Thursday, May 20, 2010

We Love Rasulullah ^_^

::salamualaikum::

Selawat & salam ke atas rasul kita yang tercinta, Nabi Muhammad s.a.w.

Alhamdulillah siti simen & kita semua masih lagi bergelar seorang muslim pada hari ini.Masih lagi dapat merasai betapa nikmatnya iman.Alhamdulillah sekali lagi.

Terima kasih Ya Rasulullah...

budimu bagai air mengalir,
jasamu bak selaut mutiara,
baktimu bagai segunung permata...
[ ceh macam pernah dengar je kan,hihi ]

Tetapi siti sangat sedih,sangat sangat sedih,sangat 10000000x sedih T_T
Kesucian dan kemuliaan Rasulullah direndah-rendahkan malah dihina-hina sesuka hati.
Tidak cukup dengan karikatur yang dilukis oleh pelukis Denmark, sekarang ada pula pertandingan melukis karikatur Rasulullah.Astagfirullah...

Apa yang paling menyedihkan siti ialah siti tak mampu nak buat apa-apa langsung untuk mempertahankan kemuliaan Rasulullah yang sangat siti cintai.Kita tak mampu nak buat apa-apa.Umat Islam yang berjuta-juta atas muka bumi ini tak mampu nak buat apa-apa!

Maksud siti di sini ialah kita tak mampu nak menegur atau mengecam tindakan terkutuk musuh Islam ini. Kita masih tidak mampu menggetarkan musuh Islam dengan kekuatan Islam.Kita masih terlalu lemah.Kita masih berpecah-belah.

Maafkan kami Ya Allah...
Maafkan kami Ya Rasulullah..

Akan tetapi, siti takkan mengalah.Kita semua takkan mengalah.Selagi mana hayat dikandung badan, selagi itulah kita akan cuba dengan sedaya upaya untuk berjuang menegakkan kebenaran Islam,berjuang memartabatkan kemuliaan Rasulullah..yeah!



Don't ever mess with Islam!
[ perghhh..]

3 comments:

Tangga Batu said...

Assalamualaikum Siti Simen,

Betula katamu itu sahabat.

Terkadang, sensitiviti diri mengurang. Apa yang patut ditumpu, dibuang. Penangan dosa yang tak surut berkurang. Bayangkan, apakah rasanya Baginda yang telah banyak berjuang, melihat umatnya bagai harimau hilang belang, dipijak dicaci dihamun diperang..

YaAllah,
Sesungguhnya, Kami memohon padaMu, ampunkan dosa-dosa kami, teguhkan Iman kami, kuatkan ukhuwwah kami.. Biar air mata kami sentiasaa mengalir untukMu, memohon kemenangan Islam itu.. Bantulah perjuangan kami yaAllah, jagalah hati-hati kami yaAllah.. Ameen.

make it simple said...

Salam.

Antara tanda cinta kita kpd Rasullullah s.a.w (yang menyampaikan islam kpd kita, yang mengajarkan kita erti cinta yg haq dan yang menuntun kita bagaimana utk hidup...) ialah dgn :-

menghidupkan sunnah-sunnah baginda s.a.w.
dan
sentiasa membasahkan lidah dgn selawat.

Bagaimana kita nak cinta Rasullullah sedangkan kita umat pasca20an kini tidak mahu mengenali Rasul s.a.w dan sejarah tentangnya....?! Apatah lagi mahu menghidupkan sunnah.

Takut dgn apa yang diucapkan.Semoga kita bergerak melaksanakannya dan mengajak yang lain untuk mengenalinya.Ameen.


Tun Teja.

Unknown said...

flag page diorang yang berkaitan.go.