Bismillahirrahmaniraheem..
Allahumma Solli ala Muhammad.
Assalamualaikum semua..!! Nama saya Tangga Batu, tapi nnama pendek, Tangga. Hari ni Tangga nak menapak ke anak tangga pertama, insyaAllah.
Mari, kita mula dengan pantun nak,
“Panjat-panjat tangga,
Tangga warna putih,
Niat kena jaga,
Supaya hati bersih”
Cerita pasal hati, Tangga nak kongsi sesuatu yang Tangga dapat hari ni dengan construction brigade “UC” dan semua orang di luar sana.. =)
“MasyaAllah, panas betul harini.. Tekak rasa kering, suara pun dah mula serak..” Tangga mengeluh sambil mengipas diri sendiri dengan tangan. Maklumlah, cuaca Irbid makin bertambah-tambah panas, malah, bukan saja panas, tapi kering. Mungkin sebab Tangga sekarang berada di kawasan Mediterranean yang hanya ada dua musim paling ketara, musim sejuk dan musim panas. Kalaulah tak minum air, pastinya rasa amat lesu sepanjang hari. Dalam bas ini pulak, tidak diapasang air conditioner, yang sekurang-kurangnya,mungkin membantu menghilangkan peluh yang aktif dirembes ini.. Tangga terus hilang mood, Al-Quran yang tadi Tangga baca, terus Tangga tutup..
Kemudian Tangga pandang ke luar tingkap. Saujana langit biru dan padang pasir terbentang luas. Tiba-tiba, Tangga rasa sebak.. Sebab..
Tangga baru sedar kembali yang diri Tangga ni amat kerdil dan kecil, lihatlah alam kat luar sana, besarnya, cantiknya, luasnya, MasyaAllah, tak terkira. Itu baru ciptaan Allah, inikan lagi Allah itu sendiri..!! Tangga sedih, bila mengenangkan sudah dua dekad Tangga hidup di bumi ciptaan Allah, Tangga sendiri adalah ciptaan Dia, tapi apa Tangga dah buat dengan hidup Tangga..?? Apa yang Tangga dah “bayar” untuk balasan Jannah Firdaus nanti. Semua orang tahu yang hidup di dunia ni hanya sementara, dan di akhirat nanti barulah kita akan hidup sebenar-benarnya, untuk selama-lamanya.
Tangga tak mahu jadi orang yang rugi. Tangga tak mahu menyesal di akhirat nanti sambil berkata, “Kalaulah dahulu aku buat lebih baik dari ini dengan hidup aku..”, sebab hakikatnya, Tangga pasti akan kembali kepada “Tuan” Tangga yang mencipta Tangga. Tangga tak mahu tergagap-gagap di hadapan Allah nanti bila ditanya tentang tugas yang diamanahkan kepada Tangga.. “Adakah engkau telah menjalankan tanggungjawabmu sebaik mungkin sebagai HambaKu dan Khalifah di dunia yang telah engkau tinggalkan buat selama-lamanya?”.. Takutnya.. YaAllah, ampunilah kami semua.
Tangga nak bermadah,
“Hidupnya kita, kadang-kadang terlupa, yang kita menghamba pada Ciptaan, dan bukan Pencipta ,
Hidupnya kita, selalu leka dengan masa, sedangkan Umat di luar sana, menjerit terseksa,
Mari kita sucikan hati, kerana seperti tali, ia menarik diri kembali, kepada Ilahi..”
Maka, Tangga nak ajak semua di sana untuk berfikir bersama-sama Tangga 3 soalan penting.. Kali ini, fikir dengan hati sambil-sambil buka Kalam Dia =)
1) Siapa kita?
2) Mengapa kita diciptakan?
3) Kepada siapakah kita akan dikembalikan?
Oh, baiklah. Tangga kena berundur.. Jumpa lagi nanti, insyaAllah. Yalla, babai. =)
8 comments:
salam tangga..
tukulbesi pun terasa bahang summer ni jua. minggu lepas baru download buku amru khaled kat website dia.. tajuk "Youth and the summer" menarik.. baca sampai nangis2.. huhu.. kpd semua pemuda2 musim panas ni anda digalakkan baca. insyaAllah tak rugi^^,
p/s: tangga putih? ermm...
salam tangga batu..
madahmu bukan melalaikan jiwa
tapi bisa membawa kepadaNya
teruskan usaha!tangga-tangga ke syurga itu dambaan kita~
Salam tangga batu..
Wsalam wbt, tukulbesi.
Benar sungguh katamu itu. Semakin panas hari-hari kita ini menjadi cabaran buatku.. Mungkin memang aku memerlukan buku cadangan mu itu? =)
Wsalam wbt cik construction,
Mari sama-sama. Aku kuat dengan hadirnya kalian, aku lemah ketika sepi seorangan.Terima kasih sahabat. =)
Wsalam wbt Nor Afifah,
Blogmu amat comel sekali secomel empunya diri.. =)
Aduh, susah benar mahu ke tahapan muntij itu.. Doakan kami.
Sahabat-sahabat "buruh kasar", mari berdoa semoga segala gerak-geri jari jemari kita menaip ini membantu kita di Sana nanti, insyaAllah.
tangga,cam format arab je kamu guna ni.bleh je tukar format english.baru la noktah tu x lari ke kanan
terima kasih tangga atas peringatan..mmg betullah peringatan tu amat bermanfaat bg setiap muslim.
semakin hari semakin lama kita berada atas dunia ni, semakin kita banyak bergaul dgn manusia sekeliling, semakin kita tak dapat menjaga pandangan mata ke arah sekeliling, apatah lagi hati yg makin berkarat..membawa kpd amal yg tidak berkualiti dan hilang sensitiviti kearah utk membuat kebaikkan.
huhu..3P sedih sgt.sedangkan dunia penuh dgn godaan.3P berharap agar diletakkan dunia hanya ditangan utk kita menguasainya dgn kebaikkan dan apa yg Allah suruh. Mudah tapi susah utk diamalkan.
Semoga dpt diringankan dgn adanya buruh kasar yg lain
Semoga Allah memberi kesempatan waktu yg berkat dan berkualiti utk 3P dan sahabat. Semoga Allah entiasa menyedarkan kita akan kefanaan dunia dan keindahan akhirat yg kekal abadi selama-lamanya.Ameeeen.
fatrah p'binaan
3P
masyaAllah..
terpanah dgn setiap kata2 yg tertulis.. semuanya membasahkan hati..
man kana yu'minu billahi wal yaumil khair, falyaqul khairan aw liyasmut.. (^__^)
sebarkan ucapan2 khairan ke serata alam.. ayuh..
cat yang cantik nippon weatherbond,
Owh, baru saya tau kenapa macam lain macam je tulisan post ni. Terima kasih =)
3P, daku tak sabar menunggu tulisan mu pula =) Terima kasih juga atas peringatan, Tangga amat bersetuju.. Aduh, hati Tangga pun dah banyak karat ni.. Astaghfirullah..
Ameen utk doa mu..!!
Mari sama-sama Ayyash, insyaAllah. Mari membina kesejahteraan hakiki untuk alam buana ini seperti perintahnya Ilahi. =)InsyaAllah.
Post a Comment