Sunday, September 5, 2010
4 jam bersama si dia
alhamdulillah, kita masih diberi peluang untuk menerima nikmat Ramadhan hari ke 26. hari ini jugak hari ke 8 atap merah pulang ke kampung halaman. hmmm..ini perkara yang berbangkit kali ni. Malaysia oh Malaysia. bila berada di Malaysia, tarbiah dzatiah lah yang menjadi peneman kita untuk terus tsabat di jalan ini. untuk pulang ke Malaysia, perlu mengumpul sebanyak mungkin tarbiah dzatiah sebagai bekalan. serius, banyak dugaan, tak tipu. sehari di Malaysia, terus rindukan suasana bersama sahabat-sahabat, iftar bersama-sama,solat terawih etc.
saat jejakkan kaki di KLIA, atap merah culture shock! hoh, Malaysia.... boleh dihitung dengan jari bilangan muslimah yang memakai tudung, itu belum dihitung dengan yang menutup aurat sepenuhnya. kalau di sana, even terserempak dengan akhawat yang tidak dikenali, saling berbalas senyuman adalah perkara biasa. saling memberi salam sejahtera adalah perkara biasa. saling berpeluk cium, bersalaman adalah perkara biasa. tapi, kat sini...tiada semua itu.
hmm..itulah realitinya. sebenarnya atap merah nak berkongsi satu pengalaman atap merah bersama seorang sahabat yang baru je atap merah berkenalan dengan beliau dalam bas. pada suatu hari, atap merah bermusafir ke suatu negeri untuk melawat seseorang dengan menaiki bas. perjalanan lebih kurang dalam empat jam.
ditakdirkan Allah atap merah duduk di sebelah seorang perempuan nonmuslim yakni berbangsa cina. mula-mula, atap merah nampak dia sombong, sebab langsung tak pandang atap merah, dia asyik tengok tingkap je....huhu
pastu atap merah pun tilawah alquran dalam bas tu. yela daripada buang masa je kan duduk dalam bas, atap merah pun tilawah dan sempat habiskan beberapa helai sampai mengantuk. atap merah sebenarnya sengaja baca quran kuat-kuat sikit biar kawan sebelah ni dengar, mana tahu dia dapat hidayah macam Saidina Umar ke kan? mana la kita tahu, cuba je...
tapi, selang tidak berapa lama atap merah tilawah, dia nampak macam tak selesa. pastu atap merah nampak dia mencari-cari mp3 dia dalam beg. hoh...dia nak sumbat telinga dia ke? sebab tak nak dengar apa yang atap merah baca ke? [adoi..nampaknya cubaan atap merah tak menjadi] astahgfirullah...lagilah time tu atap merah ber'su'u dzon' dengan dia...sahabat-sahabat, jgn tiru perangai atap merah ni...kalau buleh cubalah berhusnu dzon dengan sesiapa pun.
then, lepas atap merah nampak dia macam tak selesa, atap merah pun cepat2 habiskan tilawah. lagipun atap merah memang dah mengantuk. tak lama kemudian, bila aje atap merah habis tilawah, dia pun start la nyanyi lagu ikut irama dalam mp3 dia. hish, atap merah apa lagi. terus fikir yang kawan sebelah ni nak balas dendam. tadi atap merah yang baca kuat2, sekarang turn dia pulak nyanyi kuat2..huhu. atap merah pun sabar jela kan time tu. cuba nk berhusnu dzon jugak la...
setelah beberapa jam perjalanan, bas yang kami naiki berhenti di sebuah perhentian untuk berehat dan solat dan seumpamanyalah. pastu atap merah nampaklah kawan sebelah ni macam siap2 nak turun. atap merah nak turun jugak untuk solat, tapi macam tak nampak surau kat luar tu. lagipun sebab ni 1st time atap merah naik bas nak ke sana. so tak tahu sangat keadaan tempat ni. nak dijadikan cerita, tiba-tiba....
kawan sebelah ni tegur atap merah...terkejut jugak. baik rupanya kawan sebelah ni..huhu, malu sendiri je tadi fikir yang bukan-bukan.
dia tanya, "awak tak nak turun ke? pergi tandas ke? time ni jela boleh gi tandas"
atap merah pun jawab, "er...sebenarnya saya nk pergi surau. ade surau ke tak kat sini? macam kecik je tempat ni"
atap merah pun terfikir dalam hati, eh dia ni tau ke surau ni apa? dia kan nonmuslim. rupa-rupanya dia tahu la.dari lahir sampai sekarang dia tinggal kat Malaysia, mestila dia tahu.
"jom la kita pergi tengok dulu surau. biasanya kat tempat macam ni ada surau, jangan risau" dia cuba yakinkan atap merah.
tapi, atap merah masih ragu2, "betul ke?macam takde je ni"
"takpela, kita turun dulu tengok" dengan yakinnya dia cuba ajak atap merah. ramah jugak ye kawan ni, mungkin tadi dia penat kot.
bila jejakkan kaki ke luar bas, terpampang besar surau betul2 kat depan bas kitorang. adoi, malu sendiri la atap merah ngn kawan tadi. punyala cari kat mana surau, rupa2nya betul2 ada kat depan bas kitorang. dia pun apa lagi bila dah nampak surau, dia pulak yang teruja dan gembira. terus dia bagitahu atap merah.
"awak, ni ada surau"
sambil tersenyum gembira, dua kali pulak dia ulang ayat tu sebab nak bagitahu atap merah. pelik jugak kenapa dia gembira sangat, macam dia pulak yang nak solat.
alhamdulillah, atap merah bersyukur ada surau kat sana. then, masa nak pergi tandas, atap merah nampak bukan main ramai lagi beratur nak masuk tandas. tapi yang peliknya, bila masuk surau, atap merah la sorang-sorangnya yang ada kat dalam surau tu, baik lelaki ataupun perempuan. atap merah cuba berhusnu dzon la, maybe diorng nak solat kat tempat lain. tapi terfikir, diorang nak solat kt mana lagi?....
selepas solat, atap merah terkejut, rupanya atap merah lah penumpang last yang masuk, dan pakcik driver tu tengah tunggu atap merah je. hoho..macam vip pulak. dengan agak segan dan malu, atap merah masuk. dan berlakulah perbualan antara atap merah dan kawan tadi...
"eh, rupanya saya sorang je yg belum masuk bas? malunya..."
"alaa...takpe pakcik tu akan tunggu. dia kira kalau tak cukup, dia akan tunggu. biasa la tu"
"ooooo...gitu"
dan dia sambung, "lagipun awak bukan buat benda lain, awak pergi sembahyang kan?"
hoh..terkejut jugak keluar ayat tu dari dia. lepas tu dia sambung balik.
"bagus la awak sembahyang. saya pelik la, kenapa saya tak nampak pun orang lain sembahyang?"
bila keluar ayat ni dari mulut dia...mula2 rasa bangga sikit sebab dia puji [astaghfirullah] pastu terkejut sangat bila dia tanya soalan tadi. atap merah terkedu dan tak tahu nak jawab apa.
"errr...maybe diorang period kot..."
jawapan yang agak tidak logik. dia pun jawab..
"hish takkan semua orang period? yang lelaki macammana?"
atap merah terdiam dan terkedu. malu , malu, malu dan sangat malu sebagai orang Islam. apa kita patut jawab bila seorang nonmuslim tanya soalan sebegitu? sudah jelas terpampang lagi terang bersuluh kesalahan, nak bagi alasan apa lagi? jadi, atap merah mengambil keputusan diam sambil tersenyum. itulah yang terbaik.
okeh, the end!
moral of the story kat sini adalah kita kena ingat setiap perkara yang kita buat kita sedang diperhati oleh mad'u. macam mana ingin menjadi seorang dai'ei sekiranya kita kurang sempurna di mata mad'u? susah untuk berdakwah jika mad'u tidak lagi percayakan kita.
kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. kita muslim sedang memegang amanah. amanah ISLAM. jika kita buruk, maka buruklah ISLAM pada pandangan nonmuslim [nauzubillah]. jika hati kita sudah dicemari oleh titik2 hitam dosa kita, macammana hati kita ingin menjadi cermin untuk menegur kesalahan kita. sudah legap, sudah hilang sifat cermin dalam hati kita, yang boleh kita jadikan panduan kepada kita untuk melihat diri kita balik dalam cermin seandainya ada kekotoran di wajah kita, cermin hati boleh menegur kekotoran tersebut. oleh itu, gilaplah hati kita dengan zikrullah untuk mengembalikan sifat cermin hati kita :)
kutiplah mutiara bernilai buat hari-hari terakhir di Ramadhan ini.
ps: maaf kali ini agak berjela panjangnya, dan langsung tiada gambar. harap sahabat pembaca sekalian boleh ambil iktibar dari kisah benar di atas.
wallahua'lam
Friday, August 13, 2010
'Hand' of Allah

Sudahkah kita sujud syukur dengan hadirnya Ramadhan kali ini...?
.jpg)
N : mmm,banyak... yang paling utama saya nak betulkan dan sucikan niat...^_^
B : qiam..... ",
M : khatam quran, mungkin 2 kali...:)I : banyakkan ibadah...jaga mata...@_@
A : wah, semua ada niat dan amal yang sgt hebat utk Ramdhan. ^_^ alhamdullillah.Tapi nak tahu tak apa yg saya fikir dan mahu buat bila bertapaknya kaki saya pada 1 Ramadhan ?
N,M dan I : ape...?
B : mende...?
A : perkara utama yang akan saya buat adalah SYUKUR sepenuh hati dan bertasbih(memuji Allah) sebanyak-banyaknya. Apa saya nak buat adalah saya nak SUJUD SYUKUR dgn gembira. Doa saya selama ini "Allahumma ballighna Ramadhan" telah Allah tunaikan dan kabulkan, kini saya di dalam bulan ini.Saya sangat gembira(dengan ekspresi muka bercahaya). Semestinya kamu semua pun doakan benda yang sama kan? kan?
A : mungkin saja Allah tidak datangkan Ramdhan pada tahun ini... mungkin juga kita meninggal sesaat sebelum Ramadhan tiba, atau kemalangan atau banyak lagi kemungkinan yang tidak mustahil bagi Tuhan. Namun ,doa kita dikabulkan dan kita adalah yang terpilih. Apakah dikatakan hamba yang bersyukur jika ucapan syukur tidak dilafazkan dengan nikmat besar ini...? Subhanallah, kita yang menjadi pilihanNya.
N,B,M dan I : **(blink)
A : Satu lagi, syukur dan tasbih ini hanya kerana Allah masih memilih saya sebagai tetamu untuk Ramadhan kali ini, bulan pahala digandakan beratus kali, bulan keampunan dan bulan rahmat. Bulan Allah membuka seluas-luasnya pintu syurga. Bulan saya dapat merasai rahmat dan indahnya islam ini. Di mana saya dapat membuat amal dengan gembira kerana janjiNya dan hadiah daripadaNya yang tidak terhingga. Ramai yang tidak dapat berjumpa ramadhan. Ramai yang tidak terpilih, namun kita adalah pilihanNya. Syukur,syukur dan alhamdullillah (dengan suara yang kuat). Dan sebab itulah saya merasakan perkara pertama perlu kita lakukan adalah SUJUD SYUKUR.
N : Subhanallah.(nada excited !)
A : Jom sama-sama kita sujud syukur dgn sepenuh hati, kemudian mari kita perbaharui dan betulkan niat kita. Agar Ramadhan kali ini lebih membari makna kepada diri, hati dan amal kita, inshaAllah.
M : alhamdullillah,jom sujud syukur...!

Thursday, August 12, 2010
biskut celup VS biskut salut
Apa beza biskut celup dengan biskut salut? Apakah caranya kita mencelup biskut dan apa pula cara kita menyalut biskut? Bagaimana struktur biskut celup dan struktur biskut salut?
Dapat jawab?
Ok. Jom tgok skema jawapannya..

Hoho.. nampak ke perbezaannya?
Bila mencelup, semua biskut direndam dan diresapi secara keseluruhan dengan bahan celupan. Tapi!
Bila menyalut, cuma luar biskut je dilapisi oleh bahan salutan. Dalamnya TIDAK!
Maka.. jom muhasabah!
KITA sebenarnya sedang mencelup diri kita dalam ISLAM atau setakat menyalut fizikal kita sahaja?
^__^ hoho
Ramadhan Kareem semua!!!
Saturday, July 24, 2010
Anggap Saja Sudah Makan
Di sebuah kawasan Al-Fateh, di pinggir bandar Istanbul ada seorang yang warak dan sangat sederhana, namanya Khairuddin Afandi. Setiap kali ke pasar ia tidak membeli apa-apa. Jika berasa lapar dan ingin makan atau membeli sesuatu, seperti buah, daging atau manisan, ia berkata pada dirinya: Anggap saja sudah makan yang dalam bahasa Turkinya “ Shanke Yadem” .
Kemudian, apa yang dia lakukan selepas itu? Wang yang seharusnya digunakan untuk membeli keperluan makanannya itu dimasukkan ke dalan kotak (tabung)… Begitulah yang dia lakukan setiap bulan dan sepanjang tahun. Ia mampu menahan dirinya untuk tidak makan dan belanja kecuali setakat menjaga keperluan hidupnya saja.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun Khairuddin Afandi konsisten dengan amal dan niatnya yang kuat untuk mewujudkan impiannya membangun sebuah masjid. Akhirnya Khairuddin Afandi mampu mengumpulkan dana untuk membangun sebuah masjid kecil di daerah tempat tinggalnya. Bentuknya pun sangat sederhana, sebuah pagar persegi empat, ditandai dengan dua menara di sebelah kiri dan kanannya, sedangkan di sebelah arah kiblat ditengahnya dibuat seperti mihrab.
Macam Masjid Nabawi iaitu masjid pertama yang didirikan oleh Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madina yang didirikan dari pohon kurma sahaja..
Akhirnya, Khairuddin berhasil mewujudkan cita-citanya yang amat mulia itu dan masyarakat di sekitarnyapun kehairanan, bagaimana Khairuddin yang miskin itu di dalam dirinya tertanam sebuah cita-cita mulia, iaitu membangunkan sebuah masjid dan berhasil dia menjadikan ia realiti. Mereka tidak menyangka bahwa Khairud ternyata orang yang sangat luar biasa dan banyak orang yang kaya yang tidak boleh berbuat kebaikan seperti Khairuddin Afandi.
Setelah masjid tersebut berdiri, Mereka bertanya bagaimana cerita seorang yang miskin boleh membangun kan masjid. Setelah mereka mendengar cerita yang sangat menakjubkan itu, merekapun sepakat memberi namanya dengan: “Shanke yadem” (Angap Saja Saya Sudah Makan).
Subhanallah! Sekiranya orang-orang kaya dan memiliki rezeki lebih dari kaum Muslimin di dunia ini berfikir seperti Khairuddin, berapa banyak dana yang akan terkumpul untuk kaum fakir miskin? Berapa banyak masjid, sekolah, hosital dan fasiliti hidup lainnya yang dapat dibangunkan? Berapa banyak infra struktur yang dapat kita realisasikan, tanpa harus meminjam ke lembaga dan Negara yang memusuhi Islam dan umatnya?



Allahuakbar!
Wednesday, July 21, 2010
Sebelum kita mengeluh...
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.
Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
ikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.
Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.
Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.
Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.
Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran,
orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.
Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.
Sebelum kita merungut makanan tidak sedap..tidak enak...
Fikirkan orang yang langsung tidak berkemampuan membeli makanan mewah seperti kita...
Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !
Sunday, July 18, 2010
*sediakan payung sebelum hujan*
Berita itu telah tersebar ke serata kampung.
Zohor itu, seluruh penduduk berjamaah di masjid. Usai solat, diteruskan dengan solat istisqa'* sebagaimana semua telah maklum, bahkan itulah asbab ramainya jemaah tengah hari itu.
Musim sejuk telah sebulan berlalu namun tiada tanda hujan akan turun.
Kerisauan yang menebal telah membawa kepada kata sepakat untuk menggesa sekampung turun memohon kepada Pemilik langit untuk mencurahkan hujan agar bumi ini basah kembali.
dalam perkumpulan beramai-ramai itu,
hanya seorang ghulam (baca: budak) yang hadir dengan payung.
Seisi masjid memandang pelik. Bawa payung sedang matahari terik memancar?
"kerana aku yakin Allah akan menurunkan hujan" jawab ghulam penuh yakin.
Terjentik hati mereka yang mendengar.
SEKAMPUNG yang hadir untuk memohon kepada Allah agar menurunkan hujan namun hanya SEORANG ghulam yang benar-benar yakin Allah akan memakbulkan rintihan hasrat mereka.
Best ke judi?

Tuesday, July 13, 2010
motivasi : macam mana nak FOKUS ??
Tuesday, July 6, 2010
Aku,Kau & dot dot dot
nama ringkasan pinky_paint(untuk memudahkan) = Pinky :-P
Pada suatu hari minggu,dua sahabat,Minah dan Siti ingin shopping ..
Minah : Hoh,rumah kita ke Aradella Mall,siket punye dekat,boleh pulak pak cik ni charge tinggi2?? Grr ...
Siti : Berapa dia amek?
Minah : 75 qursh
Siti : Ooo.. Abis, kau selalu bayar berapa?
Minah : Nusf (50 qursh)
Siti : Ooo
Situasi 2 (dalam Aradella Mall)
Minah : Siti,cuba tengok ni..Fulamak,lawanya kasut ni!! Tink3 (sound effect-menunjukkan keterujaan)
Siti : Iyela..lawa. .. but,,wait.. tengokla,harga pun 'lawa'..
Minah : Ala,come on..Duit MARA kan baru masuk .. tengah 'masyuk' ni..huhu..Standard la, harga kasut macam ni, JD65..Ok ape?Berjenama.Stylo.Fuuuhh..Aku tak kira.Nak beli jugak!
Siti : Suka hati kaula..
Berdasarkan kedua-dua situasi ini, apa yang sahabat-sahabat dapat fikirkan?
Situasi yang amatlah biasa berlaku pada kita atau di kalangan kita,bukan? Pinky pun turut tidak terkecuali terlepas pandang..MAKA,
marilah kita sama-sama duduk sekejap dan berfikir..(ijlis binaa nukmin sa3ah)
Sahabat2 tahu tak majalah MASTIKA?Bagi sahabat2 yang pernah baca majalah ini,pasti tahu bahawa ia sentiasa memuatkan perihal mayat dan kisah semasa hidupnya,untuk dijadikan iktibar buat mereka yang masih hidup.Ada kisah pasal mayat yang reput,berulat, bernanah, berubah menjadi Khinzir dan sebagainya.Malah,tak terkecuali mayat yang berbau harum,tersenyum, kelihatan seperti orang yang tidur dan sebagainya.
Pada entri kali ini,Pinky nak berkongsi satu kisah yang menyentuh hati Pinky,dan harap dapat sentuh hati2 sahabat2,saudara2 Pinky yang lain,insyaallah.
Kisahnya pasal mayat seorang yang beriman yang berbau harum dan bau masih tak hilang walau dimandi dan dikafankan.Diceritakan oleh kenalan mayat tersebut,allahyarham amat tidak berkira soal wang dan hartanya,walaupun kehidupan allahyarham hanyalah sederhana.Beliau juga sentiasa bersedeqah.
Apa yang paling menyentuh hati Pinky adalah,allahyarham tidak gemar tawar-menawar harga barangan yang ingin dibelinya.Pernah anak allahyarham menegur sikap bapanya(baca :tidak gemar tawar menawar) . Tapi,bapanya dengan tenang menjawab "Tidak akan miskin kita dengan harga barang RM2 lebih tinggi ni.Niatkan sahaja sebagai sedeqah".Bagi beliau,jika harga barang hanya tinggi sedikit berbanding harga biasa dan masih dalam linkungan yang boleh diterima(tidak mengandungi unsur2 riba),maka,tidak menjadi masalah baginya. Insyaallah,barang dapat,pahala pun dapat.
-tamat kisah-
Berbalik pada situasi2 tadi,cik Minah begitu berkira dengan 75 qursh yang diberikannya kepada pemandu teksi.Padahal,cik Minah sebenarnya berduit dan berkemampuan.Gedebuk!! (sound effect- terkena atas batang hidung Pinky..hehe)
Pasal kisah allahyarham tu pulak,bagi Pinky,adalah hak masing-masing bagaimana seseorang mahu mengendalikan hartanya mengikut kesesuaian tempat dan masa.Mungkin ada pandangan pembaca merasakan,bagi 'budak2 chomel' seperti kita(huhu),yang hidup di perantauan,kurang digalakkan untuk mengelakkan dibuli dan sebagainya. Tapi,terpulanglah pada kesesuaian dan keselesaan masing-masing."Tepuk dada,tanya iman"
Pinky bukanlah bermaksud mengajak sahabat2 membuta tuli memberikan duit kepada sesiapa.Tapi,cuma mahu berkongsi kisah teladan ini agar sama-sama kita dapat koreksi diri,tambah baik apa yang patut,insyaallah.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak berganjak langkah kaki seseorang hamba pada hari pembalasan kelak sehingga mereka ditanya empat soalan iaitu umurnya ke mana diperuntukkan, usia muda ke mana dihabiskan, hartanya daripada diperoleh dan ke mana dibelanjakan dan ilmunya apakah diamalkannya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

(p/s : maaf kalau ade tertokok tambah,terubah suai cerita tadi.Ingat isi2 penting je..huhu)
Monday, July 5, 2010
al maal (harta)
checking balance.
PLEASE WAIT..
your account balance is JD ***.**.(* mean number,not zero heheh)
NO.
*****
hnfff..nippon weatherbond mengeluh gelisah.haish lari bajet lagi bulan ni.ottuke??(what to do??).duit x masuk bulan ni.dihitung pusing-pusing memang negative duit bulan ni.call abah??oh no no no..itu pilihan terakhir.
*****
hari ni nWb pergi hantar sahabat ke airport.Kalau difikirkan duit yang hampir mengering memang x pergilah.tapi dah janji dan nWb fikir mesti nWb menyesal x sudah kalau x pergi hantar dia;memandangkan sahabat yang seorang ni punya high value dalam hati nWb.
"hurm bawak 10jd sudah.cukup la ni buat tambang pegi balik"
JD2 - Bas Hijazi(beli air mineral & syawarma di mujamma Amman jadid= JD 1)
JD3 - Bas Airport Queen Aliaa
jumlah=JD 6
***
4.00 pm : cik K selamat dibye2 dan dipeluk2 sblm masuk ke pintu departure.sedih.
tiba-tiba baru tersedar;
"ah sudah!!x cukup duit nak balik!!" (mata dah melilau-lilau cari orang terdekat yang boleh pinjamkan duit)
Kuasa Allah siapa boleh menjangka.Secara kebetulan ada dua orang junior yang juga ke airport menghantar kawan.Lebih membahagiakan bila nWb mendapat tahu mereka ke sana menaiki kereta private.nWb pulang ke Irbid dengan mereka dgn hanya JD 3.5.Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.
****
kisah ini kisah nWb yg nWb sgt terkesan dengannya.nWb menyesal bila terlalu bergantung pada kuasa wang;no money no talk kata mereka.Sehingga lupa pada dia yang Arrazaq.bila terasa sempit terus dirujuk pada makhluk;lupa meminta pada Arrazaq.
tapi Allah itu kan Arrahim pada semua kan?jadi dia permudahkan,pertemukan kita jalan pada harta itu.senang bukan?seperti kisah nWb di airport;terserempak denga junior jauh,luar jangkaan sama sekali.
nWb akhiri dengan ayat ini,salah satu dari ayat-ayat yang yang menunjukkan sifat Razak Allah.
مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمۡوَٲلَهُمۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتۡ سَبۡعَ سَنَابِلَ فِى كُلِّ سُنۢبُلَةٍ۬ مِّاْئَةُ حَبَّةٍ۬ۗ وَٱللَّهُ يُضَـٰعِفُ لِمَن يَشَآءُۗ وَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيمٌ (٢٦١)
The likeness of those who spend their wealth in Allah's way is as the likeness of a grain which groweth seven ears, in every ear a hundred grains. Allah giveth increase manifold to whom He will. Allah is All-Embracing, All-Knowing. (261)
thanxAllah for everything.
p/s:sori post ni berkaler-kali.hepi dah buka skolah agaknya.hehe
Saturday, July 3, 2010
ba ba black sheep ~~
Gembala : "Oh, boleh saja"
Pemuda : "Berapa jauh biri-biri ini berjalan setiap hari?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih"
Gembala : "Ah, yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari"
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : "Dan berapa banyak rumput mereka makan setiap hari?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih."
Gembala : "Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari."
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : "Dan berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih."
Gembala : "Aaa...menurut perkiraan saya, yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun kalau mereka dicukur."
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : (Dengan perasaan geram ) "Kenapa engkau membezakan biri-biri engkau yang putih dengan yang hitam setiap kali nak jawab soalan saya, padahal jawapan semuanya sama saja"
Gembala :"Mestilah saya beza-bezakan sebab biri-biri yang putih itu adalah milik saya."
Pemuda : "Ooo, begitu, fahamlah saya,kalau yang hitam tu pulak siapa punya?"
Gembala : "Yang hitam pun sama, saya punya juga"
Pemuda : (bengang, geleng kepala dan berlalu)
إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡۚ
" sesungguhnya orang yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa " (Al-Hujaraat:13)
Sabda Rasulullah s.a.w pula
" Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada tubuh badan kamu dan bukan kepada bentuk kejadian kamu tetapi dia memandang kepada hati kamu"
Thursday, July 1, 2010
"Sakit Rumah"
Alhamdulillahirabbil'alamin atas nikmat yang tidak terkira banyaknya. selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Bertemu kembali kita bersama atap merah. kemaafan dipinta disebabkan kekangan masa yang sememangnya tidak dapat dielakkan, atap merah boleh dikatakan 'agak bizi' sejak akhir-akhir ini. namun, atap merah bersyukur walaupun sibuk, atap merah sangat bersyukur kerana cuti 2 minggu ini alhamdulillah tidak berlalu dengan sia-sia.
"demi masa. sungguh, manusia berada dalam kerugian. kecuali, orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran" [103:1-3]
ayuh! sama-sama kita muhasabah kembali, aktiviti harian kita, cuti kita, setiap saat adakah masa kita menepati kehendak dalam surah Al-Asr di atas? tepuk dada, tanya iman, dan beramallah wahai sahabat :)
okeh, sebenarnya atap merah ingin berkongsi masalah atap merah. sejak akhir-akhir ini, atap merah sakit. sakit rumah yang makin menjadi-jadi. apa sakit rumah ni? alaaa....bak kata omputih, homesick. ooo..bahasa melayu tak paham ye..:P
banyak sebab yang meng'induce' atap merah jadi makin bertambah-tambah sakit rumah. bila buka facebook, 'tertengok' gambar kawan-kawan buat reunion tanpa atap merah (T_T), bila call mak, mak cerita pasal majlis kahwin sepupu (T_T). tapi, itulah adat berjauhan....kawan-kawan seperjuanganlah yang menjadi keluarga besar kita di sini. terima kasih sahabat :)

namun, setelah atap merah berfikir dan berfikir....kenapa atap merah sangat tidak matang? malunya ya Allah....
para sahabat, para mujahidin, para syuhada' ketika keluar berperang menentang musuh-musuh Islam, mereka tidak pernah merungut untuk pulang ke kampung halaman. berbulan-bulan lamanya mereka berjihad, hidup dalam serba kekurangan dari segi makanan, minuman, tempat tinggal mereka pula hanya di khemah-khemah sahaja. sehinggakan ada yang tidak cukup tidur. pernahkah sahabat-sahabat terbaca sejarah Islam menceritakan tentang para mujahid homesick dan enggan berjihad???? tidak bukan? kalau ada sila maklumkan pada atap merah.

berbanding atap merah dengan para mujahid dahulu, bagaikan langit dengan bumi bezanya. sangat berbeza, tapi kenapa atap merah sakit rumah? malu yang teramat jika difkir kembali. rumah selesa [alhamdulillah], makan minum cukup [alhamdulillah], sahabat-sahabat sentiasa di sisi [alhamdulillah].amat sedikit kesusahan yang atap merah alami berbanding para mujahid Islam. berjihadlah wahai diri....gunakan peluang ini untuk mengutip mutiara berharga di bumi anbiya' ini untuk bekalan sebagai seorang dai'e.
"orang-orang yang beriman dan berhijrah di jalan Allah, dengan harta dan jiwa mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah. mereka itulah orang-orang yang memperoleh kemenangan" [9:20]
cukuplah kalam suci Allah di atas buat motivasi dan semangat buat atap merah dan sahabat-sahabat yang mengalami masalah yang sama dengan atap merah.
sebelum atap merah mengundur diri, suka atap merah berkongsi jemputan istimewa dari Allah khas buat hamba-hambanNya yang benar-benar terpilih,
"wahai jiwa yang tenang! kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya. maka masuklah kamu ke dalam golongan hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaKu " [89:27-30]
p/s: bravo cik siti simen! teruskan berdakwah melalui bidang tulisan. entry terbanyak ye setakat ni. semoga kekal di tangga teratas :p
wallahua'lam
Di Sebalik Ujian Allah

Di bawah ancaman pedang, mereka disuruh untuk menyembuhkannya. Namun sayangnya tidak ada satu tabib pun yang mampu menyembuhkannya.
Hingga akhirnya ada seorang rahib yang mengatakan bahawa penyakit sang raja itu hanya dapat disembuhkan dengan memakan sejenis ikan, yang sayangnya saat ini bukanlah musimnya ikan itu muncul ke permukaan. Betapa gembiranya raja mendengar khabar ini.Meskipun raja menyedari bahwa saat ini bukanlah musim ikan itu muncul ke permukaan namun disuruhnya juga semua orang untuk mencari ikan itu.
Aneh bin ajaib ... walaupun belum musimnya, ternyata ikan itu sangatlah mudah ditemukan.Sehingga akhirnya sembuhlah raja itu dari penyakitnya.
Di lain waktu dan tempat, ada seorang raja yang amat terkenal kebijaksanaannya. Ia sangat dicintai oleh rakyatnya.
Pada suatu ketika, raja yang bijaksana itu jatuh sakit. Ternyata kesimpulan para tabib sama,iaitu ubatnya adalah sejenis ikan tertentu yang saat ini sangat banyak terdapat di permukaan laut. Kerana itu mereka sangat optimis rajanya akan segera pulih kembali.
Tapi apa yang terjadi? Ikan-ikan yang seharusnya banyak dijumpai di permukaan laut itu, tidak ada satu pun yang nampak. Walaupun pihak kerajaan telah mengirimkan para ahli selamnya, tetap saja ikan itu tidak berhasil diketemukan. Sehingga akhirnya raja yang bijaksana itu pun
mangkat.
Dikisahkan para malaikat pun kebingungan dengan kejadian itu. Akhirnya mereka menghadap Tuhan dan bertanya, "Ya Tuhan kami, apa sebabnya Engkau mengirim ikan-ikan itu ke permukaan sehingga raja yang zalim itu selamat, sementara pada waktu raja yang bijaksana itu sakit, Engkau menyembunyikan ikan-ikan itu ke dasar laut sehingga akhirnya raja yang baik itu meninggal?
Tuhan pun berfirman,
"Wahai para malaikat-Ku, sesungguhnya raja yang zalim itu pernah berbuat suatu kebaikan. Kerana itu Aku balas kebaikannya itu, sehingga pada waktu dia datang menghadap-Ku, tidak ada lagi kebaikan sedikitpun yang dibawanya. Dan Aku akan tempatkan ia pada neraka yang paling bawah!
Sementara raja yang baik itu pernah berbuat salah kepada-Ku, kerana itu Aku hukum dia dengan menyembunyikan ikan-ikan itu, sehingga nanti dia akan datang menghadap-Ku dengan seluruh kebaikannya tanpa ada sedikit pun dosa padanya, kerana hukuman atas dosanya telah Kutunaikan seluruhnya di dunia!"
Pengajaran daripada cerita ni boleh lah difikir-fikirkan atau boleh ditulis di ruangan komen untuk dikongsi bersama ^^
Monday, June 28, 2010
Ini Sejarah Jeans
Kalau sebut pasal "JEANS" biasanya mesti semua orang tahu apa ke bendanya tu,tak kisah la budak kecik ke orang tua, jutawan atau fakir miskin. Orang kata pakai jeans ni trend zaman alaf baru, mengikuti perkembangan fesyen gitu. Kira tak vogue la kalau tak pakai jeans ni,huhu..
Betul ke jeans ni memang trend masa kini?
Mari siti simen cerita sikit pasal asal-usul jeans ni ye..
Pada tahun 1848, fenomena "The Gold Rush" [fenomena orang beria nak gali emas] telah menarik ramai pengembara ke California. Salah seorangnya ialah Levi Strauss yang berumur 20 tahun. Strauss ni adalah peniaga kain di New York maka dia membawa beberapa gulung kain beraneka fabrik untuk dijual di dalam perjalanannya ke California. Sampai je di California, habis semua kain dijualnya kecuali segulung kanvas. Tak ada siapa pun mahu pakaian yang diperbuat daripada kanvas!
Kain kanvas ini sejenis kain yang kasar dan tahan lasak. Kebetulan kerja melombong emas menjadikan seluar para pelombong cepat lusuh. Maka Strauss membuat beberapa pasang seluar panjang kanvas untuk dijual kepada mereka.
Semakin lama semakin ramai pelombong membeli seluar kanvas daripada Strauss. Sesuai dan selesa agaknya dipakai oleh pelombong. Tetapi Strauss tidak berpuas hati dengan mutu kanvas maka dia pun menukar dengan fabrik baru iaitu "jeans". Strauss kemudian menamakan seluar panjangnya "Levi's". Agaknya selepas itu berduyun-duyun pelombong membeli seluar Levi's ni hingga kini terkenal di seluruh dunia.
Begitulah ceritanya. Kesimpulannya jeans ni asalnya adalah seluar pelombong! Bukannya seluar angkasawan atau mana-mana bangsawan dahulu. Tetapi kini semua orang memakainya. Dari yang muda sampai ke tua, miskin atau kaya,melayu atau negro, menteri besar ke tukang cuci ke artis popular ke..semua lah. Hebat kan.
Terbuktilah bahawa tidak mustahil untuk mengglobalkan pakaian Islam [pakaian yang menutup aurat tak kisah la fabrik apa pun]. Jika pakaian yang berasal daripada pelombong boleh menjadi kegilaan satu dunia, maka pakaian yang menurut aturan Allah s.w.t. pasti lebih ......?? [boleh isi sendiri la ye tempat kosong tu]
Secara praktikalnya, mungkin kita boleh kaji dengan lebih mendalam bagaimana Levi Strauss ni memperkenalnya pakaian ciptaanya itu.
'When there is a will, there is a way'...
Saturday, June 26, 2010
Cerpen : Cinta ini milikMU ( Bahagian 2)

Maaf kerana cerpen ni dah lama 'terbengkalai' oleh sebab2 yang tak dapat dielakkan.Semoga ada nilai-nilai baik,yang boleh kita sama-sama ambil dan jadikan panduan.Insyaallah.
Selamat membaca ^_^
"Ok.Jagung dah ada 3 tin,,tepung custard dah,susu pun dah cukup…Apa lagi eak?",Anis menyemak senarai barang yang perlu di belinya.Semua barang itu dikirim oleh Wafa,teman serumahnya.Wafa juga datang dari sekolah menengah yang sama dengannya,iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Zarqa'. Persamaan mereka yang diketahui umum,kedua-duanya berasal dari keluarga berada.Orang tua mereka bersahabat baik.
Mereka berdua juga sama-sama 'gila-gila' dan nakal sewaktu di sekolah dahulu.Sewaktu zaman persekolahan,seringkali mereka membawa handphone ke sekolah,walaupun sering diberi amaran.Sengaja juga ditunjuk-tunjuk di hadapan para pengawas,mahu mencabar. Setiap kali handphone dirampas,digantikan pula oleh ibu bapa mereka dengan handphone yang lebih mahal dan berjenama.Maka,akhirnya,para pengawas hanya bertindak memejamkan mata.Muak melayan kerenah dua anak hartawan yang sombong itu.
Tetapi,semua itu hanya tinggal sejarah.Anis dan Wafa kini bukanlah seperti dulu.Perangai mereka beransur-ansur berubah menjadi lebih dewasa setelah datang ke Jordan.Pada mulanya, masing-masing memberontak atas keputusan orang tua yang ingin menghantar mereka menyambung pelajaran di negara timur tengah itu. Tapi,setelah mengetahui mereka bakal 'ditempatkan' di negara yang sama,mereka akhirnya akur sahaja.
Sewaktu awal-awal berada di Jordan,hanya Tuhan yang maha mengetahui betapa gelisahnya kedua-dua sahabat ini untuk menyesuaikan diri dengan keadaan hidup serba sederhana di Jordan.Nasib baik,mereka pernah dipaksa tinggal di asrama sewaktu tingkatan lima.Sekurang-kurangnya,pernah juga terlatih untuk berdikari.
Kini,Wafa semakin mahir memasak.Ada sahaja resepi yang mahu dicubanya pada setiap minggu.Anis yang pada mulanya hanya sekadar menjadi peneman di dapur, sudah mula terikut-ikut dengan minat Wafa. Kerana masing-masing sibuk belajar,maka,masa berkualiti dua sahabat itu adalah sewaktu mereka memasak bersama-sama.
"Assalamualaikum,Anis".Tiba-tiba kedengaran suara lembut menyapanya dari belakang.
"Waalaikumussalam.Eh,Kak Zinnirah.Akak buat apa kat sini?"
"Tengah berenang".
"Hehe.Lupe plak.Mestila nak membeli,..hehe".
"Tau pun.Hmm,banyak beli barang?Ada 'projek' baru ke dengan Wafa?"
"Eh,tak dela.Biase-biase je,kak".
"Ok,tak nak kacau..Teruskan shopping.Assalamualaikum..".Kak Zinnirah beredar ke penjuru kedai al-Ghazawi,di bahagian sebelah kiri.Kelihatan,ada kelibat pemuda Melayu di situ.
"Berani pula Kak Zinnirah ke situ",bisik Anis dalam diri.
Jika di Jordan,pelajar-pelajar Malaysia memang selalu mengelak dari berjumpa dengan pelajar sebangsa, yang berlainan jantina.Malu dan segan.Anis juga tidak terkecuali, terdidik dengan 'biah' itu.

Berbeza dengan zaman persekolahannya,Anis juga seperti para remaja lain.Pergaulannya dengan kawan-kawan lelaki,tidaklah begitu dititikberatkannya.Apa yang difahaminya,air sembahyang akan terbatal sekiranya bersentuh kulit dengan bukan muhrim.Jadi,bertepuk bertampar dengan rakan-rakan lelakinya, telah menjadi satu perkara biasa baginya. Manakala,apabila tiba waktu solat,dia akan memperbaharui wuduk. Itu pun,jika dia 'terpaksa' solat,disebabkan tidak berjaya melarikan diri dari dikejar oleh ustaz yang bertugas.
Anis juga pernah mengherdik dan memusuhi kawan-kawan yang cuba menegur pergaulan dan pakaiannya. Sangkaannya,mereka hanyalah berlagak alim dan cemburu padanya kerana ramai lelaki yang mahu berkawan dan berbual-bual dengannya.
"Woi pompuan!Kalau kau jealous,cakap jela.Tak payah nak berlakon tegur-tegur segala.Aku paham benarla orang-orang macam kau ni.Tak boleh tengok orang senang!Saje je nak cari salah orang.Mind your own business!Tak payah nak sibuk hal orang!",Anis teringat antara kata-kata herdikan yang pernah dituturkannya.
"Tut.Tut".Satu mesej baharu masuk di I-phone nya.
"Tolong belikan kopi sekali.Thanks " -Wafa'
Anis kemudiannya menuju ke arah rak kopi.
"Eh,boleh bersembang pula Kak Zinnirah dengan syabab tu?Biar betul!".Anis kehairanan.
Kak Zinnirah, seorang pelajar perubatan Tahun Kelima itu,amat dihormatinya.Kata-katanya,persis seorang ustazah.Kak Zinnirah pernah mengingatkan,bahawa kita tidak seharusnya mengehadkan bidang pembelajaran kepada bidang perubatan,pergigian atau kejuruteraan semata.Beliau mengambil contoh Ibnu Sina.Ibnu Sina sememangnya dikenali dunia kerana penguasaannya dalam bidang perubatan.Banyak penemuan dalam bidang perubatan telah diterokainya dan dicedok oleh Barat.Namun,sememangnya,Ibnu Sina telah terlebih dahulu mengkhatamkan al-Quran dan Fiqh. Seterusnya,mendalami bidang Matematik, Astronomi dan tidak kurang 10 bidang ilmu yang dikuasainya.
Kak Zinnirah juga cuba 'mengikut ' jejak Ibnu Sina.Selain mengambil bidang perubatan di universiti,dia turut tidak melepaskan peluang menghafal ayat suci al-Quran dan menimba ilmu lain seperti ilmu Fiqh,Qiraat dan Bahasa Arab.
"Kenapa macam mesra je Kak Zinnirah dengan syabab tu?".
"Ah,lupekan.Mereka bercakap soal penting kot".
"Tapi,kenapa hanya berdua?".
Anis segera membayar dan ingin cepat-cepat meninggalkan kedai runcit itu.Dia keliru.Matanya mempercayai ada yang tak kena pada muamalah Kak Zinnirah tadi.Tapi,hati kecilnya percaya Kak Zinnirah tidak akan melakukan apa yang bersimpang dari apa yang sering dikatakannya,iaitu "Jaga Ikhtilat".
Anis beristighfar.Pipinya panas.Dahinya berkerut,pening.Dia memantaskan pergerakan pulang ke rumah.
Alunan merdu bacaan ayat suci al-Quran yang tidak lain dan tidak bukan,adalah suara Humaira'.Humaira memang gemar membaca ayat al-Quran dan disertai tafsirnya sekali.Kali ini,Anis merasakan bahawa ayat itu tertuju tepat ke atasnya.
Sejak kebelakangan ini,Anis dirundung satu lagi masalah.Masalah berkaitan pelajarannya.Dia sudah cuba berusaha sehabis baik untuk memperoleh keputusan yang membanggakan. Namun,nasib seringkali tidak menyebelahinya.Dia gagal memperoleh keputusan yang diinginkannya.Sedangkan,kawan-kawan yang lain,yang hanya belajar last minute,mampu mendapat keputusan yang lebih baik darinya.
"Di manakah silapku?Adakah ini hukumanMu ke atas dosa-dosa lalu ku,Ya Allah?",sering Anis bermonolog sedemikian.
Namun,ketika Humaira' membacakan tafsir dari surah kedua dari al-Quran itu,Anis berjaya menemui 'jawapan' bagi persoalannya.
"Mungkin,keputusan-keputusan exam itu adalah yang terbaik buatku,untuk waktu ini".
"Anis,saya tahu awak tengah bersedih pasal pelajaran kan?",Humaira' menegur lembut Anis yang tampak diam befikir.
"Dulu,saya pun pernah diuji macam awak.Saya pernah rasa seperti apa yang awak rasa.Kita usaha bukan main, tapi,result biase-biase je.Orang lain,sempat main game lagi malam exam,tapi,result gempak jugak.Tibalah suatu hari,Kak Zinnirah dan Kak Firdaus memberikan kata-kata semangat kepada saya."
"Kak Firdaus pesan,seringkali kita rasakan,result yang diperoleh,tidak sesuai dengan usaha dan pengorbanan kita.Kalau diikutkan lojik akal,yang tanam lebih,bakal menuai hasil yang lebih berbanding mereka yang menanam ala kadar.Bila fikir macam tu,sesekali mendapat kejayaan, kita akan lupa bersyukur.Kita akan rasa, bahawa kejayaan dan hasil itu ,adalah kerana usaha gigih kita.Lupa pada kekuasaan Allah.Lupa bahawa Allah ar-Rahman yang mengurniakan kejayaan."
"Jadi,bersangka baiklah,bahawa Allah sedang mendidik kita,supaya berusaha keranaNya,bukan kerana hasil."
"Tapi,bukankah berusaha adalah sunnatullah untuk berjaya?" ,soal Anis,ingin meleraikan persoalan di mindanya.
"Ya.Betul tu.Berusaha memang penting dan sunnatullah untuk berjaya.Tapi,kita perlu sentiasa tajdid niat bahawa kita berusaha hanya kerana Allah S.W.T,iaitu kerana Allah yang menyuruh kita berusaha.
"Daripada muqaddimah fi-Zilal juga ada menyentuh soal ini,dan apa yang saya faham,usaha bukan ditarik oleh hasil,tapi,ditolak oleh suruhan Allah."
"Contohnya,Nabi Muhammad berusaha bersungguh-sungguh 24 jam 7 hari dalam menyampaikan syiar Islam.Tapi,hanya berapa kerat yang memeluk Islam di Makkah,dalam tempoh 13 tahun baginda Rasulullah berada di situ?Hanya 3% dari penduduk Makkah."
"Contoh lain,Nabi Nuh.Mengikut sirah,baginda berdakwah selama lebih 950 tahun.Sungguh lama..Tapi,usaha dakwah baginda hanya end up with 83 pengikut."
"Jadi,adakah kerana pengikut yang sedikit,maka,usaha dakwah rasul-rasul ini dikira gagal di sisi Allah?", Humaira' pula menimbulkan persoalan selepas panjang lebar bercerita.
"Err..Tak", jawab Anis teragak-agak.
"Ok.Jadi,awak boleh nampak tak,bahawa,rasul-rasul ini berusaha bersungguh-sungguh dalam berdakwah kerana Allah yang suruh?Mereka tak kisah,jumlah pengikut yang ramai atau sedikit kerana mereka mengimani bahawa Allah yang menentukan hasil,dan bukanlah kerana usaha mereka".
"Jadi,untuk kita sebagai pelajar,yang sering diuji dengan markah exam,amat penting untuk kita ingat phrase ni,"Allah melihat pada usaha kita,bukan pada hasil".

"Jika kita berusaha lebih,inshaallah,ganjaran pahala yang kita perolehi juga lebih.Dan jika diberi result yang cemerlang pula,selalulah berdoa semoga kejayaan yang Allah beri,tidak membawa kita kepada kufur nikmat atau sebagai istidraj",sambung Humaira' lagi.
Anis terdiam seketika.Tidak lama kemudian,dia terus menggapai tubuh Humaira dan memeluknya.
"Terima kasih Humaira'!Terima kasih sangat-sangat".
Anis gembira kerana persoalannya telah terjawab.Kini,dia sedar akan kesilapannya yang kadang-kadang gagal meletakkan penghararapan sepenuhnya kepada Allah.Dengan berbekalkan usaha yang diyakininya sudah rapi,dia menjadi amat yakin bahawa keputusan yang cemerlang bakal menjadi miliknya.Mungin sebab itulah,setiap kali ujian,dia sering gagal mendapatkan keputusan yang dihajatinya.
"Alhamdulillah.Syukur padaMu kerana menjagaku dari menjadi hamba yang kufur nikmat.Aku bersyukur kerana ditempatkan di kalangan rakan-rakan yang sentiasa mengingatkanku kepadaMu",bisik Anis di dalam hati kecilnya.
"No hal lah.Kita memang selalu perlu ingat-mengingatkan.Dulu,Kak Zinnirah dan Kak Firdaus yang mengingatkan saya.Then,saya pulak ingatkan awak.Lepas ni,sila turunkan ilmu,ye?Hehe.."
"Baiklah puan",Anis membalas candaan Humaira' dengan mengangkat tangan,ala-ala seorang askar di hadapan komando.Mereka tertawa mesra.
(to be continued - insyaallah)



