ALHAMDULILLAH!!! (semua angkat tangan.. ucap syukur ye)
Jeng..jeng..jeng.. Memperkenalkan kemunculan pertama tukulbesi di pentas underconstruction ni..
Salam ukhwah semua..^__^
Baiklah! Selaku pengenalan, tukul besi selaku salah satu fityah [baca: pemuda] yang terexcited dengan ISLAM yang dipegang nak kongsikan anologi terbaru yang menarik dengan entunna semua untuk difikir2kan.
Alkisahnya di satu tempat di bumi Syams yang barakah ini, dalam kesibukan manusia-manusia bertebaran di jalan universiti [baca: syari jameah] mencari kepuasan duniawi, melangkahlah seorang fityah yang sedang blur2 ke dalam sebuah kedai mobile yang ada di situ.
Sudah hampir seminggu mobile phone 3100 miliknya itu pening-pening. Sudah hampir 5 tahun, mobile phone 3100 usang itu berkhidmat untuknya. Nampak gayanya ajal yang datang menjemput tidak mampu di halang. Memandangkan fityah tersebut merupakan antara orang penting yang sentiasa sibuk dan hangat dengan panggilan masuk dari 'peminat', tidak sampai sehari kewafatan mobile phone 3100 tersebut, penggantinya harus dicari secepat mungkin. Maka tercegatlah fityah ini di hadapan susunan-susunan mobile phone pelbagai jenama dan gaya untuk diperisterikan.. haha..
Pandang punya pandang.. pilih punya pilih.. akhirnya fityah tersebut mengambil keputusan untuk mengambil mobile phone blackberry selaku antara produk ter'hot' di pasaran. Fuyoo!! Bermacam2 promosi mulut dari teman2nya yang didengarinya, mungkin inilah masanya untuk dia mencubanya.
Dipendekkan kisah, bermulalah kisah cinta fityah tersebut dengan mobile phone black berrynya yang berpotensi tinggi. Betapa nak dijadikan cerita, fityah yang satu ini langsung tidak sedar potensi dan kehebatan yang dimiliki oleh mobile phone barunya itu. Sepertimana dia mengunakan mobile phone 3100 usang berkuasa rendah miliknya dahulu untuk membuat /menerima panggilan serta menghantar pesanan ringkas[sms] sahaja. Begitu jualah diperlakukan kepada mobile phone blackberry berkuasa tingginya kini.
Oh!!! ini satu kerugian yang nyata!
Aghhhh!!!!!!!
Masalah sungguh la fityah ini. Kalau tukulbesi la yang dapat mobile phone blackberry berkuasa tinggi tersebut. Entah macam2 fungsi yang dah diguna sebaik habis. Boleh access internet, bluetooth, GPRS dan macam2 la perkara yang boleh dimanfaatkan. Sayang sungguh. Ada ke patut sekadar guna untuk fungsi call dan mesej sahaja.. fuh!
Tamatlah anologi tersebut untuk kita sama renung-renung.. fikir-fikir.. amal dan sampaikan!
Manusia atas bumi ini terbahagi kepada 3 golongan.
1. Manusia yang tidak sedar dia punya potensi dan kehebatan tersendiri.
2. Manusia yang sedar dia punya potensi dan kehebatan tersendiri tapi tak tahu nak disalurkan ke mana.
3. Manusia yang sedar dia punya potensi dan kehebatan tersendiri, tahu hendak menyalurkan ke mana tapi malangnya ke jalan yang salah.
عن أبي هريرة رضي الله عنه: قَالَ رَسُوْلَ الله صلى الله عليه وسلم:
(( الناس معادن، خيارهم في الجاهلية خيارهم في الإسلام، إذا فقهوا )). صحيح البخاري
“Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham”
Ok! manusia logam semua. konklusinya jom kenal potensi dan kehebatan diri KITA dan salurkan untuk jalan ISLAM sepenuhnya. Elakkan menjadi manusia yang rugi. Yok!!!
p/s: Elakkan membeli jenama mobile phone yang diboikot. Say no to NOKIA.
6 comments:
Salam =)
macam pinky_paint kenal sape ni..
tak pe,itu tak penting..
pinky_paint suke artikel ni.. thumbs up
hoho..salam ukhwah pinky_paint.. ^^,
walau jasad kita belum bertemu.. jiwa kita sudah lama bersatu.. ececeh.. [tukulbesi poyo betul]
artikel runcit2.. tak bleh lawan cerpen kamu.. jom sama2 melengkapkan pembinaan bangunan UMMAH kita.. Allahu akbar!
Manusia itu seperti logam.Moga tukul-besi berjaya membentuknya.InsyaAllah..tok-tok-tok...teruskan mengetuk!
Assalamualaikum tukulbesi,
Satu dua tiga,
Kucing berlari,
manakan sama si tukulbesi..
Empat lima enam,
Hari dah malam,
Mari kita bangun siapkan diri..
Teruskan mengetuk dinding hati manusia..!!
salam.
tercengah 3P baca tulisan tukul besi..nak lagi,nak lagi..^_^
banyak sgt potensi manusia,potensi& bakat manusia itu berbeza dan ISTIMEWA tapi apa yg perlu, dibangunkan dan dikembangkan dgn ikutan dan panduan syariatullah (hukum dan suruhan Allah) dan sunnatullah (sunnah alam).
takkan la nak jadi cam lembu pulak, makan tidur,tidur makan.bangun lagi,kena tarik ngan tali di hidung, makan dan tidur.(terpukul,terpukul). kalau gitu sama jelah kita ngan lembu kan...?
Mari-mari kita kembangkan potensi diri yg telah dihadiahkan tuhan, dan batu juga kawan-kawan tingkatkan potensi dan keyakinan diri.
terima kasih tukul besi,pukulan anda mengena.aduh, sakit oo.#_#
p'binaan diri
3P
to consruction..
hoho.. betul2. manusia spt logam punya banyak potensi.. cik construction nak guna logam utk bahagian mana.. apa2 pun boleh..
btw, best gak ayat tu ... tukul besi nak tolong bentuk logam masa tgah betul2 panas...
doa dan sokongan dari kamu amat didambakan agar terus thabat mengetuk..
to tangga batu..
hemoih2.. kamunya rangkap2 ni memg tak bleh challange.. terimakasih tangga batu.. jom bersama menaiki tangga batu yang 'kukuh' dan 'putih' 'bersih'.
kena selalu basuh tangga cam orang arab.. tukulbesi pun kena selalu dibersihkan..huhu
to 3P
syukran ukhti. cepatlah keluar entri.. tak sabar menanti tulisan anda..
sama2 KITA membina diri
Post a Comment