Saturday, May 22, 2010

[Atap Merah] Kelmarin, Semalam, Hari Ini


bismillahirrahmanirrahim.

alhamdulillahirabbil'alamin. selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

okeh.. now, Atap Merah is in the house!

alhamdulillah sekali lagi dipanjatkan kesyukuran kepada Ilahi di atas nikmat Islam dan iman. tetapkanlah iman kami Ya Allah [mohon dengan sangat]

Atap Merah ingin menimbulkan beberapa persoalan.

pernahkah dalam kehidupan seharian kita berlaku perkara yang sama secara tidak sengaja kelmarin, semalam dah hari ini?

dan....


pernahkah kita terfikir kenapa ia berlaku berulang kali?

pelik bukan? hmm....
Atap Merah rasa sangat pelik. jom kita sama-sama berfikir.


kelmarin

si A mengemas bilik beliau, secara tiba-tiba ketika sedang khusyu' mengemas, ibu jari kaki beliau secara tidak sengaja 'terhantuk' kaki BESI* katil. "ouuuucht....sakiiiiiiiitttt!!!", si A terjerit.
namun si A redha dan terus terduduk disebabkan teramat sakit.
*BESI: menunjukkan bahan yang keras dan mampu menyakitkan sesiapa sahaja yang 'terhantuk'


gambar hiasan
semalam
si A sudah melupan kisah kesakitan beliau yang tahap maksimum semalam. dengan selamba si A ingin mengambil barang beliau yang terjatuh berhampiran kaki BESI katil. [jeng jeng...imagine slow motion mode ek] kaki beliau melangkah selangkah demi selangkah, dan akhirnya belum sempat si A mencapai barang beliau yang terjatuh, ibu jari kaki beliau yang terlebih dahulu 'menghantukkan' ke kaki BESI katil. "ouuuuucht......maaaaakk sakiiiiiiittt!!!!", si A terjerit dengan lebih dahsyat dari kelmarin.
si A mengutuk kaki BESI, "eh ko pehal kaki BESI? ape yang ko tak puas hati ngan aku? ko tak boleh ke tak kacau aku sehari? dalam luas-luas bilik aku ni, kat sini jugak ko nak bertenggek ek?"


hari ini

tanpa sengaja sekali lagi si A terhantukkan kaki beliau ke kaki BESI katil. tetapi kali ini...si A tidak lagi memarahi kaki BESI yang tidak berdosa itu. si A muhasabah. si A fikir. si A mengajukan persoalan. kenapa kelmarin, semalam, hari ini?

Allah berfirman:
"(Iaitu) orang-orang Yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali." [2:156]

pernahkah si A mengingati Allah selama 3 hari berturut-turut ketika beliau ditimpa musibah? si A baru sedar beliau sedang diuji dengan kesabaran. namun...
si A gagal!!
si A tidak sabar!!
si A menyalahkan takdir!!

okeh....kembali ke alam realiti. jom kita fikir...
pernahkah kita gagal dengan ujian Allah?
pernahkah kita gagal dengan ujian peperiksaan di universiti?
ujian yang mana satukah kita paling sedih jika kedua-dua ujian di atas kita gagal?

*tepuk dada, tanya iman, tanya hati dan fikir!*


p/s: ayuh kita 'mengulangkaji' sebanyak mungkin untuk menghadapi ujian Allah.
p/ss: berfikir sejenak itu lebih baik dari _________ ? [sape yang 1st bole jawab Atap Merah bagi hadiah :D]







si A patut bersyukur kaki beliau tidak cacat seperti di atas selepas mengalami 3 kali berturut 'kemalangan'


Atap Merah berpanas, berhujan melindungi penghuni under construction





wallahua'lam

5 comments:

Tangga Batu said...

Assalamualaikum Atap Merah,

Selamat datang ke kelab..!! Apakah gambar tersebut, menakutkan sungguh.. Huhu.

Tangga ingatkan, Atap mahu bicara fenomena "deja vu", tapi rupanya, ulangan peringatan yang selalu kunjung tiba dari Allah.

Tangga sering sangat lupa setiap hari, Allah yang patut diletakkan paling tinggi dalam hati, Astagfirullah.

Terima kasih Atap. =)

Afifah Adnan said...

Salam..nampaknye,ade component baru kat blog ni..dah ade atapnye,, mabruuk buat sekalian tenaga buruh kasar..

Ya,atap merah!!
saya amat setuju!!
moga kita tergolong dalam hamba Allah yang sentiasa redha dan bersyukur..
sentiasa memandang ade hikmah di sebalik setiap yg terjadi.. sentiasa muhasabah diri..

Amiin..

pepasir pantai putih (3P) said...

salamualaikum wbt,

ingatkan dh ada yg jawab..
yes, 3P jawab, "Berpikir selama satu jam lebih baik daripada "beribadah selama semalam." "kata-kata Al- Hasan al-Bashrî

(hulur tangan) nak hadiah (100X)..!

Kembali insaf, kita sering lupa kan Allah,tapi Allah tak pernah lupa kita. "sedih."

Ujian Allah, kenapa aku tidak menghargainya ?

3P

atap merah said...

tangga batu : maaf la tangga batu, atap merah lambat sikit masuk kelab ni..hehe
manusia sering lupa, sebab tula kita perlukan bi'ah solehah utk membimbing kita

afifah: syukran afifah.
aminnnn...insyaAllah :)

pepasir pantai putih: mabbruuuuukkk 3P!! tahniah anda menang. sebenarnya atap merah lupa apa jwpn tu, so terima kasih 3P sebab ingatkan atap merah.
hadiahnya, 3P dpt pahala sbb mengingatkan org yg lupa..hehe.
suka x hadiah ni?

pepasir pantai putih (3P) said...

Suke2...terima.
♥ ♥ ♥ ♥ ♥
tapi nak hadiah dari atap merah jugak...:((

x delah.

"Berpikir selama satu jam lebih baik daripada "beribadah selama semalam." "kata-kata Al- Hasan al-Bashrî (saje ulangkan, utk ingatkan diri balik.)