Sunday, May 16, 2010

[pinky_paint] Cerpen : Cinta ini milikMU [Bahagian 1]

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah,selaku salah seorang ahli 'buruh kasar' Under Construction,ana dengan rasa rendah diri,ingin memulakan penulisan ana yang pertama di blog ini.

Sebagai seorang saudara di bawah nama ISLAM , ana menyeru sahabat-sahabat pembaca yang budiman,janganlah sesekali kita berhenti dari mencari hidayah dan cinta Allah S.W.T.

PERHATIAN : Penggunaan semua nama dan watak hanyalah rekayarsa PENULIS dan tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup di Irbid(terutamanya) atau telah meninggalkan Irbid. Wallahu a'lam.






"Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu(umat Islam) sebagai umat pertengahan agar kamu menjadi saksi atas(perbuatan) manusia dan agar Rasul(Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu….." (al-Baqarah:143)



"Baiklah,ade sesape mahu bagi pandangan,apa yang dia faham dari ayat ini?",Kak Zinnirah cuba menimbulkan persoalan.Ringkas soalannya.Tetapi,seperti biasa,keadaan sepi seketika. Mungkin kelu.Mungkin cuba berfikir dan mentadabbur kalam suci itu . Tidak kurang juga,pasti ada yang sedang menyusun bait kata,untuk menjawab persoalan yang dibangkitkan.


Humaira' juga diam.Cuba berfikir.Seketika,dia menjeling ke arahpenjuru bilik.Kelihatan,sahabatnya, Anis sedang "curi-curi" menekan punat-punat handphonenya.


"Balas SMS mummy nya kot..",getus Humaira' dalam hati kecilnya.Bersangka baik.


"Anis,apa yang Anis rasa dari ayat ni?".


Soalan Kak Zinnirah,gadis berkaca mata di hadapan mereka,mematikan lamunan Humaira'. Anis terkejut. Tidak disangka,dalam ramai-ramai sahabatnya,dia juga yang ditanya.


"Aduh,Matilah aku.Apa aku nak jawab ni?",Anis bermonolog sendiri.

"Err..saya mintak maaf,Kak Zinnirah.Saya..",Anis tertunduk.Kesal dengan kecuaiannya.


Dia tahu,dia kini berada dalam sebuah majlis ilmu,juga majlis zikir.Dipenuhi keberkatan. Dipayungi sayap-sayap para malaikat.Didoakan untuk diampunkan dosa oleh para malaikat.Tidak sepatutnya,dia lagho. Anis cepat-cepat beristighfar.


Anis teringat sepotong hadis yang dibacakan oleh Ustaz Bazli baru-baru ini.


"Dari Abu Hurairah ra. dari Nabi saw. beliau bersabda : "Sungguh, Allah mempunyai malaikat-malaikat yang mulia yang selalu berjalan mencari majlis zikir, apabila mereka mendapatkan suatu majlis yang dipergunakan untuk berzikir,maka mereka duduk di situ dan masing-masing malaikat membentangkan sayapnya, sehingga memenuhi ruangan yang berada di antara ahli zikir dan langit dunia."


Dari Abu Hurairah ra. ia berkata : Rasulullah S.A.W bersabda : "Apabila berkumpul suatu kaum dalam rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Al Qur'an dan mempelajarinya, maka ketenangan pasti akan turun kepada mereka,rahmat Allah melingkupi mereka, malaikat-malaikat mengelilingi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di kalangan makhluk yang ada didekatNya (para malaikat)."
(HR. Muslim)


Namun,SMS yang baru diterimanya,harus dibalas dengan segera.

Hati Anis berbelah bahagi.Sistem Pesanan Ringkas yang diterimanya ini bukan dari kenalan biasa, yang boleh ditangguhkan dulu dari membalasnya.Tetapi,ia adalah dari seseorang yang begitu penting dalam hidupnya.


"Akak", Syuhada yang tiba-tiba bersuara,menghentikan monolog Anis seketika.


"Apa yang saya faham,ayat ni,menggambarkan kita,iaitu umat Nabi Muhammad kat tengah-tengah,dari segi masanya.Ikut susunan,Nabi Muhammad di hadapan,then,kita,and then, manusia selepas ni ", sambung Syuhada.


"Jadi,di akhirat kelak,Rasulullah akan jadi saksi di hadapan Allah,bahawa kita telah 'berkerja' dalam menyebarkan dan memartabatkan agama Islam.Seterusnya,kita pula,akan jadi saksi,bahawa,manusia selepas kita,turut berusaha menyebarkan syiar Islam ni..",Syuhada menghabiskan bicaranya.


"Betul Syuhada.Ada sape-sape lagi nak bagi pandangannya?",suara Kak Zinnirah yang lemah lembut itu, mendamaikan jiwa Anis yang sedang berserabut.Sahabat-sahabatnya yang lain,bergilir-gilir menyuarakan pandangan.Ada yang memberikan pandangan yang panjang,dan ada yang berkata ringkas,tapi padat.


"Hurm..Aku ni,macam tak layak je ade kat sini.Diorang semua,hebat-hebat je..",Anis mengeluh.Terasa rendah diri,apabila dikelilingi sahabat-sahabat yang baginya,memiliki pengetahuan agama yang tinggi. Walaupun mereka juga mengambil bidang kejuruteraan sepertinya,tapi,pengetahuan mereka dalam agama,tidak kalah mudah dengan pelajar-pelajar agama.


Anis makin terasa rendah diri.Fikirannya juga berserabut kembali apabila memikirkan SMS yang diterimanya.


"Shahril,maafkan saya",bisik Anis sendirian.Wajahnya muram.



………………………………………………………………………………………………………………



"Anis ada problem ke?Kalau Anis nak kongsi,saya boleh jadi pendengar yang baik,insyaallah", Humaira' cuba menegur Anis,yang dari tadi hanyalah diam.Milk shake yang menjadi minuman kesukaannya hanya dipandang kosong.


Kebiasaannya,Anis begitu ceria.Ada sahaja cerita yang ingin dikongsi kepada Humaira'.Walaupun Humaira' tidak banyak bercakap,tetapi,respon yang diberikan Humaira' ketika dia bercerita, menyenangkannya .Anis tahu,Humaira' ikhlas ingin membantunya.Tapi,dia malu untuk menceritakan perkara ini kepada Humaira'.Dirasakan,Humaira' terlalu 'suci' untuk mendengar masalah yang sedang melanda jiwanya kini.


"Eh,mana ada apa-apa.Anis ok je.Awak jangan risau.Cuma,letih siket kot.Hehe",Anis tersenyum tawar.Dia sedar, senyumannya tampak jelas menipu.Tapi,biarlah masalah ini menjadi rahsianya.Dia tidak mahu dipandang rendah oleh kawan-kawan,jika mereka tahu hakikat tentang dirinya.


"Ok,saya tak paksa.Tapi,kalau Anis nakkan seorang pendengar,U may call me,any..time..Tapi,bajet-bajetla.Elakkan call masa tidur saya tau.Mmm,tapi,kalau terpaksa,ok jer.Satu saat masa tidur saya yang awak curi,saya charge 50 qursh.Itu pun,harga kawan-kawan la kan?Hehe".


"Hehe,saya gurau jela.Call je.For you,gunung berapi sanggup ku renangi,lautan luas sanggup ku redah", gurauan Humaira' tampak makin 'rancak',diiringi aksi penuh gemalai oleh tangan yang dilitupi jubah berwarna merah itu.


Anis ketawa.Pandai juga Humaira' buat lawak.Bagi mereka yang tak kenal Humaira',pastilah akan menyangka Humaira' adalah tipikal gadis bertudung labuh.Skema.Memboringkan.Jumud.Anis juga berfikiran begitu dahulu,terutama,pada rakan-rakan di sekolah yang bertudung labuh.Rupa-rupanya,dia tersilap.Mereka juga manusia biasa.Ada perasaan kasih.Punya perasaan belas.Anis amat bersyukur kepada Allah S.W.T kerana diberikan peluang bertemu dan berkawan dengan Humaira', Syuhada, Fatimah,Zahrah dan sahabat-sahabat lain.


"Lawa taman ni,kan?Kalau ada masalah,saya selalu datang sini.Release tension.Nak study atau baca Quran kat sini pun best.Tenang,".Humaira' cuba memulakan topik perbualan setelah mendapati Anis sudah mampu tersenyum dengan gurauannya sebentar tadi.


Tiba-tiba,kedengaran lagu Kehidupan,oleh Inteam.Rupa-rupanya,handphone Anis yang berbunyi.Dilihat pada screen,"Shahril is calling".


Anis cepat-cepat mematikan panggilan.Humaira' yang masih di situ,melihat kekalutan Anis.Kehairanan.


"Kenapa tak jawab?Err,saya mengganggu ke?Kalau macam tu,saya mintak diri dulula ye?".


"Eh,tak payah.Tak penting pun.Salah nombor kot",Anis cuba menipu sahabat yang disayanginya itu.


Bunyi handphonenya kembali kedengaran.


"Tak pe.Mana tahu,mummy awak yang call.Nombor baru kot.Nombor yang sedia ada,dah kena curi line..hehe.saya minta diri dulu.Assalamualaikum"sempat pula Humaira' bergurau lagi.Sejurus kemudian, Humaira' beredar.


"Mummy?Oh,tak mungkin !Mummy pasti sedang sibuk memikirkan persatuan-persatuan kewanitaan'nya. Mana teringat nak call aku..hurmm",getus Anis sendirian.


Kali ketiga handphonenya berbunyi,barulah Anis menjawab.


"Bismillah.Peliharalah aku Ya Allah",doa Anis dalam hati.


"Assalamualaikum Anis.Awak sibuk ke?Lambat jawab call saya..?,"suara lelaki itu bagai sedang cuba menyulam lipatan rindu di hatinya.


"Err,waalaikumussalam.Tak sibuk pun.Biase-biase je",berdebar hatinya menjawab.Dia berbelah bahagi antara perasaan cintanya dan keredhaan Rabbul Izzah.


"Awak macam tak suka je saya call?Minta maafla,saya teringatkan awak.Saya teringatkan SMS awak semalam.Kenapa,,awak tulis macam tu?".


"Awk,kt kena brhnti. Ap yg kt buat ni,slh dr segi agama.Awk thu sy sygkan awak.Tp,sy lebih sygkan Allah.Sy tak nak, Allah murka, x redha nnti" -Anis Syahirah



Anis teringat SMS yang dikirimnya kepada Shahril semalam.


"Saya minta maaf Shahril.Macam apa yang saya hantar semalam,saya nak kita berhenti,kita putus.Saya tahu,awak lebih tahu pasal agama berbanding saya.Awak pasti lebih tahu,apa yang kita buat selama ni,tak betul,haram hukumnya.Sebelum saya jumpa awak,saya memang tak suka pelajar dari sekolah agama. Tapi,setelah kenal awak,saya makin tertarik pada agama.Dan saya harap,awak boleh bimbing saya.," luah Anis sejujurnya.Apa yang dipendamkan sejak beberapa hari lalu,diluahkan satu persatu.


Shahril terdiam.Kedengaran,bunyi dengusan di hujung talian.Seperti,Shahril sedang menahan perasaan.


"Sedihkah dia?Atau mungkin dia marah padaku?.Mata Anis sudah berkaca jernih.


"Awak memang baik terhadap saya.Saya tak akan lupakan,bahawa awaklah yang 'memperkenalkan' saya kepada agama.Terima kasih untuk pemberian tafsir al-Quran yang awak hadiahkan pada hari jadi saya pada tahun lepas.".


"Shahril,saya betul-betul minta maaf.Walau apa-apa pun,saya tetap nak putus.Lupakanlah saya.Saya harap sangat,awak dapat faham kenapa.Bukan sebab perasaan saya pada awak sudah luntur,juga bukan kerana orang ketiga.Tapi,saya mahukan cinta Allah.Maafkan saya..",lantas,dimatikan panggilan itu.


Anis sebak.Air mata yang cuba dibendung,terus-terusan mengalir.Bukan mudah untuk dia mengambil langkah ini.Tapi ,dia yakin dengan keputusannya.Pantang baginya berpatah balik.

"Ya! Ini langkahku!"


Tut,tut.Satu mesej baru masuk.


"Baiklah Anis.Klau ini yg awk mahu.Sy akur" -Shahril .


Anis lega.Dalam air mata,bibirnya mengukir senyum.


Rupa-rupanya,gelagat Anis diperhatikan Humaira' dari jauh.Humaira' serba salah.Dia tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku.Mahu sahaja didekati sahabatnya yang sedang menangis itu.Tapi,bimbang jika kehadirannya bakal mengganggu dan menambahkan kesedihannya.



.............................................................................………………


(to be continued -insyaallah)


*p/s :PINK warna yang ceria untuk sebuah rumah dan bilik. =) it's OUR color (ladies)

7 comments:

tukulbesi said...

hoho.. amboi pinky paintnya p/s tak ble blah :P

tukulbesi suka cerpen ni.. gabungan unsur syahadatul haq.. adab usrah.. sayonara jahiliyiah dan ukhawah KITA muslimin... plus pembersihan imej muslimah tudung labuh yang cambest.. BEST2...

Terus mengecat bangunan ini ye pinky_paint^__^

pinky_paint said...

hehe..Salam ya tukulbesi..

yela,pinky_paint tengok,ramai sahabat2 suka baca cerpen..

so,pinky_paint cuba 'mewarnai' jalan dakwah dengan cerpen..

harapannya,para pembaca boleh terima cara pinky_paint ni.. B-)

pada tukul besi,,teruskan mengetuk paku di hati saudara2 kita =)

construction said...

Salam pinky_paint..tahniah pinky_paint.Cerpen yg mantop!Moga dpt mengecat kembali hati2 yg tlh berkulapuk!

Tangga Batu said...

Assalamualaikum pinky ku comel,

Tidak sabar untuk daku membaca karya sambungan cerpenmu ini =)

Caramu biar seribu, matlamat tetap satu..!! =)

pinky_paint said...

Salam semua sahabat pinky ^_^

insyaallah,pinky cuba 'mewarna' jalan dakwah dengan sebaiknya.
kalau ada apa2 komen tambahan, bolehlah hantar ke pinky_paint@yahoo.com

p/s :pinky_paint hanya amatur dalm bidang penulisan.banyak kekurangan pada cerpen ini.Minta maaf

pepasir pantai putih (3P) said...

pinky painty..sukenye. ^_^
Salam.

tulis lagi, tak sabar tunggu sambungan pinky.

teringat kata sorang kakak dkat saya dan kawan-kawan lain, cuma ada dua pilihan, KP- kahwin atau putus.
Benar atau tidak setuju, sebenarnya kita sedang memilih antara cinta Allah atau murka Allah.

Cinta antara manusia itu indah, asyik sgt sampai mcm orang buta, tak nampak apa dah di sekeliling.
Tapi cuba fikir kalau dpt cinta Allah, huh, mesti tak terucap indah dan tinggi nilainya. fikir-fikirkan.

Sabarlah, pasangan kita akan hadir dgn redha dan hantaran itu dari Allah utk kita, jika kita yakin akan peraturan dan takdir dariNya.

oh, bait muslim.
tulis lagi ye pinky..
3P sanggup tunggu.

p'binaan diri,
3P yg comel.
pepasir.pantai@gmail.com

Ana al-faqir ilallah.. said...

uish..x sabar nak bace sambungannya ni..cepat2 sambung yer..
moga thabat dalam perjuangan dakwah..