Saturday, May 22, 2010

Cerita : The Power of Thought


siapa pernah main game gold miner??

salamualaikum semua...

Hari ni siti simen nak bercerita.Dulu masa sekolah rendah siti suka sangat main game gold miner ni.Game ni sangat simple and funny.Dalam game ni kita akan jadi atok tua berjambang tu dan tugas atok ni ialah mencari emas kat dalam terowong underground tu.Kalau ada rezeki dapat emas,kalau tak,dapat bijih timah.Nasib tak baik dapat sampah.Kadang-kadang bom pun ada.Kalau bom meletup,habis semua emas pecah,huhu..

Oklah,siti sebenarnya bukan nak cerita pasal game ni.Siti tak main dah game budak-budak ni (ceh poyo je :P).Siti nak cerita suatu kisah yang ada kaitan dengan GOLD MINER (tu pasal teringat game ni,hehe).Cerita diadaptasi daripada buku Think and Grow Rich by Napoleon Hill.

* * * * *
Karim Decaprio, satu nama yang tidak asing lagi di bandar First Vegas.Beliau adalah salah seorang penjual insurans yang termasyhur lagi berkarisma.Ketika di usia remaja, beliau bercita-cita untuk menjadi seorang pelombong emas yang kaya-raya. Mungkin disebabkan faktor persekitaran ketika itu di mana kebanyakan orang yang berjaya adalah pelombong emas. Maka fenomena 'gold fever' melanda kepada pemuda-pemuda ketika itu.

Karim nekad.Dia memulakan impiannya itu dengan menyertai pasukan Gold Miner bawah 20 tahun.Misi mereka adalah untuk mencari emas di kawasan underground bahagian barat.
Karim sedar ini adalah sesuatu yang sukar tetapi keinginannya begitu teguh!

Selepas seminggu menggali, dia sangat bersyukur kerana telah berjaya menemui bijih timah. Hukum alam agaknya begitu.Sebelum dapat emas,jumpa bijih timah dulu ( jangan jumpa cik fatimah sudah,haha..). Tetapi Karim mempunyai satu masalah. Dia memerlukan sebuah mesin khas keluaran Syrikat Bogo untuk mengeluarkan dan memproses bijih timah itu.

Maka Karim pun pulang sebentar ke kampung halamannya di Bachok untuk memberitahu kaum keluarga tentang penemuannya itu. Saudara-maranya semua sepakat menyumbang duit kepada Karim untuk menunaikan hasratnya membeli mesin Bogo.Karim riang tiada terkata hingga tersengih sepanjang masa.

Usahanya berhasil. Satu kontena bijih timah siap diproses. Disebabkan harga timah pada ketika itu melonjak naik,pulangan yang diterima Karim sangatlah lumayan. Dia mampu untuk membayar semula harga mesin Bogo kepada keluarganya malah mampu juga untuk menanggung adik kembarnya belajar sains fizik di JUST,Jordan. Memang hebat. Kejayaan ini menyemarakkan lagi azamnya untuk menggali EMAS!

"Teruskan menggali..teruskan..teruskan!" kata Karim kepada diri sendiri.

Hari demi hari. Minggu demi minggu. Bulan bersilih ganti. Sedar-sedar sudah hampir 5 tahun. Kilauan emas masih juga tidak terlihat. Bijih timah pula sudah habis digali sejak 4 tahun lalu. Mesin gerudi batu terbaik keluaran Syarikat Bogo juga telah dibeli malah telah berpuluh kali dibaiki akibat penggunaan yang begitu kerap. Karim meneruskan usaha cari gali dengan semangat yang hambar.Dia teruskan tetapi semakin kecewa. Tiada langsung tanda-tanda kilauan emas.

Akhirnya, dia dan juga pasukannya nekad untuk berhenti. Mereka menjual mesin-mesin Bogo kepada seorang mekanik kampung. Dapatlah Karim beberapa ratus euro dan pulanglah Karim ke Bachok dengan perasaan hampa lagi hiba.

Mungkin kebanyakan mekanik kampung dianggap berfikiran cetek tetapi tidak yang ini! Mekanik tersebut mengupah seorang mining engineer untuk meninjau kawasan cari gali Karim dan membuat sedikit pengiraan. Engineer tersebut mengatakan dalam bahasa English bahawa projek cari gali Karim gagal kerana pemiliknya tidak familiar dengan 'fault lines'. Pengiraaannya menunjukkan bahawa emas dapat ditemui just three feet from where Karim had stopped drilling!

Maka dipendekkan cerita mekanik tu sekarang sudah menjadi billionaire yang terkenal. Karim mengetahui perkara tersebut dan merasa sangat menyesal.Karim redha dengan ketentuan Ilahi.

Mengenangkan kerugiaannya akibat berhenti three feet from gold, Karim memperoleh keuntungan lain melalui pengalamnya yang tidak ternilai ini.Karim sedar bahawa lebih banyak emas dapat diperoleh daripada otak manusia berbanding perut bumi. Caranya begitu mudah. Dia selalu berkata kepada diri sendiri, 'I stopped three feet from gold, but I will never stop because men say "no" when I ask them to buy insurance'. Perkataan 'stickability' difahaminya melalui pengalaman 'quitability'.

OK....habis cerita ^^

Pengajaran yang kita boleh ambil dan apa kaitannya dengan dakwah, masing-masing boleh la fikir-fikirkan.

Feel free to write the moral of the story from ur point of view in the comment
^o^









9 comments:

Tangga Batu said...

Assalamualaikum Siti,

Wah, menarik sungguh cerita ni..!! =)

Banyak pengajaran yang dapat diambil, tapi dua yang menyentuh Tangga,

1) Allah berfirman, "jangan putus asa dari rahmat Allah".. Jika en. Karim kita ini tidak berhenti menggali, mungkin di dapat menikmati destinasi yang dicitanya. Seperti juga kita, buruh-buruh kasar.. Kita tidak boleh putus asa untuk meng"gali" emas di lombong jiwa manusia. Emas yang dapat menariknya kembali, emas fitrah bertuhan.. InsyaAllah.
"teruskan menggali..!!" =)

2) MasyaAllah, keluarganya En. Karim amatlah pemurah. Mungkin dek ukhuwwah yang mantap melebihi segala-galanya, dapat diberikan Karim bantuan membeli mesin Bogo yang amat mahal itu. Bayangkan, mereka di dua tempat berbeza, karim di First Vegas, mereka di Bachok. Jauh tu..!! Hehe.. Maka samalah seperti kita, mungkin saudara-saudara kita yang terikat dengan ikatan yang paling agung, ikatan Aqidah, memerlukan bantuan kita dari apa jua segi untuk melakukan kelangsungan dakwah mereka, sesiapa sahaja, tiada batas bangsa dan warna, Arab, Melayu, Thailand, China.. Semuanya.. Jika kita mampu, apa salahnya kita membantu, kerana kita memang sebenrnya wajib membantu..!! InsyaAllah.


Memikir apakan lagi yang dapat ku gerudi dari cerita ini..!! Terima kasih Siti.. =)

siti simen said...

Wsalam cik tangga [siap pusing2 lg gmbr tangga tu,hehe]

klu ikut buku,pengajarannya:

"one of the most causes of failure is the habit of quitting when overtaken by temporary defeat"

siti cube nak kaitkan dgn tugas sbg daie tp mcm tak brp reti,huhu..

maka siti nak mntx tlong 'gali' pengajaran drpd cerita ini dan kaitankan dgn dakwah ^^

terima kasih cik tangga!

pepasir pantai putih (3P) said...

Subhanallah, banyak pengajaran yg 3P boleh ambil.

Mula2 tengok, panjangnya cerita, tapi 3P terus baca. clap,clap,clap!

>;< Perlu bijak dalam setiap amal, fikir dan tindakan kita. Malah amat diperlukan dai'-dai' yg berhikmah dalam stp amalannya.

Bijak di sini menunjukkan kita semestinya (tidak boleh tidak) berfikir dahulu sblm bertindk. (jgn lebih lidah dari akal dan hati)

'Letakkan lidah dibelakang hatimu'

Berfikir sblm bertindak dan tanya mereka yg berilmu dan ahli akan membentuk "AMAL yg MUNTIJ".

InsyaAllah, cuba beramal dgn apa yg tertulis itu. Semoga Allah mudahkan dan berkati, ameen.


p'binaan diri,
3P

'Ezzah Al-Islam said...

Salam cik siti simen..

menarik cerita anda kali ini. *trigering* ermm..

cubaan dari ana..

1.[Tarbiyah dari amal]walaupun sang dai'e target nak mad'u 'emas2' macam umar al-khatab tapi sehingga ke penghujung kerjanya apa yang berjaya diperoleh hanyalah bijih timah. Namun walaupun dengan tidak memperoleh emas, pengalaman yang diperoleh dari terlombong timah tersebut secara tidak langsung telah mentarbiyah sang dai'e menjadi lebih muntij dan bermanfaat kepada orang lain. Cth: Karim still berjaya mendpt pulangan dan membantu pembelajaran adiknya. Sungguh Allah melihat usaha dan bukannya hasil KITA.


2.[Perancangan yang rapi] Seharusnya para da'ie perlu merancang strategi terbaik agar amal muntij dan mencampai sasaran. Cth: Silap Karim kerana kurang strategi semasa awal pemilihan kawasan 'pelombongon'

3.[Belajar dari pengalaman] Menjadi tabiat jalan para dai'e untuk kerap silap dan jatuh dalam melangkah, namun pengajaran yang diperoleh seharusnya menjadi booster utk kekal thabat mengajak manusia kepada Illah. sebb kita YAKIN islam adalah penyelamat terbaik. Cth: Karim yang sedar kesilapannya berhenti dari terus mengali emas bertekad utk tidak sesekali berhenti dari menjual insurans walaupun ditolak oleh pembeli2 kerana dia belajar dari kesilapan. kerana dia yakin dgn kepentingan insurans.. huhu^^,

wallahu'alam.


moga Allah meredhai Kita~

tukulbesi said...

huhu.. menarik ulasan cik Ezzah

meh.. tukulbesi nak cuba mengetuk pula.

Rahsia yang perlu difahami oleh semua daie kembali kepada tajuk cerita ini "the power of thought". Bagaimana cara dai'e berfikir akan menentukan amal gerak kerjanya.

Sekiranya daie kekal positif[baca: ijabiah] dengan cita-citanya, si da'ie akan terus menggali.. gali..dan gali.. sehinggalah dia suatu hari akan melihat hasilnya atau tidak melihat hasilnya.

Namun apabila si da'ie membuat keputusan utk 'berhenti'... segala2nya akan berakhir sebelum masanya. sedangkan rahsia kejayaan itu dalam ilmu Allah, siapa tahu jika kejayaan islam milik daie itu hanya 3 feet je lagi dari saat dia berhenti. Oh!alangkah ruginya.

konklusi dari tukulbesi. kita kena terus 'mengetuk' hati2 manusia supaya kembali kepada Islam. Pemerintahan dunia pasti akan kembali kepada islam. Wahai daie2 sekalian.. jangan berhenti sebelum masanya... sebab saat ini 'HANYALAH GERHANA...MENTARI AKAN MUNCUL KEMBALI!!" InsyaAllah~


p/s: tukulbesi suka cara siti simen ^^,

siti simen said...

waahhhh...

mantap sungguh segala ulasan yg diberi!!terima kasih berjuta-juta kpd semua ye,hihi..

skrg baru siti lebih memahami cerita yg siti sendiri tulis,huhu [apodaa..]

Tangga Batu said...

Hehe..

Siti Simen sungguh comel, MasyaAllah.
Jazakumullah kepada yang mengulas juga, secara tak langsung membantu Tangga..!!

naadherah said...

salam..

tokey kedai UC nampak emas emas yg digali dan dijual kemudian dibeli saham..kaya raya.. $_$ .. nak kaya cepat kena berstrategi..!! $_$

tapi kena fikirkan cara nak lepaskan diri dari bayar cukai pada kerajaan..hmmmm,, blink2.

hehe.. ni pengajaran yg diambil secara qot3i.

dari sudut lain, jgn give up .. nak D kena ada strategi . cerita yg sama ada dlm buku Afifah Afra.

Nawwar Mumtazah @ Nawwar Azizi said...

menarik...

suka baca komen2 yg diberi..

mantap!

dan bt pembaca lebih fhm..

tqvm 4 sharing:)