Monday, May 31, 2010

Perkongsian : Kamu dan Aku




Bismillahirrahmaniraheem..

Allahumma Solli ala Muhammad, khataman Nabiyyin..


Air mata jatuh mengenangkan,
Betapa daku dekat padamu,
Ku dengari jeritanmu, lolongan peritmu,
Namun, apakan daya, aku terlalu lemah..

Laksana burung di dalam sangkar,
Aku mahu keluar, dan terbang bebas,
Tapi aku masih menyanyi untuk mereka-mereka di luar,
Mereka terhibur, lalu aku dikunci lagi, meski hati memberontak..

Salah siapa jika dirimu sakit,
Darah pekatmu mengalir, jatuh ke bumi kering,lalu kau pergi,
Lantas ku tunding jari pada si Laknat itu,
Tanpa aku sedar, akulah dalang sebenar..

Kau saudaraku, aku saudaramu,
Namun, wujudnya aku di sini, hanya memerhati,
Aduh, inikah saudara?
Aku bersalah, dan demi Allah, aku harus berubah..!!




Freedom Flotilla meredah lautan membiru, dalamnya penuh sesak, bantuan kemanusiaan seluruh dunia kini berlayar ke Ghazzah. Armada itu nampak megah, bukanlah kerana ia gergasi abad ini, mahupun sucinya misi yang ia bawa, tapi ia megah kerana Allah mejentik hati manusia yang melihatnya begitu, kan Allah Maha Kuasa?

Mereka telah melakukan sesuatu, sesuatu yang menuntut pengorbanan masa, wang, titik peluh dan mungkin juga darah untuk orang kesayangan mereka. Jika ia tulus dari hati, kerana Allah semata, tidak mustahil mereka yang hidupnya dirampas kejam oleh Laknatullah itu akan tersenyum gembira kerana akhir mereka di Syurga, sambil mereka berkata, "Hari itulah hari yang paling indah bagi kita"..

Benar, perjuangan kali ini amat sukar.. Maka, bagi kita yang belum lagi terpilih untuk berada di tempat seperti mereka, doa tiada putus perlu kita kirimkan. Mungkin banyak lagi usaha yang boleh kita lakukan, lalu, lakukan..!! InshaAllah.

Palestina bumi kita. Maka kita harus pertahankannya. Tidakkah malu, saudara seAqidah kita dibantu oleh mereka yang lain, sedangkan syahadahtain yang kita ucapkan, saling tak tumpah?



Epilog :

Hijaunya dahan pohon nan rendang,
Aliran sungai penenang jiwa,
Duhai saudara-saudaraku semua,
Bertemu semula kita di Jannah, alangkah bahagia..

InshaAllah

4 comments:

hazirah said...

insyaallah

mereka syahid dan itu yang impikan juga kan....

doakan untuk mereka...
harap-harap doa kita disambut Allah

Tangga Batu said...

to Hazirah

Ya, benar itu, inshaAllah.

Tapi syahid ada syaratnya, beriman kepada Allah yang satu. Moga mati kita nanti Syahid dan Beriman. Ameen.

Musafir diri said...

mereka dah laksanakan bahagian mereka... mari kita sempurnakan bahagian kita... insya'ALLAH

Tangga Batu said...

To Musafir diri,

Betul itu.. InsyaAllah. Semoga usaha itu tak terhenti setakat ini, ianay perlu berterusan. InSYAaLLAH.