahu tu boleh bergerak ke dengan keadaan begitu? Cuba fikir-fikir.
mmm,Pilihan kita hanya SATU
1-Perahu juhulia = hidup dalam jahiliah (tak nak ikut suruhan Allah, ikut nafsu dan kepala sendiri sahaja, tak mahu ikut apa yang alQuran suruh……)
2-Perahu islam = hidup dalam islam (gembira dan suka buat suruhan Allah, tahan dan kawal nafsu, mematuhi peraturan alQuran……)
3-Perahu juhulia + perahu islamia = pilih untuk hidup dalam jahiliah dan juga islam (mana yang sesuai dengan hidup dia, dia buat walaupun islam tak bagi, kalau pilihan itu (walaupun itu pilihan islam) tak sesuai dengan hidup dan kehendak dia, dia buang jauh-jauh, dia pilih sahaja, sesuai ambil, tak tinggalkan……)
Sin Chan bangun semula selepas jatuh, ingain mencari kepastian, fikir-fikir dan tenung-tenung semula. Hanya satu perahu dia perlu pilih, yang teguh, berkualiti dan pasti yakin sampai ke destinasinya. Dia tak nak perahu yang tak berkualiti. Walaupun pada luarannya perahu juhulia lebih menarik perhatian dengan warna-warna yang terang, namun bila dibelek-belek binaannya, rupanya buruk, tidak kukuh. Hanya luaran sahaja yang indah mempersona.
Huh, perahu tipu!
Ditilik-tilik lagi, rupanya perahu islamia ini jauh lebih indah dan menarik pada buatannya, seninya dan begitu halus, teguh untuk perjalanan. Ya, bagi mereka yang berhati-hati,tidak mudah tertipu, dan melihat dengan ilmu dan hati. Pasti akan terus tertarik.
Jadi, mana satu pilihan anda ? Pilihlah dengan mata hati, bukan hanya melihat pada kepalsuan yang indah di luarannya sahaja. ^_^ Sah, kan dah kena tipu hidup-hidup.
"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.."al Baqarah, 208
"Janganlah kamu menyembah dua tuhan; sesungguhnya Dialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kepada-Ku saja kamu takut."An Nahl ,51.
jumpa lagi di lain wajah,
ceria lagi mempersonakan,
3P
Sunday, May 23, 2010
Perkongsian : Rindu Umar
Allahumma Solli ala Muhammad, khataman Nabiyyin..
Assalamualaikum..!! Alhamdulillah, Tangga masih diberi kesempatan untuk menulis, dan Alhamdulillah, kalian semua masih dizinkan untuk membaca. =) Segala puji-pujian, pulangkanlah kepada Allah, kerana ia bukan milik kita.
Tanggal 8 Jamadilakhir,
Oh, ajalnya Abu Bakar kian menghampir,
Lalu ditanya, siapakah pengganti?
Seraya terpacul nama Umar, Bani Adi..
Dahulu, ganasmu tak kira masa,
Darah mudamu, menggelegak berbusa,
Tenagamu mampu membinasa manusia,
Umar Al-Khattab, engkau benar-benar Singa.
Surah Toha menjadi saksi,
Hatimu cair dek suara Ilahi,
Lantas kau tunduk, fitrahmu kembali,
Diri kotormu kini telah suci.
yaAllah,
Berikan kami semangat Umar,
Tunjukkan kami jalanmu yang benar,
Jadikan kami Rijal yang tegar,
yaAllah, kau Maha Mendengar.
Wahai Umar,
Kepingin hati ini ingin bertemu,
Biar tanpa jasadmu,
Aku cuba untuk tidak jemu,
Semangat Singa, terus ku buru.
InshaAllah
Bulan Jamadilakhir tahun ini membawa 1001 makna dalan diri Tangga. Apa tidaknya, cabaran datang bertimpa-timpa. Tangga yakin, "Tangan" yang menyusun hidup Tangga ini, pasti ada rancangannya sendiri. Selagi Tangga cuba untuk terus meningkatkan diri, inshaAllah, pasti bantuan Allah akan terus menemani. Istimewa sungguh Jamadilakhir.
Hari ini pula, dalam sejarah. Alhamdulillah, Tangga diberi kesempatan oleh Allah untuk terus hidup dan berkongsi. Sewaktu perjalanan Tangga pulang dari menyelesaikan urusan penting dekat hospital jamiah (universiti), Tangga sempat menyapa pemandangan di luar tingkap. Ada sesuatu yang luar biasa berlaku hari ini. Ya, pemandangan ini janggal sekali..!!
Tangga berfikir-fikir mengapa.. Oh, Tangga terlupa bahawa hari ini, diadakan sambutan Hari Kemerdekaan ke-64 Jordan di universiti. Tidak hairanlah begitu ramai sekali para perajurit, askar dan polisi dengan kereta-kereta besar mereka menghiasi laman lapang dan ceruk bangunan di unversiti. Tangga terus memerhati..
Satu, dua, tiga, empat.. Lima.. Wah, ramainya..!! Dari pintu universiti, disepanjang jalan, selang beberapa meter, pasti terdapat seorang dua orang pegawai tentera mengawal di tepi, sehingga ke akhir jalan yang Tangga anggarkan lebih kurang 5 kilometer..!! Bendera Jordan ada di sini sana. Mereka sebenarnya menanti kedatangan Raja mereka, maka kawalan amat ketat sekali dilakukan, agar sebarang musibah dapat dielakkan.
Bukan Tangga sahaja yang terkejut, rakan Tangga turut pelik melihat fenomena pertama kali ini.. Hehe..
Termenung..
Tangga merindui seseorang.
Tangga rindu akan Umar Al-Khattab..
"" Mereka tertanya-tanya, siapakah gerangan manusia bertubuh kurus yang masuk dari pintu itu. Percikan air lumpur selari dengan langkah tenang manusia itu menarik pandangan, kedua kakinya hanya dilindungi kasut kotor.. Lihatlah pula bajunya, amat kasar sekali, sudah pasti ini buatan guni, murah mungkin. Di tangan manusia itu tergenggam erat tali sabut berbulu, buat ikatan pada keldai yang ditunggangi seorang budak.. Suasana itu bagaikan tidak kena.
"Adakah ini raja orang Islam? Adakah manusia ini yang menumpaskan kita, seraya Al-Quds kebali ke tangan mereka?" Detik hati Patriarch Sharafnius, pembesar Paderi di zaman itu.
Langkah manusia itu terhenti.. "AllahuAkbar", takbiratul ihram untuk solat sunat simbolik iftitah menandakan tanda syukur atas rahmat Allah. Al-Quds kembali milik Islam. Sesungguhnya, manusia itu adalah Umar Al-Khattab, khalifah kedua selepas Abu Bakar. Khalifah yang lagaknya hanya seperti hamba biasa.. Umar telah mengkagumkan hati setiap manusia yang melihatnya tatkala itu. MasyaAllah. Inilah Islam rupanya.
Berkatalah Sharafnius kepada Umar,
"Kalau beginilah cara kamu, pasti kamu tidak akan tewas..." ""
MasyaAllah,
Lain sungguh para pemimpin Islam dahulu dan sekarang. Tangga tidak mahu memburukkan sesiapa, tetapi, Tangga mahu sekali sejarah seperti itu berlaku kembali. Bahagia bukan, apabila bumi ini dimakmurkan Islam. Memetik entri nipponwheaterbond, sejarah diceritakan bukan hanya untuk menambah ilmu, tapi sejarah adalah guru yang menjagar cara untuk beramal agar benda yang baik itu dapat diulang. Inilah sejarah Umar, yang kita perlu dalami, contohi, dan aplikasi, InshaAllah. =)
Semua ke Syurga, kecuali dia, ku bimbangi dialah diriku.. Umar Al Khattab RadiaAllahu Anhu
Saturday, May 22, 2010
Cerita : The Power of Thought
siapa pernah main game gold miner??
Hari ni siti simen nak bercerita.Dulu masa sekolah rendah siti suka sangat main game gold miner ni.Game ni sangat simple and funny.Dalam game ni kita akan jadi atok tua berjambang tu dan tugas atok ni ialah mencari emas kat dalam terowong underground tu.Kalau ada rezeki dapat emas,kalau tak,dapat bijih timah.Nasib tak baik dapat sampah.Kadang-kadang bom pun ada.Kalau bom meletup,habis semua emas pecah,huhu..
Oklah,siti sebenarnya bukan nak cerita pasal game ni.Siti tak main dah game budak-budak ni (ceh poyo je :P).Siti nak cerita suatu kisah yang ada kaitan dengan GOLD MINER (tu pasal teringat game ni,hehe).Cerita diadaptasi daripada buku Think and Grow Rich by Napoleon Hill.
Karim nekad.Dia memulakan impiannya itu dengan menyertai pasukan Gold Miner bawah 20 tahun.Misi mereka adalah untuk mencari emas di kawasan underground bahagian barat.
Karim sedar ini adalah sesuatu yang sukar tetapi keinginannya begitu teguh!
Selepas seminggu menggali, dia sangat bersyukur kerana telah berjaya menemui bijih timah. Hukum alam agaknya begitu.Sebelum dapat emas,jumpa bijih timah dulu ( jangan jumpa cik fatimah sudah,haha..). Tetapi Karim mempunyai satu masalah. Dia memerlukan sebuah mesin khas keluaran Syrikat Bogo untuk mengeluarkan dan memproses bijih timah itu.
Maka Karim pun pulang sebentar ke kampung halamannya di Bachok untuk memberitahu kaum keluarga tentang penemuannya itu. Saudara-maranya semua sepakat menyumbang duit kepada Karim untuk menunaikan hasratnya membeli mesin Bogo.Karim riang tiada terkata hingga tersengih sepanjang masa.
Usahanya berhasil. Satu kontena bijih timah siap diproses. Disebabkan harga timah pada ketika itu melonjak naik,pulangan yang diterima Karim sangatlah lumayan. Dia mampu untuk membayar semula harga mesin Bogo kepada keluarganya malah mampu juga untuk menanggung adik kembarnya belajar sains fizik di JUST,Jordan. Memang hebat. Kejayaan ini menyemarakkan lagi azamnya untuk menggali EMAS!
"Teruskan menggali..teruskan..teruskan!" kata Karim kepada diri sendiri.
Hari demi hari. Minggu demi minggu. Bulan bersilih ganti. Sedar-sedar sudah hampir 5 tahun. Kilauan emas masih juga tidak terlihat. Bijih timah pula sudah habis digali sejak 4 tahun lalu. Mesin gerudi batu terbaik keluaran Syarikat Bogo juga telah dibeli malah telah berpuluh kali dibaiki akibat penggunaan yang begitu kerap. Karim meneruskan usaha cari gali dengan semangat yang hambar.Dia teruskan tetapi semakin kecewa. Tiada langsung tanda-tanda kilauan emas.
Akhirnya, dia dan juga pasukannya nekad untuk berhenti. Mereka menjual mesin-mesin Bogo kepada seorang mekanik kampung. Dapatlah Karim beberapa ratus euro dan pulanglah Karim ke Bachok dengan perasaan hampa lagi hiba.
Mungkin kebanyakan mekanik kampung dianggap berfikiran cetek tetapi tidak yang ini! Mekanik tersebut mengupah seorang mining engineer untuk meninjau kawasan cari gali Karim dan membuat sedikit pengiraan. Engineer tersebut mengatakan dalam bahasa English bahawa projek cari gali Karim gagal kerana pemiliknya tidak familiar dengan 'fault lines'. Pengiraaannya menunjukkan bahawa emas dapat ditemui just three feet from where Karim had stopped drilling!
Maka dipendekkan cerita mekanik tu sekarang sudah menjadi billionaire yang terkenal. Karim mengetahui perkara tersebut dan merasa sangat menyesal.Karim redha dengan ketentuan Ilahi.
Mengenangkan kerugiaannya akibat berhenti three feet from gold, Karim memperoleh keuntungan lain melalui pengalamnya yang tidak ternilai ini.Karim sedar bahawa lebih banyak emas dapat diperoleh daripada otak manusia berbanding perut bumi. Caranya begitu mudah. Dia selalu berkata kepada diri sendiri, 'I stopped three feet from gold, but I will never stop because men say "no" when I ask them to buy insurance'. Perkataan 'stickability' difahaminya melalui pengalaman 'quitability'.
OK....habis cerita ^^
Pengajaran yang kita boleh ambil dan apa kaitannya dengan dakwah, masing-masing boleh la fikir-fikirkan.
Feel free to write the moral of the story from ur point of view in the comment^o^
[Atap Merah] Kelmarin, Semalam, Hari Ini
bismillahirrahmanirrahim.
alhamdulillahirabbil'alamin. selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
okeh.. now, Atap Merah is in the house!
alhamdulillah sekali lagi dipanjatkan kesyukuran kepada Ilahi di atas nikmat Islam dan iman. tetapkanlah iman kami Ya Allah [mohon dengan sangat]
Atap Merah ingin menimbulkan beberapa persoalan.
pernahkah dalam kehidupan seharian kita berlaku perkara yang sama secara tidak sengaja kelmarin, semalam dah hari ini?
dan....
pernahkah kita terfikir kenapa ia berlaku berulang kali?
pelik bukan? hmm.... Atap Merah rasa sangat pelik. jom kita sama-sama berfikir.
kelmarin
si A mengemas bilik beliau, secara tiba-tiba ketika sedang khusyu' mengemas, ibu jari kaki beliau secara tidak sengaja 'terhantuk' kaki BESI* katil. "ouuuucht....sakiiiiiiiitttt!!!", si A terjerit.
namun si A redha dan terus terduduk disebabkan teramat sakit.
*BESI: menunjukkan bahan yang keras dan mampu menyakitkan sesiapa sahaja yang 'terhantuk'
semalam
si A sudah melupan kisah kesakitan beliau yang tahap maksimum semalam. dengan selamba si A ingin mengambil barang beliau yang terjatuh berhampiran kaki BESI katil. [jeng jeng...imagine slow motion mode ek] kaki beliau melangkah selangkah demi selangkah, dan akhirnya belum sempat si A mencapai barang beliau yang terjatuh, ibu jari kaki beliau yang terlebih dahulu 'menghantukkan' ke kaki BESI katil. "ouuuuucht......maaaaakk sakiiiiiiittt!!!!", si A terjerit dengan lebih dahsyat dari kelmarin.
si A mengutuk kaki BESI, "eh ko pehal kaki BESI? ape yang ko tak puas hati ngan aku? ko tak boleh ke tak kacau aku sehari? dalam luas-luas bilik aku ni, kat sini jugak ko nak bertenggek ek?"
hari ini
tanpa sengaja sekali lagi si A terhantukkan kaki beliau ke kaki BESI katil. tetapi kali ini...si A tidak lagi memarahi kaki BESI yang tidak berdosa itu. si A muhasabah. si A fikir. si A mengajukan persoalan. kenapa kelmarin, semalam, hari ini?
Allah berfirman:
"(Iaitu) orang-orang Yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali." [2:156]
si A gagal!!
si A tidak sabar!!
si A menyalahkan takdir!!
okeh....kembali ke alam realiti. jom kita fikir...
pernahkah kita gagal dengan ujian Allah?
pernahkah kita gagal dengan ujian peperiksaan di universiti?
ujian yang mana satukah kita paling sedih jika kedua-dua ujian di atas kita gagal?
*tepuk dada, tanya iman, tanya hati dan fikir!*
p/s: ayuh kita 'mengulangkaji' sebanyak mungkin untuk menghadapi ujian Allah.
p/ss: berfikir sejenak itu lebih baik dari _________ ? [sape yang 1st bole jawab Atap Merah bagi hadiah :D]
si A patut bersyukur kaki beliau tidak cacat seperti di atas selepas mengalami 3 kali berturut 'kemalangan'
Atap Merah berpanas, berhujan melindungi penghuni under construction
wallahua'lam