Sunday, May 16, 2010

[Pengajaran] Nama ku Topi Kuning =)


Bismillahirrahmanirahim..(Bersihkan hati, hilangkan noda..)

Segala puji bagi Tuhan sekalian makhluk, Selawat dan salam atas junjungan kekasih hati, Muhammad saw.

Assalamualaikum warahtullahi wabaraktuh semua =)

Nama ku topi kuning .. Aku diciptakan di dunia ini bukan sia-sia. Ada misi besar di dunia ini untuk kulunaskan..!!

Apa dia? Ku meneliti ayat quran satu-persatu (yelah aku ni bukan topi biasa, aku nak jadi "topi-kuning-bertaqwa" Topi jenis ni perlu baca quran selalu!!)

Daripada penelitian , bacaan dan pencerahan bertahun-tahun... sedarlah aku Tujuan Penciptaan Makhluk oleh Allah swt ..

Yang Pertama , sebagai Khalifah di muka bumi ni..

ayat nilah yang aku baca.. dari surah Al-Baqarah ayat ke 30, surah yang kedua dari 114 surah, muka surat sebelah kiri, bahagian atas, page 7 rasanya..



Maksudnya : . dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa Yang kamu tidak mengetahuinya".


Apakah maksud Tuhanku bila nak aku jadi khalifah di muka bumi ini..?? jeng..jeng..jeng.. nanti aku cerita next time okeh!

Kemudian aku jumpa Tujuan Penciptaan Manusia yang kedua iaitu sebagai hamba kepada Tuhanku..

Yang ni aku baca kat surah adz Dzariyat .. surah ke 51 daripada 114 surah, ayat nombor 56. sebelah kiri bahagian tengah kalau tak silap...

Ayatnya berbunyi :

Maksudnya dalam Bahasa Melayu :

56. dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

Yang ni memang dah jelas lagi bersuluh, selain aku diciptakan sebagai Khalifah, aku juga perlu menyempurnakan tugasku sebagai hamba kepada Tuhanku..

Kan aku dah cakap tadi aku mempunyai misi yang besar dekat dunia nihh..?

Aku bukan topi keselamatan yang biasa-biasa.. Aku perlu menyelematkan dan menarik manusia dari pesona magnet neraka.. Aku perlu melindungi manusia dari asap dan debu jahiliyah, moga setiap topi dan manusia yang mengenaliku menjadi jiranku di syurga..

Sehingga kita berjumpa lagi lain kali inshaAllah. =)








Topi Kuning
Menyelamatkan Manusia Dari Bahana Neraka..
topisayang@gmail.com



6 comments:

tukulbesi said...

hoho.. salam ukhwah topi kuning bertaqwa.. seperti kukenal cara mu ini.. haha.. :P

Ya! tukulbesi juga ada misi yang sama. ketuk hati-hati manusia dengan kebenaran... jom bersama2!!! ^^,

pinky_paint said...

Salam,topi kuming bertaqwa,,
Walaupun ana tak mengenali siapakah dirimu,,

namun,,

misi kita SAMA!

construction said...

2 mission & why we are here~Thumbs up buat topi kuning!teruskan melindungi umat~

Tangga Batu said...

Assalamualaikum topi berwarna kuning,

Kuning ertinya kegembiraan.
Hadirnya kamu ertinya melengkapkan.

Teruskan fungsimu itu dan turut bimbing daku.!!

pepasir pantai putih (3P) said...

3P suka cara topi kuning tulis.

jadi magnet jom ramai-ramai..kat luar tu dah banyakmagnet jahat-jahat dan kotor-kotor..

magnet bertaqwa kena lebih bermutu dan berkualiti dari magnet jahat, bila tarik terus melekat, dan bila terik dari magnet jahat, mudah sekali dan tak lepas-lepas dah. utuh.

semoga dpt melindungi dari pancaran kelam.

p'binaan diri
3P

Topi Kuning Bertaqwa said...

terima kasih buruh2 kasar sekalian.. baru bangunan cepat siap ada perkerja2 soleh macam nih. =)